MELANGKAH MASUK DARI PINTU GERBANG - RUANG
DAN TIANG
BBB, 29 Syawal 1439H. = 13 Julai 2018M.
(Juma`at):
Melangkah masuk ke ruang dalam dari pintu
gerbang, maka kita berdepan dengan ruang terbuka yang dikenali dengan `Ruang
Legar` dan terbuka yang agak luas yang ruang ini secara duduk bersila (di atas
tikar) boleh memuat lebih kurang 1,000 pengunjung. Ruang empat segi luas ini
bersempadankan pada sebelah kanan ialah bilik VIP, manakala pada sebelah
kirinya juga dengan saiz yang sama ialah bilik Pejabat (asalnya bilik jagaan
anak-anak). Pada sebelah depan bertentang dengan pintu gerbang masuk ialah dinding
berpintu kaca sempadan (dengan tiga mata
tangga ke atas) bagi ruang solat utama.
Ruang legar ini adalah aras atas tanah yang
berlantai marmar bersaiz besar memenuhi ruang legar dengan bahagian depan
sedikit menurun bagi membolehkan air mengalir keluar jika tempias masa jika
berlaku hujan – lantainya dipasang tile sesuai untuk air hujan mengalir turun
dan tidak licin. Agar ruang legar yang luas ini tidak nampak begitu `plain`,
maka dihias dengan dekorasi marmar berbunga hitam pada bahagian tengahnya.
Sebenarnya pada bahagian atas bagi ruang legar
ini – dengan bahagian tengah kosong ke atas dengan pada silingnya kipas
sederhana besar, manakala pada bahagian atas adalah dua bilik sebelah kanan (di atas bilik VIP)
dan dua bilik atas sebelah kiri (di atas bilik pentadbiran). Pada ruang legar
ini terdapat tiang-tiang yang menjunjung bilik-bilik pada bahagian atas yang
disebutkan. Tiang-tiang berkenaan berjumlah 20 tiang. Tiang-tiang berbentuk
empat segi adalah tiang-tiang yang menjunjung bilik-bilik di atas, manakala
tiang-tiang berbentuk bulat adalah tiang-tiang yang menjunjung tingkat atas bagi ruang solat muslimat
sebanyak (dua baris 4 x 2 = 8 tiang
bulat) .
Pada sebelah kanan bersebelah bilik VIP
terdapat lorong yang di sebelah kiri,
ruang terbuka untuk istirihat, asalnya bahagian atas terbuka – kini ditutup
`skylight` dengan bumbung plastik untuk elak dari hujan. Sebelah kanan ialah
bilik air dan toilet bagi lelaki. Tiang-tiang ke arah ini adalah berbentuk empat segi – termasuk di
dalam ruang toilet. Lorong dari tepi bilik VIP ini selain dari ke bilik air dan
toilet, lorong ini juga bersifat teruka
dan beberapa tiang pada penghujungnya berbentuk bulat. Pada lorong terbuka
sebelah luar dari kawasan tandas ialah bilik bagi pengurusan jenazah.
Lorong terbuka ini menimbulkan masalah, oleh
kerana sifat terbukanya mengundang kemasukan penceroboh terus masuk ke ruang
legar dan jika pintu ke ruang solat utama terbuka, maka ianya boleh dimasuki ke
dalam ruang solat utama berkenaan. Masalahnya, jika tidak ada pun mereka yang
masuk dengan niat tidak baik, ianya dapat dimasuki dengan mudah oleh kucing dan
anjing. Kemasukan anjing telah berlaku secara disedari sekurang-kurangnya dua
kali dan samak terhadap tempat yang dimasuki terpaksa dilakukan. Keadaan yang
sama pada sebelah kiri menyusur tepi bilik pejabat yang dihadapannya ruang
tempat anak-anak bermain dan sebelahnya bilik air dan seterusnya hingga ke
kolah adalah merupakan ruang terbuka sebagaimana di sebelah kanan. Ianya mudah
dicerobohi oleh mereka yang datang dengan niat tidak baik. Ruang terbuka ini
sebagaimana sebelah kanan dapat dimasuki seperti anjing dan memang berlaku.
Anjing masuk ikut jalan susur depan pejabat dan masuk ke ruang legar. Oleh
kerana kawasan legar ini sering diadakan jamuan, maka bau dari sisa makanan di
sini menarik kemasukan anjing yang memasalahkan dari segi kesucian dan terpaksa
sebagaimana disebutkan, perlu disamak.
Oleh kerana kejadian yang tidak diingini ini berlaku berulang kali, maka
langkah sementara terpaksa dilakukan, iaitu dengan membeli jaring dan dibuat
sekatan – dipasang sekatan terutama pada waktu malam. Wujudnya ruang terlampau
terbuka ini – termasuk dua tempat lagi bagi ruang masuk ke dewan bawah tanah,
menunujukkan kelemahan dari segi arkitektur dari awal. Sekatan sementara dengan
jaring seharusnya diganti dengan sekatan kekal seperti diadaka dinding dan
pintu yang dapat ditutup pada waktu malam untuk keselamatan dan mengelak dari
sebarang pencerobohan.
Setiap ruang yang wujud, bahkan apa yang
dibina dari dinding seharusnya mempunyai fungsi yang lebih dari hiasan.Misalnya
tingkap-tingkap dengan daun pintu berbentuk
bujur tunduk dan transperan adalah
untuk kemasukan cahaya, pintu-pintu
untuk dimasuki dan keluar. Ruang legar umpamanya amat praktikal dan bermanfaat.
Banyak majlis diadakan diruang ini
seperti Sambutan Maulid al-Rasul, sambutan-sambutan raya, tempat iftar dan
bersahur, jamuan-jamuan selepas tahli dan Yasin pada malam Juma`at dan berbagai
perhimpunan dapat dilakukan.
Bilik VIP digunakan bagi meraikan VIP-VIP yang
datang berkunjung dan juga sebagai bilik menunggu bagi VIP sebelum tibanya
majlis. Bilik kecil di sebelah bilik VIP, bilik bagi alat-alat cctv juga
digunakan bagi menyimpan bahan-bahan makanan sebelum dihidangkan – termasuk menyediakan
minuman. Bilik yang penting ialah bilik pentadbiran yang pentadbiran dan
pengurusan masjid adalah dilakukan di sini. Ruang mainan kanak-kanak dikunjungi
anak-anak, begitu juga ia tempat bagi anak-anak bermain semasa ibu bapa mereka
bersolat dan menghadiri pengajian. Namun dari satu segi ianya mengundang
kebisingan melampau yang dapat mengganggu suasana beribadat, Pada sebelah paling
kanan dan juga paling kiri adalah ruang-ruang untuk para jama`ah menselesakan
diri dan mengambil wudhu` atau untuk berehat sejenak di ruang rehat dan santai yang
disediakan.
Ruang legar dan beberapa tempat yang
disediakan agak yunik dan jarang tempat sedemikian terdapat di masjid-masjid
yang lain, ianya sesuai dan praktikal, namun kelemahan disebutkan ruang
terlampau terbuka di sebelah bilik mayat pada sebelah kanan dan bersebelahan
tempat kolah menimbulkan masalah yang perlu di atasi dengan sekatan terbaik dan tidak merosakkan pandangan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment