RUANG SERAMBI BAHAGIAN DARI RUANG UTAMA
BBB, 02 Zulkaedah 1439H. = 15 Julai 2018M.
(Ahad):
Satu keunikan
bagi Masjid Al-Umm, ialah terdapat dua ruang serambi (sayap atau
koridor), iaitu satu di kanan dan satu di kiri yang setiap satunya bersamaan
dan agak luas dari segi ruangnya. Kewujudan ruang serambi ini ada hubungan
dengan kedudukan tapak bagi tanah masjid dan ada hubungan dengan keperluan bagi memuatkan jamaah, juga dari segi
keselesaan serta keperluan penggunaan.
Dari segi kedudukan tapak yang hampir
berbentuk empat segi itu, maka dari segi ruang masuk hingga ke dinding mihrab
dapat dikatakan telah dipenuhi oleh ruang bangunan yang pada permulaan masuk
ialah ruang legar dan ruang utama. Dengan ruang utama di dalam ruang berdinding
kaca itu mempunyai kapasiti terhad bagi jumlah jama`ah seramai 2,000 orang itu, maka untuk mendapat ruang
yang dapat menambahkan jama`ah, maka ditambah ruang serambi pada sebelah kanan
dan kiri yang luasnya dan bentuknya bersamaan yang setiap ruang mampu menampung
500 jamaah. Penambahan kedua-dua ruang ini bersesuaian dengan ruang tanah atau
tapak yang masih berbaki.
Pertanyaan mungkin dapat ditimbulkan, mengapa
kedua-dua ruang ini tidak disatukan dengan ruang utama, tanpa disekatkan dengan
dinding memisahkan kedua-dua ruang ini ?
Pengasingan ada beberapa kepentingan, iaitu
ruang utama yang di tengah yang berdinding kaca adalah ruang bagi jumlah
jama`ah dalam jumlah biasa. Kawasan ini dibekalkan dengan air-cond untuk
keselesaan mereka. Jika tiada sempadan, maka keluasan ruang bagi diliputi
air-cond luas dan membazirkan tenaga dan meningkat dari segi bil letrik (untuk
menjimatkan letrik setakat ini air-cond digunakan pada waktu antara maghrib dan
Isya` sahaja). Penggunaan waktu-waktu lain jika difikirkan perlu. Pembatasan
kawasan air –cond juga, kerana ada sebahagian daripada jama`ah yang tidak
selesa dengan air-cond, atau kerana masalah kesihatan, maka mereka lebih selesa
berada di luar dari kawasan air-cond. Pengasingan ruang juga dibuat, bagi
memberi ruang bagi aktiviti berlainan. Misalnya masa jama`ah biasa di dalam
ruang utama, maka kemungkinan masa yang sama ada kumpulan yang sedang
mempelajari Al-Qur`an atau mendengar pengajaran tertentu bagi kumpulan
tertentu, maka mereka tidak mengganggu kumpulan jama`ah di ruang utama.
Pengasingan ruang ini memungkinkan kumpulan yang menjalankan upacara pernikahan
dapat dilakukan tanpa mengganggu jama`ah di ruang utama. Misalnya mereka
menggunakan ruang serambi sebelah kanan.
Dalam masa yang sama atau berlainan di ruang
serambi kiri ada diletakkan kerusi-kerusi bagi kelas-kelas tajwid dan berbagai-bagai
pengajaran yang lain. Manakala ada sebahagian daripada mereka sengaja berehat
sambil menunggu waktu solat atau duduk selepas solat pada kerusi-kerusi yang
memang disediakan bersebelahan ruang kosong pada bahagian belakang.
Jadi dengan pengasingan ruang sebenarnya
memungkin diadakan berbagai aktiviti secara serentak dan tidak bertembung,
terutama di luar dari masa solat utama. Kawasan ini juga dapat digunakan oleh
mereka yang datang atau berterusan di masjid kerana beriktikaf dan berqiyam
al-lail, kerana pada malam-malam biasa (kecuali Ramadhan) ruang utama ditutup –
tiada bekalan api selepas Isya`. Sedang pada kedua-dua serambi ini dapat
digunakan secara berterusan, ada berlampu dan 12 unit kipas pada setiap serambi.
Kedua-dua ruang serambi ini berdekatan dengan kawasan wudhu` dan kemudahan
pembersihan yang lain. Pendek kata kewujudan kedua-dua ruang ini amat
praktikal.
Sebagaimana dikatakan kawasan terbuka ini
mempunyai keluasan yang dapat memuatkan 500 jama`ah bagi setiap serambai. Ruang
bermarmar ini yang dibekal dengan jumlah sejadah yang banyak untuk digunakan mempunyai ketinggian dari lantai iala 25 kaki
tinggi dengan pada bahagian tengahnya terdapat sebatang tiang bulat yang menjunjung bahagian atap dengan tiang-tiang
dikelilingnya. Pada bahagian hadapan 5 pecahan ruang, bahagian atas bercermin
mempunyai 5 daun tingkap berkaca dengan
5 bahagian bawahnya 5 ruang berdinding kaca secara teguh. Dari sini
pandangan terbuka ke arah ruang Medan Selera (Usahawan). Pada sebelah kiri
ialah dinding kaca bersempadankan ruang solat utama dengan boleh masuk keluar
melalui beberapa pintu yang boleh dilock pada waktu malam, manakala pada
sebelah belakang ialah ruang terbuka secara santai. Sekiranya diadakan acara
akad-nikah, bagi tetamu perempuan yang uzur dapat berada pada bahagian terbuka
dan santai ini. Manakala pada sebelah kanan ialah pintu yang dapat dimasuk dari
luar aras tanah bertangga. Dari ruang
utama ini juga dapat dinaiki melalui tangga sama ada ke aras atas juga bawah. Di
atas ini ruang jamaah muslimat dan ke bilik-bilik mesyuarat, seminar dan
bilik-bilik kuliah, It. dan
perpustakaan. Juga boleh turun ke bawah
ke Dewan Serbaguna .Pada lantai serambi ini ada 12 line saf yang ditanda dengan
garis hitam dan sesuai juga diletak sejadah di atasnya untuk 500 jamaah
sebagaimana telah disebutkan. Ruang terbuka ini mungkin dapat digunakan sebagai
tempat tidur bagi merekayang mau berehat, tetapi di dalam ruang masjid tidak
dibenarkan mereka yang datang untuk tidur.
Ruang serambi sebelah kiri juga adalah hampir
bersamaan dengan ruang serambi sebelah kanan dengan pada bahagian kanan
bersempdankan dengan ruang solat utama dengan beberapa pintu kaca untuk masuk
keluar dan dapat dilock dari dalam bila ditutup pada waktu malam. Ruang serambi
kiri ini juga mempunyai satu tiang bulat utama dengan tiang-tiang di bahagian
tepi menjunjung atap pada bahagian atas dengan ketinggian sama (25 kaki) sebagaimana
sebelah kanan. Pada bahagian depan juga sekatan dinding cermin dengan lima daun
pintu dan 5 pecahan bercermin pada bahagian bawah. Pada sebelah kiri adalah tangga dua tingkat untuk turun ke bawah dan juga
tangga di bahagian kiri juga untuk ke aras
satu – Kawasan muslimat dan berbagai bilik sebagaimana telah disebutkan. Adapun
pada bahagian belakang ialah kawasan mainan anak-anak yang pada bahagian
belakang ini diletak kerusi-kerusi sebagai tempat rehat selepas solat atau
sebelum tiba waktu solat. Sebaiknya mereka berada di atas carpet bahagian dalam
menunggu solat.
Pada ruang serambi ini diadakan kerusi-kerusi
dan meja-meja untuk kelas-kelas pengajian atau kegiatan-kegiatan perkumpulan
oleh pihak masjid atau mereka yang datang dari luar menggunakannya.
Sesungguhnya banyak kemudahan yang disediakan
untuk para jama`ah dan mereka yang
datang berkunjung ke Masjid Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment