BBB, 28
Rajab 1437 = 06 Mei 2016 (Juma`at):
Disamping firqah-firqah Shi`ah yang sebahagian
besar pecahan dari Shi`ah Imamiyyah 12, sebagaimana telah dibicarakan, terdapat
firqah-firqah kecil yang jauh menyeleweng dan dipersoalkan dari segi keislaman.
Penyelewengan berlaku antaranya dengan menggunakan konsep batin dan rahsia
termasuk pergerakan mereka secara bersembunyi
dan berahsia. Antara firqah dan aliran yang ekstrim ialah:
1`)
Aliran Ghurabiyyah
Istilah
ghurab bererti `gagak` yang berwarna hitam, dan jika berhimpun dua gagak yang sama serupa
dari segi tubuh dan warna, maka sukar untuk membezakan antara keduanya. Perbandingan
ini digunakan kepada Rasulullah s.a.w.dan Sayyidina `Ali yang tubuh dan perwatakan antara keduanya menurut
Shi`ah hampir serupa. Aliran Ghurabiyyah ini amat menyanjung Sayyidina `Ali bin
Abi Talib yang mempunyai watak unggul hingga dibandingkan dengan Nabi Muhammad
s.a.w. bahkan sukar dibezakan kerana serupa menurut Shi`ah. Aliran Ghurabiyyah
meletakkan `Ali hampir semacam Tuhan jika pun tidak Tuhan. Keserupaan Sayyidina
`Ali dengan Rasulullah deikatakan oleh Shi`ah menyebabkan Jibril terkeliru dan
tersalah menyampaikan kerasulan kepada Nabi Muhammad yang sepatutnya perutusan
kerasulan disampaikan kepada Sayyidina `Ali.
Penganut Aliran Ghurabiyyah adalah tidak
memahami sejarah, bahawa pada masa Rasulullah s.a.w. dilantik menjadi Rasul Sayyiduna
`Ali k.w. masih anak-anak dan belum
baligh, lantaran itu belum ditaklif dan tidak layak menerima perutusan. Beliau
bersifat anakmuda pada permulaan Hijrah setelah 13 tahun Nabi berdakwah.
2. Aliran Qaramitah
Aliran Qaramitah ini menggunakan mekanisme
yang ada di dalam faham Shi`ah bahawa tiap sesuatu ada zahir dan batin. Dan
konsep rahsia ada dalam kebatinan. Konsep ini diaplikasikan kepada Al-Qur`an.
Bagi golongan ini Al-Qur`an ada zahir dan batin. Dari segi kebatinan ini banyak
aspek yang tidak diketahui, sebab itu dalam menggali rahsia kebatinan
Al-Qur`an, maka dibuat tafsiran-tafsiran yang jauh dari makna sebenarnya.
Kejauhan dan keghariban tafsiran menyebabkan perkara yang di luar kewajaran. Mereka berpendapat bahawa malaikat-malaikat
adalah muballigh mereka, manakala syaitan-syaitan adalah musuh, yang dinamakan
sembahyang ialah ikut imam, haji ialah ziarah imam mereka, puasa tidak membuka
rahsia imam mereka. Lebih exstrimnya Aliran Qaramitah mengatakan orang
mengetahui Allah sedalam-dalamnya, maka pada ketika itu mereka tidak perlu
solat, puasa, zakat dan ibadat-ibadat yang lain yang amat mengelirukan, bahkan
dipersoalkan keislaman. Bahkan aliran
ini dianggap terputus dari Islam dan iman.
3. Aliran Hakimiyyah
Prof. Dr.
Imam Muhammad Abu Zahrah menampilkan
aliran ini bukan setakat exstrim, bahkan disifatkan sudah tercabut dari akar
umbi Islam. Hakimiyyah menafsirkan konsep perlimpahan cahaya sebagai turunnya
sesuatu yang dinisbahkan kepada Allah boleh bertempat pada diri seseorang imam
dan menyerukan orang untuk menyembahnya. Tokoh ekstrim yang nama aliran
dinisbahkan kepadanya ialah al-Hakim bin Amrillah al-Fatimi. Dia berkata Allah
bersemayam di dalam dirinya dan dia mengajak orang lain untuk menyembahnya. Dia
dibunuh, tapi bagi pengikutnya dengan menggunakan konsep `sembunyi`. Mereka
tidak mempercayainya mati, tapi bersembunyi dan bakal turun kembali nanti.
4. Aliran Druz
Manakala Aliran Druz aliran ini adalah bertempat
di Sham (Syria) dan mempunyai pertalian dengan Hakimiyyah, dikatakan aliran
Hakimiyyah masuk kepada pendukung di Sham adalah melalui seorang bernama Hamzah
al-Darazi. Kepadanya dinisbahkan nama Aliran Druz. Tidak jelas perkembangan
aliran ini, kerana bersikap sembunyi pegangan mereka dan tidak terbuka.
Kelompok ini didapati termasuk di Lubnan, namun mereka tidak digolongkan
sebagai kelompok Islam.
5.
Aliran Nashiriyyah
Disifatkan oleh Prof. Dr. Imam Muhammad Abu Zahrah Nashiriyyah juga sebagai
aliran yang telah tercabut akar umbinya dari Islam. Namun dari penelitian ada
pengaruh dari Isma`iliyyah dan Hakimiyyah. Mereka yang bergerak di Sham ini percaya
`Ali dan Keluarganya diberi Ilmu dan `Ali tidak mati, bahkan `Ali mendekati
Tuhan, kalaupun tidak Tuhan. `Ali menerima limpahan cahaya sebagaimana
dipercayai konsep `Ifadhah – limpah` cahaya dan mempunyai kaitan Shi`ah dari segi aspek batiniyyah dan rahsia.
Kumpulan Nashiriyyah banyak menunjukkan penderhakaan dan tidak berpihak kepada
Islam. Misalnya tatkala berlaku peperangan salib, mereka memihak kepada tentera
Salib bagi mendapat kesempatan, begitu juga bila Tartar menyerang Baghdad,
mereka sanggup berpihak kepada tartar dan menjadi talibarut mereka, biarpun
mereka diperbudak oleh tartar. Waktu pihak pemerintah Islam berkuasa mereka
mundur bersembunyi di pergunungan Sham. Mereka bukan saja bercanggah akidah,
tetapi juga menentang pemerintah.
Demikianlah implikasi politik yang berasal
pada zaman Sayyidina `Ali yang
berkonflik dengan Mu`awiyah memberi impak yang ketara di dalam politik, yang
antaranya melahirkan Shi`ah. Konsep Imam adalah konsep dominan yang berpegang
pada prinsip dipilih oleh Nabi dan kemudian `ulama-`ulama`. Ini menyebabkan
pimpinan di dalam Shi`ah pada peringkat awal adalah dari `tunjuk` dan turunan
Nabi dan `Ali. Prinsip atau penyelewengan berlaku pada tahap imam ini, bahawa
Imam mempunyai `authority` tertinggi`, bahawa dilihat kata-katanya sebagai
sabda dan tidak boleh dibantah, bahkan ianya semacam hukum syara`. Satu konsep
lagi di dalam Shi`ah ialah konsep zahir dan batin bagi tiap-tiap satu. Imam
mengetahui batin sesuatu. Kesempatan ini diambil misalnya oleh Imam keenam
Ja`afar al-Sadiq bagi melantik cucunya Muhammad al-Maktum didasarkan kepada konsep
sembunyi yang sepatutnya diteruskan oleh
Musa al-Kazim, implikasinya melahirkan Ismailiyyah yang melahirkan fiqah-firqah
Shi`ah yang lain yang antaranya jauh menyimpang dari Islam.
Dalam aliran Shi`ah dilihat banyak menggugat
kemurnian akidah apabila diberi kedudukan melampau, mengetahui perkara ghaib,
kata-kata tak boleh dicabar, Imam menerima lempahan cahaya ketuhanan yang
antaranya mendakwa ketuhanan bersemayam di dalam dirinya dan meminta orang
menyembahnya adalah penyelewengan akidah yang amat jelas.
Penyelewengan ini adalah dari sudut politik,
banyak lagi penyelewengan yang berlaku. Misalnya dari sudut shari`at yang
membezakan antara konsep-konsep ibadat, kekeluargaan, misalnya isu kahwin
mut`ah, konsep perceraian, begitu juga tentang akidah yang telah dibicarakan.
Dalam Shi`ah itu sendiri amat bercanggah dan banyak kekeliruan. Ianya
merosakkan pegangan, mengelirukan dan boleh menggugatkan keharmonian dan
kestabilan.
Sekian.
SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853---> 7778 ---> 3331, ATAU
ReplyDeleteKLIK DISINI 4d 5d 6d
Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
bergabung hanya memasang 100 ribu karna
saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI Nomor Ini 0853---> 7778 ---> 3331,,
insya allah beliu akan menbatu kesusahan
anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?