May 20, 2016

Qur`an Saintifik: Satu Pendekatan Mengukuhkan Keimanan


BBB, 05 Sha`ban 1437 = 12 Mei 2016 (Khamis):


Membicarakan persoalan akidah keislaman sememangnya tajuk  ``Allah`   menjadi fokus utama di dalam pembicaraan. Pendekatan pembicaraan pula boleh mengikut pembicaraan popular secara tradisional yang membicarakan tentang hukum akal dan sifat-sifat Allah. Walau bagaimana pendekatan boleh dibuat dengan berbagai cara. Antaranya sebagaimana kita bicarakan `Tauhid Pendekatan Saintifik`.   Satu  lagi pendekatan yang boleh dibuat ialah melalui pembicaraan terhadap kandungan Al-Qur`an. Antara usaha dilakukan oleh Dr. Danial Zainal Abidin dengan judul bukunya iaitu,  `Qur`an Saintifik – Meneroka Kecemerlangan Qur`an Daripada Teropong  Sains.`` (2010).  Dengan pendekatan dan pembicaraan dibuat membuktikan tentang keagungan dan kebenaran Al-Qur`an dan mengukuhkan keyakinan terhadap Allah Subhanahu wa Ta`ala yang menurunkan Al-Qur`an melalui Nabi Muhammad s.a.w.
Dr. Danial Zainal Abidin  ialah seorang Dr. Perubatan yang memperolehi Ijazan perubatan (M.B.Ch.B) di Universiti Iskandariah, Mesir  (1981) dan mendalami bidang keislaman termasuk bahasa `Arab. Menurut Dr. Danial dalam prakatanya bahawa  firman Allah  di dalam Surah Fussilat ayat 53 yang bermaksud:
``Akan kami tunjukkan kepada mereka bukti-bukti kebenaran kami di segala penjuru dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelas kepada mereka bahawa Al-Qur`an itu benar.
Ayat ini memberi kesan kepadanya dan menjadi salah satu ransangan bagi beliau menghasilkan  buku `Qur`an Saintifik`. Buku ini membuktikan bahawa di dalam Al-Qur`an banyak membicarakan persoalan-persoalan saintifik baik yang berhubung dengan kajadian alam cakrawala yang terdiri dari matahari, planet-planet, bulan, bintang-bintang, kejadian bumi dari bumi dan lautan yang terkandung  padanya berbagai khazanah kejadian dan tentang  kejadian manusia. Pengarang membuktikan bahawa apa yang tersebut di dalam Al-Qur`an secara saintifik adalah benar dan tidak bercanggah dari segi keilmuan.
Bagi membicarakan persoalan-persoalan saintifik di dalam Al-Qur`an ini beliau menggunakan pendekatan dengan mengemukakan terlebih dahulu ayat-ayat  Qur`aniyyah yang berhubung dengan aspek-aspek yang dibicarakan sebagai bukti naqli, kemudian diikuti pembicaraan dengan  bukti-bukti ayat-ayat Kauniyyah . Dalam kata lain beliau membuktikan bahawa kedua-dua bukti  - `Ayat –ayat Qur`aniyyah` dan aya-ayat  Kauniyyah` tidak bercanggah dengan dapatan kajian moden. Bahkan dibuktikan juga  ayat-ayat Al-Qur`an mendahului dapatan sains moden.
Mengalu-ngalukan penerbitan buku ini  Mufti Kerajaan Negeri Perak Dato` Seri (Dr.) Haji Harussani Bin Haji Zakareia menulis pada kata pengantar:
``Kefahaman umat Islam masa kini semakin mencabar. Mereka bukan sahaja berdepan dengan masalah politik dan ekonomi, tetapi turut menerima ancaman serangan pemikiran. Secara tidak sedar serangan-serangan  pemikiran ini semakin rancak dan berani sehingga cuba menggoyahkan pegangan umat Islam terhadap kitab  suci Qur`an.
Justru kemunculan buku hasil tulisan Dr. Danial bin Zainal Abidin yang berjudul `Qur`an Saintifik: Kecemerlangan Qur`an Daripada Teropong Sains` pada hemat saya  tepat pada masanya dan saya yakin ia akan dapat mengisi keperluan masyarakat Islam bukan saja di Malaysia, malah di seluruh dunia untuk menangkis tohmahan yang direka-reka oleh musuh-musuh Islam yang mengaitkan Islam dan kitab sucinya Qur`an jumud dan tidak relevan lagi.``
Manakala Mufti Kerajaan Negeri Perlis Dr. Mohd Asri bin Zainal Abidin yang turut mengalu-ngalukan penerbitan buku ini menulis:
``Pada era sekarang sebenarnya kita memerlukan karya dan penulisan seperti ini. Karya yang dapat mengangkat wajah kudus Islam dan memperlihatkan kepada  dunia khususnya remaja kita mengenai keagungan Qur`an yang mengatasi kemajuan zaman dan penemuan sains moden. Buku-buku seperti ini patut dibaca bukannya karya-karya yang dikaitkan  agama,  tetapi hanya menjatuhkan  ketinggian nilai agama yang agung ini.
Dengan membaca kata-kata sanjungan yang diberi oleh kedua tokoh mufti dari Negeri Perak dan Perlis  sudah cukup memberi isyarat kepada kepentingan buku ini sebagai bahan bacaan yang penting yang jarang  membicarakan al-Qur`an dari segi saintifik.
Kepentingan buku ini turut dinilai oleh  tokoh akademik yang sama profession dalam bidang perubatan. Profesor Mohamad Hatta Shaharom, Naib Presiden Kanan Akademik, Dekan  Perubatan dan Pakar Runding Psikiatri, Kolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya, Malaysia yang memberi sanjungan terhadap buku ini menulis,
``Apabila saya  membaca buku-buku yang  merangsang fikiran, saya bertanya tiga soalan penting:
·         Bagaimana ia menambah ilmu saya sehingga saya dapat menyampaikannya kepada orang lain ?
·         Bagaimanakah ia dapat mengukuhkan  iman saya sehingga  saya berupaya mengenal Allah ?
·         Bagaimanakah ia mengendalikan isu-isu sensitif secara matang sehingga  saya dapat memanfaatkannya ?
Buku ini menjawab ketiga-tiga  soalan ini dengan baik. Ia adalah buku yang mampu mengupas isu-isu  sains dan keagamaan  dengan cara yang mempesona dan meyakinkan. Ia wajib dibaca oleh mereka  yang kritikal dan mencari kebenaran. Pembaca juga patut mengkritik mana-mana bahagiannya yang dikira lemah.``
Bagi Penulis yang dari awal mendepani kitab-kitab akidah yang mendapati pendekatannya agak streotype dan bahan-bahan dan kandungan yang hampir sama, selama ini berfikir apakah tidak wajar dilakukan pendekatan-pendekatan yang bervariasi dan berlainan dalam membincang soal akidah bagi menarik minat pelajar dan pembaca membaca dan mempelajari keilmuan akidah secara lebih berbagai, tetapi tidak lari dari tujuan mengukuhkan keimanan terhadap ketuhanan, rukun iman dan Islam itu sendiri. Penulis mendapati  bahawa buku seperti `Tauhid: Pendekatan Saintifik` dan `Qur`an Saintitik` adalah buku-buku yang dapat memenuhi keperluan yang dimaksudkan, bahkan adalah diharap tulisan-tulisan yang seperti sedemikian akan bertambah dihasilkan. Adalah diakui bahawa bidang akidah adalah bidang yang payah dan memasukinya  adalah ditakuti berlaku kesilapan-kesilapan, tetapi kalau tidak diusahakan perluas  bidang ini secara kreatif dan inovatif, maka bidang ini kelihatan begitu lambat perkembangannya dan agak ketinggalan. Sepatutnya keilmuan ini turut berkembang secara kreatif, inovatif bersama keilmuan-keilmuan yang lain  di samping mengekalkan ciri keilmuan dan mutu ilmiahnya.

Sekian.


2 comments:

  1. saya PAK SLEMET posisi sekarang di malaysia
    bekerja sebagai BURU BANGUNAN gaji tidak seberapa
    setiap gajian selalu mengirimkan orang tua
    sebenarnya pengen pulang tapi gak punya uang
    sempat saya putus asah dan secara kebetulan
    saya buka FB ada seseorng berkomentar
    tentang AKI NAWE katanya perna di bantu
    melalui jalan togel saya coba2 menghubungi
    karna di malaysia ada pemasangan
    jadi saya memberanikan diri karna sudah bingun
    saya minta angka sama AKI NAWE
    angka yang di berikan 6D TOTO tembus 100%
    terima kasih banyak AKI
    kemarin saya bingun syukur sekarang sudah senang
    rencana bulan depan mau pulang untuk buka usaha
    bagi penggemar togel ingin merasakan kemenangan
    terutama yang punya masalah hutang lama belum lunas
    jangan putus asah HUBUNGI AKI NAWE 085-218-379-259
    tak ada salahnya anda coba
    karna prediksi AKI tidak perna meleset
    saya jamin AKI NAWE tidak akan mengecewakan

    ReplyDelete
  2. kami sekeluarga tak lupa mengucapkan puji syukur kepada ALLAH S,W,T
    dan terima kasih banyak kepada AKI atas nomor togel.nya yang AKI
    berikan 4 angka 6516 alhamdulillah ternyata itu benar2 tembus AKI.
    dan alhamdulillah sekarang saya bisa melunasi semua utan2 saya yang
    ada sama tetangga.dan juga BANK BRI dan bukan hanya itu AKI. insya
    allah saya akan coba untuk membuka usaha sendiri demi mencukupi
    kebutuhan keluarga saya sehari-hari itu semua berkat bantuan AKI..
    sekali lagi makasih banyak ya AKI… bagi saudara yang suka main togel
    yang ingin merubah nasib seperti saya silahkan hubungi AKI SOLEH,,di no (((082-313-336-747)))
    insya allah anda bisa seperti saya…menang togel 275
    juta, wassalam.


    dijamin 100% jebol saya sudah buktikan...sendiri....







    Apakah anda termasuk dalam kategori di bawah ini !!!!


    1"Dikejar-kejar hutang

    2"Selaluh kalah dalam bermain togel

    3"Barang berharga anda udah habis terjual Buat judi togel


    4"Anda udah kemana-mana tapi tidak menghasilkan solusi yg tepat


    5"Udah banyak Dukun togel yang kamu tempati minta angka jitunya
    tapi tidak ada satupun yang berhasil..







    Solusi yang tepat jangan anda putus asah....AKI SOLEH akan membantu
    anda semua dengan Angka ritwal/GHOIB:
    butuh angka togel 2D 3D 4D SGP / HKG / MALAYSIA / TOTO MAGNUM / dijamin
    100% jebol
    Apabila ada waktu
    silahkan Hub: AKI SOLEH DI NO: (((082-313-336-747)))






    KLIK DISINI BOCORAN TOTO 4D 5D 6D HARI INI




    angka GHOIB: singapur 2D/3D/4D/



    angka GHOIB: hongkong 2D/3D/4D/



    angka GHOIB; malaysia



    angka GHOIB; toto magnum 4D/5D/6D/



    angka GHOIB; laos











    ReplyDelete