BBB, 23
Rajab 1437 = 01 Mei 2016 (Ahad):
Menurut Prof. Dr. Imam Muhammad Abu Zahrah di
dalam bukunya `Aliran Politik Dan Aqidah Dalam Islam (Terjemahan 1996):
``Orang-orang Shi`ah tidak bersikap sama dalam
menetapkan posisi `Ali dan keturunannya, sebagian bersikap ekstrim dan bahagian
lain bersikap moderat. Kelompok moderat terbatas hanya pada mengutamakan `Ali
atas semua sahabat, tidak mengkafirkan seseorang dan tidak mengkultuskan Ali
hingga dipandang mengatasi semua manusia.``
Sifat ekstrim dan moderat bergantung pada
pimpinan, pengaruh sekitaran dan tekanan politik yang dihadapi, terutama dari
Kerajaan Umawiyyah yang mengambil sikap mengutuk sayyiduna Ali dan keturunannya
sehingga di dalam khutbah-khutbah Jumaat., sumber-sumber yang dimanfaatkan,
bahkan tujuan keterlibatan. Ini menyebabkan lahir, bahkan kecamuknya
pendekatan-pendekatan dan aliran-aliran di dalam Shi`ah. Antara aliran terawal yang
lahir:
1. Aliran Saba`iyyah – Pengambil Kesempatan
Saba`iyyah dinisbahkan kepada Abdullah bin
Saba` seorang ulama` Yahudi dari suku Hirah yang menyatakan diri masuk Islam bagi merosakkan
Islam dari dalam. Ia seorang yang mengambil sikap paling keras menentang Khalifah `Uthman bin
`Affan. Ia mengembangkan pendapat dari dalam Taurat yang diaplikasikan terhadap
Nabi s.a.w. dan Sayyiduna `Ali, bahawa setiap Nabi ada penerima wasiat dan `Ali
adalah penerima wasiat terbaik dari seorang Nabi terbaik, iaitu Nabi Muhammad
s.a.w. Ini bererti `Ali adalah terbaik dan mengatasi sahabat-sahabat yang lain,
sebagai terbaik sewajarnya kekhalifahan diberi kepada `Ali.
Ia juga
menyebarkan faham bahawa, Nabi Muhammad akan kembali semula ke dunia, sambil
menyatakan kehairanannya, bahawa jika Nabi `Isa dipercayai akan kembali ke
dunia, maka Nabi Muhammad lebih wajar lagi akan kembali ke dunia. Abdullah bin Saba`
juga menyatakan pandangan ekstrim bahawa di dalam diri `Ali ada sifat
ketuhanan. Ajaran ini disebarkan pada masa Sayyiduna Ali masih hidup dan
Sayyiduna Ali mengambil tindakan untuk membunuhnya. Tetapi Ali dinasihat oleh
Abdullah bin Abbas akan implikasi di tengah-tengah kecamuk kekacauan politik
pada masa itu. Akhirnya Abdullah bin Saba` dihukum buang negara, iaitu ke
Mada`in yang merapatkan lagi beliau dengan elemen Parsi yang dibawa ke dalam
faham Shi`ah..
Apabila `Ali terbunuh, Abdullah bin Saba`
mengambil kesempatan merangsangkan kecintaan terhadap `Ali dan menyebarkan
pembohongan-pembohongan terhadap `Ali agar dia dipandang sebagai seorang
pembela dan seorang yang baik, pada hal mengakibatkan kerosakan dari dalam.
Beliau juga menyebarkan pendapat bahawa yang terbunuh bukan `Ali, tetapi adalah
syaitan yang menyerupai `Ali. Menurutnya `Ali dinaikkan ke langit sebagaimana
dinaikkan Isa ke langit. Oleh kerana `Ali
dinaikkan ke langit, maka Ali sebagai
seorang yang gagah, maka diassosiasikan,
bahawa petir yang berlaku adalah merupakan suara `Ali dan kilat adalkah
senyumannya. Sebab itu bagi pengikut Shi`ah aliran ini apabila berbnyi petir,
maka diucapkan ``Al-Salamu `alaika ya Amiuru al-Mu`minin - `Ali`
Aliran ini mengajar tentang konsep Imam dan
perpindahan roh imam kepada imam yang lain apabila mati. Mengenai kepercayaan
ini kata Prof. Dr. Imam Muhammad Abu Zahrah:
``Sebagian penganut aliran Saba`iyyah ada yang
berkata,``Sesungguhnya Tuhan bersemayam dalam diri `Ali dan diri para imam
sesudah wafatnya.Ungkapan ini mirip dengan ajaran sebagian agama kuno yang
mengatakan bahawa Tuhan bersemayam dalam diri orang-orang tertentu dan
berpindah-pindah dari seorang imam kepada imam yang lain, sebagaimana anggapan
orang-orang Mesir kuno terhadap para Fir`aun. Sebagian penganut lain mengatakan
bahawa Tuhan menjelma dalam tubuh `Ali. Mereka berkata kepada `Ali. ``Dia
adalah Engkau, Allah.``
Demikianlah serius dan menyimpang fitnah dan
penyelewengan yang dibawa oleh Abdullah bin Saba` bagi merosakkan akidah umat
Islam. Dia mengambil peluang dari sengkita yang berlaku antara Ali-Mu`awiyah
dengan berpura-pura berpihak kepada golongan `Ali dan menanamkan unsur syirik.
Ia membawa pandangan yang menyempang yang tidak pernah diperkatakan oleh ulama`
bahawa Rasulullah s.a.w. yang telah meninggal itu akan hidup kembali dan
kembali memimpin dengan membuat bandingan Rasulullah dengan Nabi Isa yang
diangkat ke langit dan akan turun kembali pada masa mendatang. Fitnah yang sama
dibuat terhadap Sayyiduna `Ali, kononnya Sayyiduna `Ali juga tidak dibunuh tapi yang dibunuh ialah syaitan yang
menyerupainya. Dia juga menyamakan kematiian `Ali (tidak mati) sebagai Nabi Isa
dan juga akan turun kembali. Abdullah bin Saba` juga menyelitkan faham hulul
yang mana Tuhan memasuki dan menjelma di dalam tubuh manusia, dan sekaligus
menampilkan kesyirikan bahawa manusia boleh meningkat diri kepada tahap ketuhanan,
iaitu dengan menggunakan faham ittihad dalam mana makhluk boleh meningkat ke
peringkat tertinggi bersatu dengan Tuhan.
Fahaman Shi`ah pada peringkat awal timbul di
Basrah bahagian dari Iraq. Turut menjadi tempat berkembangngnya Shi`ah ialah di
Mesir sehingga pernah memerintah Mesir yang terkenal sebagai Kerajaan Fatimi,
turut berkembang di Yaman, di India (kini Pakistan). Puncak kekuasaannya ialah
di Iran yang menjadi pusat kekuasaan Shi`ah kini.
Dalam perkembangan Shi`ah lahir firqah-firqah
berlainan dengan lahirnya berbagai pimpinan yang m,embawa faham dan mazhab
masing-masing. Kelainan berlaku disebabkan oleh keadaan setempat dan
terpengaruh dengan kepercayaan setempat seperti penjelmaan (inkarnasi), hulul
(turun dari peringkat ketuhanan kepada hamba) seperti ketuhanan turun dalam
diri hamba) dan ittihad (hamba meningkat kepada tahap ketuhanan).
Demikianlah seriusnya apa yang dibawa dan
ditanamkan oleh Abdullah bin Sab` ke dalam fikiran Shi`ah. Sebahagian dari
elemen dan kepercayaan tersebut masuk ke dalam firqah-firqah yang lain. Dengan
kepelbagaian pegangan mempelbagaikan aliran Shi`ah yang jelas bertentang dengan
faham Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment