BBB, 18 Sha`ban 1437 = 25 Mei 2016 (Rabu):
Bila membaca sebuah buku, kita tentu ingin
tahu kandungan yang terdapat di dalam buku itu.
Bersama untuk mengetahui kandungan, kita ingin mengetahui pendekatan
yang diambil bagi mempersembahkan kandungan buku berkenaan bagi memudahkan kita
memahami, di samping mengetahui rangka
pemikiran dan mesej yang hendak
disampaikan.
`The Power of Al-Qur`an` dapat difahami
sebagai significant Al-Qur`an yang di
dalamnya dibicarakan tentang:
1. Kesan
Al-Qur`an (Pencetus Kemajuan)
2. Ciri-ciri Al-Qur`an
3. Ulum Al-Qur`an
4. Al-Qur`an dan Sains
5. Mu`jizat Al-Qur`an
Dari segi format The Power of al-Qur`an hampir
bersamaan dengan buku `Qur`an Saintifik. Buku ini adalah terdiri dari 28 bab.
Sebagaimana buku Qur`an Saintifik terdiri dari 107 bab (318hlm.) yang tiap
babnya adalah ringkas, demikian buku The Power of Al-Qur`an yang lebih nipis (197hlm.)
adalah juga dipecah kepada bab-bab, iaitu sebanyak 27 bab. Tiap-tiap bab antara
2 – 10 halaman, terbanyak 26 halaman.
Bab-bab ini dapat diletak di bawah lima pecahan di atas,
Satu yang ketara bahawa bab-bab yang di susun
tidak mencerminkan kesinambungan persoalan, bahkan terasa setiap bab tidak
merupakan persambungan kepada bab yang berikutnya. Mengingati bahawa buku
yang disediakan adalah sebagai kurikulum bagi pengajian tahfiz, maka pada
kebiasaan kurikulum mengandungi topik-topik keilmuan yang mau diajar dan dari
topik dan kandungan disediakan boleh dicari bahan sendiri oleh pelajar-pelajar
dari senarai buku atau kitab yang disenaraikan. Pelajar juga harus mencari dan membaca sendiri berbagai-bagai
buku sebagai tambahan.
Di bawah Kesan Al-Qur`an (Pencetus Kemajuan)
Dibicarakan tentang peranan Al-Qur`an mengubah landscape bangsa
Arab dari bangsa badui di padang pasirkepada bangsa yang meningkat tamadun. Al-Qur`an
juga memberi kesan kepada tamadun Barat
yang mengalami zaman kegelapan pada abad ke 7 menerima sinran peradaban melalui
kerajaan Umawiyyah di Spanyol dan Kerajaan Abbasiyyah berikutnya. Kesan dari
kemajuan yang dibawa Islam, Dr. Danial memetik:
``Memadai rasanya sekiranya kita memetik nama
beberapa tokoh Islam yang tidak ada tandingannya di Barat ketika itu. Antaranya
ialah Jabir bin Hayyan, Al-Kindi, Al-Khawarizmi, Al-Fargani, Al-Razi, Thabit bin Qurra, Al-Battani,
Al-Hunain bin Ishak, Al-Farabi, Ibrahim bin Sinan,, Al-Mas`udi,, Al-Tabari,
Abul Wafa,, Ali bin Abbas, Abul Qasim,, Ibn al-Jazzar,, Al-Biruni,, Ibn Sina,,
Ibn Yunus, Al-Kashi, Ibn al-Haitham, Ali bin Isa, Al-Ghazali,, Al-Zarqab, dan
Omar al-Khayyam. Ini adalah nama-nama yang mengagumkan dan senarainya adalah lebih panjang daripada ini..Kesemuanya
ini berlaku antara tahun 750 hingga 1100 Masehi.
Tentang ciri-ciri Al-Qur`an Dr. Danial membicarakan secara lebih panjang,
iaitu tentang
Konsep Al-Qur`an Tujuh Huruf
Dr. Danial memetik pendapat, ``Kebanyakan
ulama mengatakan, ``Tujuh huruf ialah tujuh loghat ataupun diallek yang berbeza
dalam bahasa Arab, tetapi membawa maksud yang sama. Antara loghat itu ialah
Quraishi, Huzaili, Thaqif, Hawazin,
Kinanah, Tamim, dan Yaman.
Pengarang juga membicarakan tentang `Turunnya
Al-Qur`an pada bulan Ramadhan` bermaksud Al-Qur`an diturunkan dari Lauh Mahfuz
. Darinya diturunkan secara berperingkat menurut peristiwa-peristiwa berkenaan.
Pengarang menyebut tentang ayat pertama yang
diturunkan iaitu ayat `Iqra` (al-`Alaq, 1-5). Ayat terakhir
dipetik oleh Pengarang dari riwayat dari Abdullah bin `Abbas dab Sa`ad bin
Jubair, iaitu ayat bermaksud:;
``Takutlah kamu hari yang kamu padanya
dikembalikan kepada Allah, kemudian dimatikan setiap diri dengan apa yang dilakukan dan mereka itu tidak dizalimi.`` (Al-Baqarah:
281).
Pengarang nampaknya tidak memetik pendapat
yang lain yang mengatakan bahawa ayat terakhir Al-Qur`an yang diturunkan
bermaksud:
``Pada hari ini aku lengkapkan bagi kamu agama
kamu dan dan aku sempurnakan nikmatku ke atas kamu. Dan Aku redhakan Islam
sebagai agama.`` (Al-Ma`idah: 3).
Di bawah ciri-ciri Al-Qur`an ini dibincangkan
oleh Dr. Danial tentang keaslian Al-Qur`an yang terpelihara dari sebarang kerosakan. Pendapat ini bukan sahaja ditegaskan di dalam
Islam, tetapi dibuktikan juga oleh pengkaji-pengkaji bukan Islam yang antara
mereka turut menganut agama Islam. Dr. Danial juga membicarakan tentang proses penulisan Al-Qur`an dilakukan oleh
penulis-penulis Rasulullah seperti Zaid
bin Thabit, Ubay bin Ka`b, Mu`az bin Jabal. Mu`awiyah bin Abi Sufyan,Sayyiduna
`Ali dan Sayyiduna `Uthman bin Affan. Tulisan-tulisan bagi Al-Qur`an di simpan
oleh Hafsah bin Umar. bimbang hilang dengan
kematian ramai penghafal-penghafal Al-Qur`an. Sayyiduna `Uthman Khalifah ketiga memerintah
membukukan Al-Qur`an dan naskhahnya dikenali dengan Naskhah Uthman yang diwarisi kini. Dr. Danial
membicarakan perbezaan antara Hadith Nabi biasa dengan Hadith Qudsi, iaitu
Hadith yang disandarkan oleh Nabi dengan kalam Allah.
Tentang ciri-ciri khusus bagi Al-Qur`an ditegaskan
bahawa:
1) Tidak ada yang tidak betul di dalam Al-Qur`an
(Tiada bengkang bengkok).
2) Tiada keraguan
padanya
3) Bukan ciptaan manusia
4) Al-Qur`an Kitab Mubarak
5) Al-Qur`an Kitab Tibyan dan Mufassalan
6) Al-Qur`an Shifa` dan Rahmah
7) Kitab bagi bertaqwa
8) Kitab yang Aqwam
Al-Qur`an adalah prinsip panduan akidah dan
panduan amalan hidup di dunia dan akhirat .
Sekian.
kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
ReplyDeletedan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
berikan 4 angka 6516 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
juta, wassalam.
dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....
Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!
1"Dikejar-kejar hutang
2"Selaluh kalah dalam bermain togel
3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel
4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat
5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
tapi tidak ada satupun yang berhasil..
Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
100% jebol
Apabila ada waktu
silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))
KLIK DISINI BOCORAN TOTO 4D 5D 6D HARI INI
angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/
angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/
angka GHOIB; malaysia
angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/
angka GHOIB; laos