RUANG BAWAH TANAH BONUS BAGI MASJID AL-UMM
BBB, 04 Zulkaedah 1439H. = 17 Julai 2018M.
(Selasa):
Sebagaimana telah disebutkan bahawa plan
pembinaan Masjid Al-Umm yang asasnya telah disediakan oleh Arkitek Urusbin Sdn.
Berhad, berlaku banyak perubahan. Perubahan ini berlaku melalui
mesyuarat-mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pembinaan dan juga Mesyuarat Teknikal.
Perubahan berlaku, terutama selepas perasmian tapak 6 Januari 2013, iaitu
setahun sebelum bermulanya pembinaan fizikal, iaitu 10.12.2013. Perubahan yang
dianggarkan melibatkan 62% dari plan asal ini banyak memberi kebaikan dari segi
plan, tetapi ada juga yang tidak baiknya, antaranya melibatkan kerja tambahan,
melambatkan pengangkatan plan kepada MPKj untuk diluluskan. Plan diangkat kepada
MPKj pada pertengahan 2013, tetapi terpksa ditambah dan diubah dan diangkat kepada MPKj bagi
mengemaskinikan plan mutakhir. Perubahan melibatkan penambahan kos dan masa dan
lewat mendapat kelulusan (4 Disember 2013) hanya beberapa hari sebelum
kerja-kerja pembinaan fizikal dimulakan (Surat kelulusan diterima pada 16
Disember 2013, manakala masuk tapak pada 10 Disember 2013).
Antara perubahan besar yang mentakmilahkan
dari segi plan arkitek ialah mewujudkan satu aras tambahan `Bawah Tanah` bagi
Masjid Al-Umm. Sebagaimana dimaklum Masjid Al-Umm dibina pada pinggir Bukit
Bangi. Plan asalnya adalah dua tingkat. Dalam mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan
sebelum dari diwujudkan Jawatankuasa Teknikal (Mesyuarat pertamanya
8.1.2013). Melihat kepada ruang kosong
di bawah aras utama yang dicadang bagi tempat parkir, maka timbul dalam
mesyuarat cadangan agar menukarkan cadangan membuat tempat parkir kawasan bawah
tanah kepada `Aras Bawah Tanah` yang menjadikan arah ini sebagai salah satu
dari tiga aras bagi Masjid Al-Umm. Jadi dalam plan yang diangkat kepada MPKj
pada pertengahan 2013 ialah termasuk mewujudkan aras bawah tanah. Dalam maksud plan bagi Masjid
Al-Umm adalah tiga tingkat. Tanah yang dikeluarkan bagi tingkat bawah tanah ini
ditambak ke medan parkir beresebelahan
Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi,
Ruang bawah tanah ini berkedudukan di bawah
bagi ruang utama bagi aras utama Masjid Al-Umm – melebar dari serambi sebelah
kanan ke serambi pada bahagian kiri. Tiang seri utama, iaitu empat batang tiang
yang menjunjung kubah pada bahagian atas adalah terdiri dan tertanam pada
bahagia tengah aras bawah tanah ini. Ini
ditambah dengan enam tiang bulat lagi yang kurang sedikit besar berbanding
dengan empat tiang seri. Tambahan
tiang-tiang besar di ruang bawah tanah ini bagi menjunjung lantai bagi aras
utama termasuk serambi kanan dan kiri, dan pada aras di atas aras utama pula
adalah bilik mesyuarat pada sebelah kanan, dan bilik (dua bilik ) seminar pada
sebelah kiri. Ini adalah merupakan tiang-tiang utama, di samping tiang-tiang
tepian bersama dinding yang menjunjung aras utama dan juga aras bagi tingkat
satu (tingkat tiga dari bawah), manakala pada bahagian belakang yang tidak
mempunyai aras bawah tanah dikukuhkan binaan dengan tiang-tiang pada bahagian
hadapan yang menjunjung aras satu yang di aras ini ialah 4 bilik (2 kuliah,
satu perpustakaan, dan IT yang juga untuk Tahfiz). Ini adalah merupakan
sebahagian dari tiang-tiang yang berjumlah lebih dari 300 tiang bagi
keseluruhan bangunan Masjid Al-Umm.
Untuk ke aras bawah tanah, boleh turun dari
serambi sebelah kanan masjid ke bawah atau melalui tangga dari serambi sebelah
kiri masjid ke bawah. Juga dapat masuk melalui jalan luar bagi kedua belah. Ruang
masuk dari sebelah kanan dan kiri hampir bersamaan dengan ada dua pintu bagi
setiap sebelah. Cuma di sebelah kanan ada `Bilik Akad Nikah` bagfi upacara akad
nikah yang dapat memuatkan seramai 100
orang jika ianya digunakan bagi majlis perkahwinan, ianya juga dapat dijadikan
bilik mesyuarat. Ruang ini pernah digunakan
sebagai ruang mesyuarat Jawatankuasa Pembinaan sebelum siapnya bilik
mesyuarat sebenarnra pada aras satu. Pada sebelah kiri dari pintu masuk ialah
ruangan dapur bagi tempat persediaan jamuan, jika ruang bawah tanah digunakan
untuk jamuan kahwin atau jamuan-jamuan bagi konvensyen dan
persidangan-persidangan dalam skala yang lebih besar. Ruang bawah tanah selain
dari bilik nikah dan ruang penyediaan makanan boleh memuatkan peserta-peserta
dalam jumlah 1,000 orang tanpa kerusi, tetapi jika menggunaan meja dapat
memuatkan sebanyak 600 orang.
Ruang bawah tanah ini dapat dikatakan sebagai
ruang serbaguna. Ianya dapat digunakan sebagai dewan konvensyen, persidangan
danperhimpunan dalam skala besar, tanpa mengganggu kegiatan yang diadakan pada
aras utama dan aras satu.
Dewan serbaguna ini juga dapat digunakan
sebagai dewan bagi majlis jamuan perkahwinan, pertemuan dan berbagai-bagai
acara yang bersesuaian. Dewan ini dilengkapkan dengan air-cond, peralatan bagi
persidangan , perkahwinan dan berbagai pertemuan. Ianya adalah disewakan bagi
orang ramai. Dewan ini mulai disewakan pada bulai Julai 2018 ini dengan sewaan
yang berpatutan. Cuma dewan bawah tanah ini agak rendah. Tingginya lebihkurang
25 kaki, sebab itu ianya tidak
menggunakan kipas syiling, sebaliknya kipas berdiri atau pada dinding. Walau
bagaimana ruang bawah tanah ini adalah selesa digunakan. Sebagaimana
ruang-ruang pada tingkat satu disewakan, begitu jugalah dengan dewan bawah
tanah ini. Pendapatan dari sewa digunakan untuk urusan dan kegiatan Masjid
Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment