BBB, 21 Syawal
1439H. = 05 Julai 2018M. (Khamis):
Berita
Tentang pemeriksaan bomba 3 Julai
Dan kelulusan amat menyenangkan
Menggugurkan separuh beban penungguan
Ia adalah siri akhir daripada 21 keperluan
Dilulus jabatan-jabatan dari permohonan
Arkitek bertahun mengurus dan meyelesaikan
Walau bagaimana budaya sub-kontrektor
Saat-saat kita dalam keperluan
Mereka berulang mengambil kesempatan
Menuntut bayaran belum diselesaikan
Ingatkah betapa lamanya tertangguh
Mereka menangguk di air keruh
Ketika mula mau menggunakan bangunan
(Sebelum 16 Disember 2017)
Mereka mensyaratkan keperluan bayaran
Sebelum memasang bahagian akhir
Bagi memungkin penggunaan air-cond.
Betapa janji tidak ditunai dengan bayaran
Diagih kepada yang bukan dalam perjanjian
dan mensyaratkan bayaran lagi sebelum
pemasangan
hingga
kita terpaksa membuat perjanjian bertulis
pada 26 Oktober 2017 antara Pengerusi, Akbar
& Haji Marzuki
Dengan bayaran RM150,000 baru air-cond
beroperasi dan
Program berjalan dan penggunaan hingga kini
berterusan.
Kini pada peringkat akhir
Dengan kelulusan bomba kita jangka
Urusan memudahkan ke arah CCC
Kini taktik sama berkali-kali diguna lagi
Hutang lift sekadar RM60,000 dijadikan syarat
Penyerahan surat kelulusan dikeluarkan
Tanpanya CCC trersekat kelulusan.
Dengan demikian
Setiap ugutan berulang
Kita terpaksa duduk berbincang
Dan buat kiraan tentang baki di tangan
Implikasi jika dikeluarkan semua bayaran
Terhadap pentadbiran dan pengurusan.
Demikianlah betapa
Sepanjang pembinaan
Kita meniti di atas permasalahan
Di dalam kesempitan terpaksa menghuraikan
Permasalahan secara bijaksana dalam kawalan
Seumpama lift disebut kaperluan bayaran
Bagi mengangkat permasalahan
Insya Allah semua dapat diselesaikan.
Sekian.
Memang bermasalah deal Dengan main con & sub con tapi perkara pokoknya mereka menuntut bayaran bagi kerja2 yg telah lama mereka siapkan. Isunya JK takde duit nak bayar Dan tidak berusaha keras mencari dana....
ReplyDelete