PANDANGAN
DARI HADAPAN – PERLAMBANGAN LAHIRI
& MAKNAWI
BBB, 06
Zulkaedah 1439H. = 19 Julai 2018M. (Khamis):
Sebagaimana pandangan pada bahagian depan bagi
pintu masuk ke masjid dengan kiri kanannya tidak ditegak dengan dinding rata,
tetapi berhias dengan dekorasi seperti daun-daun yang bersifat lengkung pendek dan
lengkung memanjang, maka demikianlah dengan bahagian hadapan Masjid Al-Umm juga
terdiri dari hiasan-hisan daun-daun
tingkap – tidak terbuka, tetapi bercermin dan berkerawang, disamping bentuk ruang lengkung tunduk memanjang ke
bawah menghiasi bahagian hadapan. Bahagian hadapan ini dapat dihias dengan dinding rata biasa, tetapi jika demikian, maka
tiadalah daya estetika lahiri dan maknawi sebagai tarikan padangan pada bahagian
hadapan masjid.
Sebagaimana telah diperkatakan bahawa
pembinaan masjid ini adalah dipengaruhi oleh konsep berimbang, maka sebagaimana pada
bahagian depan masjid, tengah, ruang utama dan
kanan kiri masjid didominasi oleh konsep berimbang, maka demikianlah
dengan bahagian paling hadapan bagi Masjid Al-Umm. Ini dapat dilihat dengan
jelas jika dipandang dari luar.
Garis tengah bagi bahagian hadapan Masjid
Al-Umm adalah `Mihrab` bagi masjid trersebut. Mihrab ialah bahgian dalam,
ternampak keluar yang menjadi tanda bagi arah Kiblat dan sudah tentulah ia
sesuai bagi titik tengah dalam mana imam apabila bersolat berdiri pada tengahnya
(lebih indah dari luar) mengadap Kiblat dengan diikuti oleh para makmum.
Keperluan utama ialah sebagai tanda bagi imam menghadap Kiblat, dan tentulah
mihrab ini semestinya berada pada aras utama. Dari segi sejarah pembinbaan,
pada peringkat pembinaan fizikal yang rangkanya sudah kelihatan termasuk mihrab
ialah pada akhir tahun 2014, maka bentuk mihrab adalah pada bahagian hadapan
bagi aras utama pada bahagian imam. Oleh kerana masjid adalah tiga tingkat,
maka bentuk mihrab yang bentuk bujurnya (separuh bulat) menonjol keluar setakat
aras utama dari atas sahaja dan kelihatan dari luar sebagai tong drum yang
tergantung, sedang pada bahagian bawah ke tanah adalah kosong. Penulis sebagai
pengerusi yang di dalam satu mesyuaratr Jawatankuasa Pembinaan mengkritik dan
membuat cadangan agar bentuk bulat bujur bagi mihrab itu dipanjangkan ke bawah,
dengan demikian ianya tidak dilihat sebagai tong tergantung, tetapi dengan
memanjangkannya ke bawah menjadi tanda juga bagi yang bersolat pada bahagian
bawah arah Kiblat. Dengan memanjangkannya ke bawah kelihatan lebih harmoni dan menarik, lantaran itu dibuat
unjuran mihrab itu ke bahagian bawah dengan bahagian paling bawahnya dibuat
tetulang -tetulang sebagai tiang-tiang kecil berdiri di atasnya mihrab dan
tidak bersifat tergantung.
Pada bahagian kanan bagi bahagian hadapan
Masjid Al-Umm ini dihiasi dengan tiga
bentuk lengkung dari atas kebawah, demikian juga pada bahagian kirinya juga
pada bahagian tepinya dihiasi dengan
tiga lengkung memanjang ke bawah menjadikannya berimbang dari segi pandangan.
Dengan enam lengkung ini dapat diberi maksud dari segi perlambangan adalah
sebagai rukun iman yang enam. Konsep enam ini juga dapat dilihat dari garis dan
ruang pada lengkungan mihrab juga berjumlah enam garis dan ruang.. Keadaan yang
sama bagi tiga tingkat bagi mihrab dari atas ke bawah. Pada tingkat kedua dari
atas selepas ada tiga ruang tingkap pada bahagian kanan dan kiri, maka pada aras
dua ini dihiasi dengan 5 daun tingkap berkerawang yang berimbang antara
bahagian kanan dan kiri dari ruang kosong dari atas ke bawah pada bahagian kanan dan kiri. Lima daun tingkap
yang tidak dibuka ini adalah pada bahagian serambi masjid, baik pada bahagian
kanan dan kiri. Fungsi daun tingkap berkerawang ini adalah bertujuan untuk
mendapat cahaya pada siang hari. Di bawah bagi daun-daun ini ialah bahagian
kaki bagi daun yang juga dihias dengan dekorasi berkerawang. Dari segi lima
daun ini juga dapat ditafsairkan secara perlambagan sebagai rukun Islam yang
lima. Pada aras paling bawah, adalah tingkap dan pintu-pintu bagi aras bawah
yang digunakan bagi kegiatan yang berlaku seperti konvensyen atau sebarang
perhimpunan. Dapat dikatakan pada bahagian bawah ini tidaklah diberi dekorasi,
kerana ianya pada bahagian bawah bagi penggunaan umum.
Dapatlah dikatakan bahawa pandangan dari hadapan Masjid
Al-Umm dan dekorasi-dekorasi bersamanya pada tiga aras itu adalah unik dan
menarik. Bentuk yang sedemikian tidak dapat dikaitkan dengan ciri ketara pada
masjid-masjid yang lain, sebab itu ciri senibina Masjid Al-Umm, khususnya pada
bahagian hadapan adalah ciri khusus dan identik dengan Masjid Al-Umm.
Disamping melihat keunikan dari segi lahiri,
ianya dapat dilihat dari segi maknawi, bahawa, mihrab adalah arah lahiri yang dari segi fizikal ditandai dengan mihrab menyatukan para
jama`ah di dalam solat bersatu mengadap kiblat yang mereka adalah berpegang
dengan akidah rukun Iman yang enam dan berpegang dengan rukun Islam yang lima, manakala
bagi dua menara melambangkan Kitab Allah dan Sunnah RasulNya, sedang dari segi
maknawi dan rohani melalui solat jiwa dan rohani bermikraj kepada Yang Maha
Tinggi, sebagaimana dilambangkan dengan
kubah yang berada pada tengah-tengah dan puncak Masjid Al-Umm itu
sendiri.
Ini semua melambangkan keunikan Masjid Al-Umm dan adalah menjadi identiti dan mercu tanda bagi Bangi Bandar Ilmu – Pusat Ilmu dan Rohani.
Sekian.
No comments:
Post a Comment