BAHAGIAN TERKEATAS BAGI MASJID AL-UMM
BBB, 7 Zulkaedah 1439H. = 20 Julai 2018M.
(Juma`at):
Bahagian terkeatas bagi Masjid Al-Umm tidak
lain daripada kubah dan atap bagi masajid tersebut (menara dikira berasingan).
Kubah adalah elemen yang menonjol bagi Masjid Al-Umm, bahkan ianya sesuatu yang jelas kelihatan dari jauh –
dari luar, tetapi perhatian yang diberi di dalam pembinaan dan kos yang berkait
dengannya.
Pada peringkat awal pembinaan, di dalam kos
pembinaan masjid di dalam lingkungan
RM10 juta hingga RM12 juta, kubah tidaklah besar dari segi jangkaan,
bahkan ada kontrektor yang menawarkan
kos bagi kubah hanya dalam lingkongan RM200,000. Kubah adalah ditender secara
berasingan dari pembinaan fizikal Masjid Al-Umm, seawal tender dibuka kepada
kontrektor ialah pada bulan September 2013, namun pihak Jawatankuasa tidak
berpuashati dengan beberapa kontrektor yang menawarkan kepakaran mereka,
selepas diinterview bagi membina menara. Ini menyebabkan tertangguh lebih
kurang setahun kemudian apabila pihak jawatankuasa mendapati sebuah syarikat
dari Johor yang mempunyai pengalaman yang luas dalam membina kubah. Shyarikat
berkenaan dikenali dengan Majleza yang telah banyak membina kubah dibeberapa
masjid terkenal di tanahair. Syarikat ini dijemut untuk diinterview dan
diterima pada bulan September 2014. Syarikat ini diminta membina kubah terbaik
dan mempunyai ciri tersendiri bagi Masjid Al-Umm. Mejleza menampilkan beberapa
contoh kubah dari berbagai masjid, antaranya hasil dari binaan yang telah
dibuat bagi beberapa masjid. Majleza menampilkan contoh yang paling disetujui jawatankuasa,
ialah kubah Masjid Sultan Qabus di Oman, pihak
jawatankuasa melihat bentuk separuh bujur telur dan tidak mau dikaitkan dengan
kubah Masjid Sultan Qabus, tetapi ia adalah bentuk tempatan dan universal
berbentuk separuh bujur telur. Kubah ini diberi cahaya meliputi garis-garis pada permukaan bagi kubah berkenaan. Rangka kubah
ini dibina di Johor dan dibawa dengan trelar ke Bangi dan selepas pemasangan
bilah-bilah bagi kubah berkenaan di Medan depan Masjid Al-Umm , maka rangkanya diangkat ke puncak bangunan masjid
pada pertengan Mac 2015. Kerja bagi pemasangan termasuk lampu dan sebagainya
memakan masa lebih kurang setahun. Walau bagaimana pemasangan lampu di waktu
malam tidak pernah sempurna dan lengkap (ada saja bahagian yang tidak menyala),
walaupun kosnya begitu tinggi, iaitu melebihi RM2 juta ringgit. Kubah yang
beratnya 10 ton ini pada keseluruhannya berwarna kuning dengan lilit lampu dan
lentang bagi 32 bilah bagi bulatan Kubah berkenaan. Kubah adalah terletak di
atas rangka yang dibina dengan agak rumit itu, maka di bawah dari tapak kubah
ini ialah bumbung bagi atap yang mempunyai 4 bahagian keliling kubah, meliputi
bagi aras utama, khusus ruang utama jama`ah di bawah ruang terbuka di bawah lengkungan kubah yang
terletak di atas empat tiang seri itu. Di dalam perbincangan mesyuarat pernah
dicadangkan bahawa bahagian atap hendaklah melindungi semua ruang dinding, berkamsud
semua bahagian bawah hingga ke dinding bagi semua tepi bagi masjid hendaklah
dilindungi atap, suapaya semua dinding tidak terdedah kepada cuaca hujan, panas
yang menyebakan dinding lekas pudar dan mungkin berkulat, tetapi nampaknya
tidaklah semua dinding dipayungi oleh atap. Sebaliknya selain dari atap
mengelilingi keliling kubah, pada bahagian lebih rendah sedikit dari kubah
ialah atap-atap bagi serambi masjid sebelah kanan dan kiri dan atap juga bagi
ruang legar termasuk bahagian kanan dan kiri bagi ruang legar. Ada cadangan agar bagunan
dan atap bagi Masjid Al-Umm jangan
sangat terpengaruh dengan semi bina masjid-masjid di Asia Barat yang bahagian
atas bersutuh dan terbuka, kerana kawasan Asia Barat kurang menerima hujan,
tetapi bagi iklim tempatan tidak sesuai digunakan konsep sutuh, sebaliknya
digunakan sistem beratap yang dapat melindungi dari hujan yang sering turun.
Bumbung bagi atap dicadangkan lebih curam dari
plan asal yang kelihatan lebih rata, bagi melancarkan larian air hujan yang
turun. Walau bagaimana hingga kini tidaklah berlaku ketirisan, walaupun di dalam
keadaan hujan yang lebat.
Dari segi warna atap bagi bumbung masjid ada
beberapa cadangan yang ditimbulkan di dalam mesyuarat-mesyuarat. Ada tiga warna
pilihan, iaitu warna kuning tanah yang banyak
sebagai warna atap, pilihan yang lain ialah hijau, tetapi nampaknya
pilihan terakhir ialah kelabu.
Pada bahagian atas adalah mudah diawasi,
kerana ianya dapat sampai ke bahagian
atap dan kubah melalui tangga bahagian belakang kiri yang dapat dinaiki melalui tengga menara sampai ke bahagian sutuh
– terhad, dari sini dapat diperbaiki, jika ada keosakan pada kubah, atap, tangki-tangki
air dan sebagainya. Bahagian atas ini adalah bahagian larangan bagi menjaga
keselamatan bangunan dan orang yang melepasi diri ke atas bumbung berkenaan.
Sebab itu pada hujung tangga bagi
bahagian sutuh dipasang pintu besi yang dapat dikunci dan pihak berkenaan sahaja
dibenarkan ke bahagian atas berkenaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment