May 9, 2016

Rasional Di Dalam Akidah: Antara Exstrim Dan Anti Rasional


BBB,  01 Sha`ban 1437 = 08 Mei 2016 (Ahad):


Salah satu aspek yang penting di dalam pendekatan akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah ialah membahaskan persoalan secara ilmiah, iaitu bersifat rasional dan akal dengan bimbingan naqal. Sebagai contoh ialah membahas bagi membuktikan ketuhanan `Allah` bersifat `Tunggal` sebagaimana ditegaskan oleh sumber utama Islam, iaitu Al-Qur`an seperti di dalam Surah (al-Ikhlas: 1) dan banyak bukti naqal yang lain. Bagi pembuktian ketunggalan berkenaan digunakan kaedah logik, bahkan pembuktian ini juga digunakan bagi membuktikan aspek Dhat, sifat dan af`al dan berbagai aspek yang lain. Pembuktian akidah tauhid ini memberi identiti kepada akidah Islam sebagai `Akidah Tauhid`. Dapat dikatakan tonggak akidah Islam  ialah dengan kekukuhan akidah tauhid. Bahkan  penilaian terhadap firqah-firqah yang lain dari akidah Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah ialah antaranya melihat dari segi akidah tauhid berkenaan. Namun di dalam hal ini terdapat pendekatan Rasional Exstrim dan Anti Rasional.
Pendekatan rasional dan exstrim rasional dapat dilihat pada pertikaian dengan beberapa firqah akidah di dalam Islam seperti Mu`tazilah yang merupakan firqah yang terkenal menggunakan akal, tetapi kadang-kadang exstrim dan melebihi bukti naqal, tetapi Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah juga menggunakan rasional akal bersama naqal. Misalnya membincangkan persoalan :
Mu`tazilah berpendapat Allah Ta`ala tidak mempunyai sifat :
Dari segi  Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah berpendapat rasional akal sendiri membuktiukan bahawa bukti kekuasaan, kemahuan, mengada dan meniadakan dan berbagai lagi disifat kepada Allah dan jelas  bukti dapat dilihat fenomena yang disifatkan kepada Allah ini dengan mata kepala di samping dikukuhkan dengan bukti-bukti naqal yang  banyak di dalam Al-Qur`an. Bagi Ahlu al-Sunnah banyak sifat tidak menjejaskan keesaan Dhat. Tidak seperti Mu`tazilah yang berpendapat menyebut banyak sifat bertentang dengan konsep esa dan mencerminkan lebih dari satu.
Bagi Ahlu al-Sunnah logik sifat Tuhan yang abadi dan tidak baharu, maka termasuklah kalam sifat Tuhan juga abadi, jika tidak maka kalam Tuhan termasuk Al-Qur`an tidak selari bersifat abadi sebagaimana hujah Mu`tazilah yang  bagi Mu`tazilah Al-Qur`an baharu. Bagi Mu`tazilah mengatakan Qur`an makhluk bagi mewajarkan pendapatnya bahawa Tuhan tidak bersifat.
Ahlu al-Sunnah juga membahaskan secara rasional, pendapat Mu`tazilah mengatakan bahawa manusia mencipta perbuatan mereka adalah merosakkan akidah, seolah-olah ada dua kuasa ketuhanan atau lebih di dalam melakukan perbuatan. Ini tidak diterima oleh logik akal.
Banyak perkara yang disebut di dalam al-Qur`an misalnya tentang `arash, kursi, qalam, kiraman dan katibin, azab kubur, mizan, hisab, sirat dan beberapa lagi sebagai disifatkan Mu`tazilah sebagai tidak ada yang mencerminkan Mu`tazilah menidakkan apa yang disebut oleh Al-Qur`an, bagi Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah semuanya bukan perkara di luar rasional wujudnya, lagi pula ia adalah perkara-perkara yang tersebut di dalam al-Qur`an. Mu`tazilah dilihat meletak akal manusia di atas dari wahyu dan menentukan akal membuat keputusan. Contoh soal baik dan buruk ditentukan oleh akal ianya merosakkan roh akidah keislaman itu sendiri. Dalam kata lain rasional Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah  adalah tidak bersifat melampau sebagaimana Mu`tazilah yang mendasarkan pertimbangan rasional pada akal dan diri sendiri yang menjadi ruang lingkup dan batas rasional, sedang hakikat kewujudan lebih dari ruang nyata yang manusia hidup.
Rasional Ahlu al-Sunnah juga dilihat wajar apabila ianya menentang Qadariyyah yang melihat manusia melakukan semua perbuatannya dan manusia seolah-olah mempunyai kuasa penentuan dan mengambil hak Tuhan yang pendapat ini tidak dapat diterima oleh Ahlu al-Sunnah. Sebagaimana Ahlu al-Sunnah secara rasional menentang Qadariyyah, juga secara rasional menentang Jabariyah yang berada pada pihak ekstrim yang bertentang dengan Qadariyyah. Jabariyyah yang meletakkan manusia sebagai tidak mempunyai daya upaya di dalam menentukan perbuatannya dan tidak ada ikhtiar sebagaimana yang dipegang oleh Ahlu al-Sunnah wa al-Jamaah.  Secara rasional juga Ahlu al-Sunnah wa al-Jama`ah berdepan dengan firqah Murjiah yang bersikap skeptis dan menangguhkan hukuman terhadap kesalahan-kesalahan yang jelas hukumannya ditentukanm oleh Islam. Begitu juga firqah Najariyyah yang bersifat tidak tetap pendirian dan campur aduk dari segi ikutan lantaran tidak berpendirian tetap.
Rasional Ahlu al-Sunnah wal-Jama`ah juga menentang firqah yang boleh disifatkan sebagai anti rasional yang meletakkan ketuhanan dengan gambaran yang bersifat makhluk seperti berwajah, bertangan, duduk sebagaimana manusia dan bertempat. Gambaran dibuat secara lahir tanpa ta`wil  ini adalah golongan yang dikenali sebagai mushabbihah dan mujassamah meletakjkan ketuhanan  sebagai kedudukan manusia dan mengelirukan.
Fahaman-faahaman yang lain yang bercanggah dan anti rasional, bahkan tidak diterima sebagai firqah di dalam Islam, ialah seperti Baha`iyyah yang merupakan firqah dari Shi`ah diketuai oleh seorang bernama Mirza Ali Muhammad yang mendakwa sebagai Imam Mahdi tidak rasional dan tidak dapat diterima. Watak ini akhirnya ia dibunuh (1653) lantaran ianya menyebabkan timbulnya kekacauan termasuk di Iran. Tidak ada elemen rasional  yang dibawa oleh firqah ini sebagaimana tidak adanya rasionalnya kelahiran seperti firqah Qadyani (Ahmadiyyah) yang mendakwa sebagai Nabi dan Imam Mahdi sebagaimana dakwaan Baha`iyyah. Lahirnya watak-watak yang mendakwa nabi atau Mahdi, akibat dari kepercayaan Shi`ah yang dari kepercayaan sedemikian diambil peluang membuat dakwaan pihak yang tidak berasas kepada logik dan rasional. Ianya  mengundang perpecahan dan kecelaruan.
Penggunaan rasional di dalam akidah adalah lumrah di dalam akidah Islam sebagaimana digunakan di dalam pendekatan Ash`ari dan Maturidi dan pendukung-pendukung kedua-duanya. Rasional juga adalah digunakan di dalam pengajaran keilmuan berkenaan. Ini memberi kefahaman kepada yang mengikuti pengajaran. Namun rasional ada yang bersifat exstrim yang membelakangkan hujah-hujah naqli hingga dengan sikap exstrim membawa kepada kesesatan. Rasional tidak terkawal boleh membawa kepada simpang siur pendapat yang tidak terkawal sebagaimana yang pernah didepani oleh Al-Imam Al-Ghazali yang pada awal amat terpengaruh dengan falsafah, tetapi menyedari kekacauan yang timbul darinya sebagai tidak terkawal Al-Ghazali meninggalkan falsafah melampau yang kehilangan matlamat dan arah. Simpang siur falsafah juga dapat dilihat dari pendapat-pendapat di kalangan tokoh-tokoh falsafah seperti Plato dan Aristote yang memberi pendapat tentang alam bercanggah antara satu sama lain. (Aristotle Alam abadi dan Plato hakikat alam tidak wujud secara hakiki yang wujud adalah idea !).
Rasional akal adalah penting di dalam perbahasan, termasuk menggunakannya di dalam perbahasan mengenai ketuhanan. Logik Aristotle turut digunakan oleh Ahlu al-=Sunnah wa al-Jama`1ah di dalam batas kawalan. Falsafah secara exstrim sebagaimana yang diikuti oleh Mu`tazilah boleh membawa kepada bersifat liberal antaranya menjadi free thinker yang mengabaikan agama. Manakala yang anti rasional membawa kepada kesesatan semata sebagaimana terjadi kepada firqah-firqah terpencil Shi`ah.

Sekian.


1 comment:

  1. SAYA INGIN BERBAGI CERITA KEPADA SEMUA ORANG BAHWA MUNKIN AKU ADALAH ORANG YANG PALING MISKIN DIDUNIA DAN SAYA HIDUP BERSAMA ISTRI DAN 3 BUAH HATI SAYA SELAMA 10 TAHUN DAN 10 TAHUN ITU KAMI TIDAK PERNAH MERASAKAN YANG NAMANYA KEMEWAHAN,,SETIAP HARI SAYA SELALU MEMBANTIN TULANG BERSAMA SUAMI SAYA UNTUK KELUARGA SAYA NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH CUKUP UNTUK KEBUTUHAN HIDUP KELUARGA SAYA..AKHIRNYA AKU PILIH JALAN TOGEL INI DAN SUDAH BANYAK PARA NORMALYANG SAYA HUBUNGI NAMUN ITU SEMUA TIDAK PERNAH MEMBAWAKAN HASIL DAN DISITULAH AKU SEMPAT PUTUS ASA AKHIRNYA ADA SEORANG TEMAN YANG MEMBERIKAN NOMOR AKI SOLEH JAFFAR,,SAYA PIKIR TIDAK ADA SALAHNYA JUGA SAYA COBA LAGI UNTUK MENGHUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR DAN AKHIRNYA AKI SOLEH JAFFAR MEMBERIKAN ANGKA GHOIBNYA DAN ALHAMDULILLAH BERHASIL..KINI SAYA SANGAT BERSYUKUR MELIHAT KEHIDUPAN KELUARGA SAYA SUDAH JAUH LEBIH BAIK DARI SEBELUMNYA,DAN TANDA TERIMAH KASIH SAYA KEPADA AKI SOLEH JAFFAR SETIAP SAYA DAPAT RUANGAN PASTI SAYA BERKOMENTAR TENTAN AKI SOLEH JAFFAR …BAGI ANDA YANG INGIN SEPERTI SAYA SILAHKAN HUBUNGI AKI SOLEH JAFFAR: 0853---> 7778 ---> 3331, ATAU

    KLIK DISINI 4d 5d 6d









    Sekian lama saya bermain togel baru kali ini saya
    benar-benar merasakan yang namanya kemenangan dan alhamdulillah saya dpat Rp 257 juta dan semuaini
    berkat bantuan angka dari AKI SOLEH JAFFAR]
    karena cuma Beliaulah ang memberikan angka
    goibnya yg di jamin 100% tembus awal saya
    bergabung hanya memasang 100 ribu karna
    saya ngak terlalu percaya ternyatah benar-benar
    tembus dan kini saya ngak ragu-ragu lagi untuk memasang
    angkanya,,,,buat anda yg butuh angka yang dijamin tembus
    hubungi AKI SOLEH JAFFAR] DI Nomor Ini 0853---> 7778 ---> 3331,,
    insya allah beliu akan menbatu kesusahan
    anda apalagi kalau anda terlilit hutang Aki Bisabantu Anda trima kasih.?


















    ReplyDelete