PINTU GERBANG LANGKAH PERMULAAN KE RUANG DALAM
BBB, 25 Syawal 1439H. = 09 Julai 2018M. (Isnin):
Bagi menghayati secara estetik terhadap Masjid
Al-Umm, sebenarnya boleh dilihat secara menyeluruh terhadap binaan dari luar
mulai dari bawah tanah hinggaterkeatas dengan mihrab ke kubah dan menaranya.
Namun permulaan penelitian dan penghayatan sengaja bermula dengan `Pintu Gerbang` yang membawa
makna lahiri dan maknawi. Masjid Al-Umm sendiri mempunyai pintu gerbang.
Pintu gerbang dari segi lahiri:
1) Pintu gerbang adalah memaksudkan ianya
mensempadankan antara ruang luar dan dalam. Ruang luar tiada mempunyai sekatan bagi laluan dan
lalulalang, tetapi ruang dalam adalah ruang sempadan pemilikan yang di dalamnya
tidak boleh masuk secara sembarangan dan perlu patuh pada aturan.
2) Ruang dalam adalah hak dan milik bagi pihak
dalaman, misalnya masjid. Ini bermakna bahagian luar bukan dimiliki oleh yang
memiliki ruang dalam. Ruang luar mungkin ada pemilik yang lain yang mungkin
dibiarkan terbuka.
3) Pintu gerbang seharusnya melaluinya bagi
pengunjung luar yang datang sebagai mematuhi aturan dan adab, biarpun misalnya
ada pintu-pintu yang lain boleh dimasuki.
4) Bagi mematuhi peraturan, adab dan peraturan ,
biasanya ada pengawal yang mengawal
keselamatan bagi yang keluar masuk.
5) Pintu gerbang seharusnya merupakan binaan atau
tembok berpintu yang kukuh sesuai ianya sebagai benteng pertahanan (Termasuk
pertahanan bagi peperangan – lebih pada zaman tradisi).
Pintu Gerbang Dari segi maknawi:
1) Memberi makna `Selamat Datang – Ahlan wa sahlan,
bagi mereka yang mula sampai dan diucapkan kan baginya sebagai `Selamat Datang`.
2) Melambangkan kehebatan dalaman yang dapat dihayati
dari kehebatan pintu gerbang.
3) Sempadan yang seharusnya tidak dicerobohi.
4) Mencerminkan ciri estetika binaan pada pintu
gerbang dan tembok yang mungkin juga dalaman.
5) Pintu gerbang yang biasanya berbentuk lengkung
mencerminkan kelembutan dan hormat, tetapi jika sekadar pintu bertiang
disambung tembok, adalah sekadar biasa
dan tidak bernilai estetika.
Ciri Dominan – Terutama zaman tradisi
Pintu gerbang adalah ciri dominan, terutama
pada zaman tradisi, ianya dijadikan sempadana bagi sebuah kota dan benteng
pertahanan dari diserang oleh musuh. Kiranya musuh dapat menceroboh masuk (dalam
peperangan) berkemungkinan seteru dapat mengalahkan kota yang diceroboh dan
menaklukinya. Sebab itu pintu gerbang dan kota (tembok kota) dibina sebaik dan
seteguh yang mungkin.
Pada zaman moden walaupun fungsi kota dan
tembok tidak lagi merupakan faktor penting dalam pertahanan, tetapi ianya masih
digunakan sebagai imej, kekuatan dan keunggulan.
Penggunaan pintu gerbang berlapisan. Misalya
ada pintu gerbang bagi kemasukan dalam kawasan tembok kota dan bagi bangunan di
dalamnya – tetapi misalnya bagi masjid yang di dalam kota itu mempunyai tembok
atau pagar yang tersendiri yang menunjukkan bahawa masjid berkenaan mempunyai kawasannya yang
tersendiri.
Masjid Al-Umm, walaupun mempunyai kawasan yang
terhad sekadar dua ekar, mempunyai kawasan pagar mengelilingi kawasan masjid
berkenaan dan mempunyai pintu, bahkan lebih dari satu pintu bagi kawasan
masjid dan masjid mempunyai pintu
gerbang, selain dari pintu-pintu yang lain yang boleh memasuki kawasan masjid.
Biasanya menuju pintu gerbang dan juga pintu pagar adalah jalan lurus menuju ke
pintu pagar yang di luarnya ada kawasan persinggahan – untuk rehat sementara
sebelum mendapat keizinan untuk masuk, tetapi agak berbeza dengan pintu masuk
utama bagi kawasan Masjid Al-Umm. Keadaan ini berlaku oleh kerana kedudukan
tanah Masjid Al-Umm yang jalan hadapannya bersempadankan perumahan semi D (6
buah) dan tiada ruang bagi jalan terus dari luar ke pintu gerbang atau pintu
utama. Ini ialah kerana kekurangan ruang. Pintu gerbang masjid berhadapan
dengan tembok pemisah dengan jalan yang menjadi sempadan bagi perumahan.
Dengan kedudukan tanah yang terhad dan tiada
ruang terus ke pertengahan bagi pintu
utama atau gerbang, maka jalan ke Masjid Al-Umm adalah melalui jalan sisi bagi perumahan dan menyusuri tepi padang
hingga ke pertengahan kawasan sisi, maka pada pertengahan sisi ini dijadikan
kawasan pintu masuk, manakala pintu gerbang bagi masjid adalah menghadap ke
kawasan perumahan dengan dihadangi tembok agak tinggi dihadapannya. Hadapan
bagi pintu gerbang masjid adalah kawasan sebaris parkir. Dalam kata lain,
fungsi pintu utama tidaklah melambangkan kehebatan dan keunggulan yang me
`selamatdatangkan para pengunjung`, tetapi harus secara hati-hati menyusuri
jalan tepi yang lebih tinggi sebagai tebing bagi kawasan sempadan dan pada
penghujung bertembung dengan tembok sekatan (nama masjid) dan perlu membelok ke
kiri dan masuk dan membelok ke kanan ke ruang parkir yang sebahagian
daripadanya berdepan dengan pintu gerbang masjid. Terdapat sebuah lagi pintu
keluar-masuk melalui sisi kiri masjid ke Jalan 1/3, manakala sebuah jalan ialah
jalan bertangga dari kawasan sisi kanan turun ke Jalan Sekolah.
Dapatlah dikatakan kawasan masuk ke Masjid
Al-Umm tidaklah menarik dari segi kedudukan, kekurangan ini mungkin dapat
dikurangkan, bahkan ditenggelamkan dengan kehebatan bangunannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment