BBB, 18 Syawal 1439H. = 02 Julai 2018M.
(Isnin):
Membina bangunan yang melibatkan keperluan
bagi mendapat kelulusan plan dari pihak
berwajib – Majlis perbandaran perlu mematuhi syarat-syarat. Antaranya plan yang
diangkat berjumlah 21 salinan perlu diluluskan oleh semua jabatan berkenaan
melalui Majlis Perbandaran yangf merupakan sebagai `One Stop Centre` bagi semua jabatan-jabatan. Contoh, bomba,
TNB, perpatitan, kesihatan, alam
sekitar, perbandaran dan sebagainya.
Untuk mendapat kelulusan memakan masa. Ada
beberapa tahap terpaksa dilalui untuk mendapat kelulusan
a) Tahap Persediaan
Pada tahap ini plan disiapkan oleh pihak arkitek,
sesempurna yang mungkin sebelum diangkat kepada pihak Perbandaran. Bila
dipastikan sempurna, baru diangkat kepada pihak Perbandaran.
b) Tahap Penungguan
Dalam tempoh penungguan ini,
bukan saja menunggu, tetapi di dalam masa menunggu ada perkara-perkara yang dipersoalkan
oleh pihak berwajib, maka arkitek dipanggil, biasanya diminta buat pembaikan.
Persoalan-persoalan dikemukakan melibatkan banyak kali berhubung dengan banyak
perkara. Dalam hal ini pihak arkitek dan yang lain terpaksa naik turun pejabat
dan membuat pembaikan-pembaikan hingga pihak berkuasa berpuas hati.
c) Tahap Kelulusan
Selepas menunggu sekian lama,
tiba pada tahap kelulusan yang membolehkan pihak kontrektor `Masuk Tapak` dan
memulakan pembinaan.
d) Pebaikan Dalam Masa Pembinaan
Dalam masa pembinaan berlaku
perubahan, adjustment kepada pembinaan yang melibatkan perubahan. Perubahan-perubahan sedemikian perlu
dimaklumkan kepada pihak perbandaran yang kelak dikira dari segi penilaian dan
kelulusan.
e) Tahap Penungguan Setelah Siap
Siap dari segi fizikal tidak
bermakna siap sepenuhnya. Segala keperluan di check bagi tahap:
i)
CPC
ii)
CCC.
Bagi bangunan yang sempurna dari awal dan
pihak kontrektor membina terus dengan mengikuti plan arkitek secara sempurna,
mungkin tidak banyak menimbulkan masalah, tetapi bagi Masjid Al-Umm kelima-lima
tahap terpaksa dilalui dan memakan masa dan amat membeban dan tertekan pihak
Jawatankuasa Pembinaan bagi mendapat kelulusan.
Penghantaran Plan
Oleh kerana target pembinaan Masjid Al-Umm
hendaklah dilakukan dalam tempoh tidak lewat dari setahun dari tarikh `Pecah
Tanah (6 Januari 2013), maka di dalam
perbincangan dikehendaki menghantar plan yang telah dibincang dan antaranya
dipinda sebaik sesudah tarikh `Pecah Tanah`.
Sebelum plan dihantar kepada pihak MPKj.
Pada
21.1.2013, dua minggu selepas `Pecah Tanah`, maka oleh kerana masjid adalah di
bawah JAIS, maka pada tarikh tersebut pihak Jawatankuasa Pembinaan diketuai
Pengerusi bersama 5 Jawatankuasa Pembinaan telah menemui pihak JAIS, bahagian
Pembangunan dan membincangkan soal plan Masjid Al-Umm, maka selepas
perbincangan ini pihak Jawatankuasa telah mengangkatkan plan yang disetujui
JAIS itu kepada MPKj pada 11 Februari 2013. Perbincangan dan penyerahan Plan
itu dilakukan oleh Pengerusi Pembinaan kepada YDP MPkj melalui Engineernya dan
beberapa yang lain, manakala dari pihak Masjid Al-Umm disertai sama oleh Tuan
Haji Hussin Yunos Setiausaha, Tuan Haji Mohd. Nor Yasin Bendahari, Haji Abdul Rahman Daud Jawatankuasa
dan saudara Adham Setiauasaha Kerja. Perbincangan tidak lain dari mengharapkan
plan binaan Masjid Al-Umm mendapat kelulusan dalam kadar segera.
Walaupun dalam percakapa lisan, kita merasa
optimis akan segera mendapat kelulusan, tetapi dari segi realitinya pihak
arkitek terpaksa berulang kali turun naik pejabat MPKj bagi mengangkat perubahan dan pembaikan plan
yang dipersoalkan oleh pihak MPKj.
Pihak Jawatankuasa pada masa itu ghairah untuk
segera membinakan masjid Al-Umm, walaupun pada hakikatnya, masalah kewangan
masih menjadi halangan untuk pembinaan, namum usaha dilakukan bagi mendapat
dana sekurang-kurang bagi pembinaan pada peringkat permulaan.
Hingga kepada akhir tahun 2013 pihak
Jawatankuasa Pembinaan yang berazam mau melakukan pembinaan dalam tempoh tidak
melebihi setahun dari tarikh pecah tanah mengharakan kelulusan plan tidak lewat
dari akhir tahun 2013.
Tarikh Masuk Tapak ditentukan ialah pada
10.12.2013. Dalam masa tersebut maklumat tidak resmi diketahui plan telah
diluluskan yang kemudian diketahui ialah pada 4 Disember 2013. Namun surat rasmi tiba ke
tangan lewat beberapa hari dari tarikh Masuk Tapak, iaitu pada 10 Disember 2013
(Masuk Tapak).
Sekian.
No comments:
Post a Comment