PERTAMA KALI MASJID AL-UMM MERAIKAN JAMA`AH
BAKAL HAJI
BBB, 16 Zulkaedah 1439H. = 29 Julai 2018M. (Ahad):
Hari ini pertama kali Masjid Al-Umm meraikan
jama`ah bakal Haji bagi tahun 1439H./2018. Beberapa hari lepas ADUN Sungai Ramal YB Tuan Haji Mazwan
bin Johar menghubungi Penulis selaku Pengerusi Pembinaan dan Pengimarahan
Masjid Al-Umm, memohon keizinan bagi menggunakan Masjid Al-Umm pada jam 3.00
petang hari ini bagi merai dan menyampaikan bantuan Kerajaan Negeri Selangor kepada
para jama`ah bakal Haj kawasan Sungai Ramal. Penulis menyatakan, ``Tiada
masalah, kerana pada masa yang sama tiada pertembungan dengan program yang
lain.`` Perkara ini Penulis maklumkan kepada jawatankuasa yang antaranya telah
maklum perkara ini. Penulis meminta pihak jawatankuasa berkenaan menyediakan
tempat. Urusan yang lain disediakan pihak Pejabat ADUN.
Selaku `Tuan Rumah` Penulis hadir ke masjid
jam 3.00 petang yang pada masa itu sudah ramai bakal Haji telah tiba. Tidak
berapa lama selepas kehadiran Penulis YB Haji Mazwan tiba dan bersalaman dengan
para jama`ah bakal Haji. Penulis dan beberapa yang lain turut sama menyambut
kehadiran ADUN Sungai Ramal itu.
Majlis secara ringkas itu bermula
denganPenulis dijemput untuk menyampaiakan ucapan alu-aluan. Pada mulanya
Penuilis menolak, tetapi bercakap juga sedikit.
Selepas saudara Ah. Feisal yang menjadi moderator menjemput YB Tuan Haji Mazwan,
beliau berterima kasih kepada pihak masjid yang sudi menyediakan tempat bagi
majlis. Menurut YB Tuan Haji Mazwan,
``Masjid Al-Umm dipilih, kerana tempat ini di
tengah kawasan, mudah didatangi, selesa dan mempunyai kemudahan.`` Menurut YB
Tuan Haji Mazwan lagi, ``Suasana di dalam Masjid Al-Umm bagai berada di dalam
Masjid Nabawi di Madinah!``
Menurut YB Tuan Haji Mazwan, beliau bersyukur
kerana di dalam masa yang singkat dapat
menguruskan Majlis Keraian dan Penyampaian Bantuan Kepada Bakal Haji Pada Hari
ini.``
Kesukaran pertama, ialah bagi mendapat senarai
Bakal Haji Selangor, khusus bagi kawasan Sungai Ramal yang pada mulanya dianggap sebagai rahsia. Tetapi melalui
Kerajaan Negeri dapat diselesaikan. Kedua ialah bagi mendapat peruntukan hari
ini. Tapi menurutnya sehari sebelum hari ini peruntukan disampaikan dalam
bentuk tunai yang menyebabkanm kami agak bimbang menyimpannya sebelum
penyampaian ini.
Menurut ADUN Sungai Ramal itu, ``Bilangan
jama`ah bakal Haji dari Sungai Ramal pada tahun ini ialah seramai 400 orang,
tetapi ada antara mereka telah bertolak terlebih dahulu. Antara mereka diwakili
oleh keluarga, atau akan mengambilnya selepas pulang kelak. Menurut YB Tuan Haji Mazwan, Kerajaan Negeri Selangor
memperuntukkan bagi setiap bakal Haji pada tahun ini ialah sebanyak RM500
seorang. Beliau mengucapkan tahniah kepada semua bakal Haji Dari Sungai Ramal
yang terpilih dan menjadi Duta dan saebagai Jama`ah dari Sungai Ramal. Beliau
berharap dengan bantuan dari kerajaan Negeri Selangor itu, walaupun tidak
begitu banyak, tetapi diharap dapat meringankan bebanan yang ditanggung
oleh bakal Haji. Beliau berharap bakal
Haji telah membuat persediaan yang cukup, terutama dari segi keilmuan yang
diikuti melalui kursus-kursus sebelum ini dan mengharapkan, semua jam`ah bakal
Haji Dari Sungai Ramal dapat menunaikan Haji dengan sempurna dan mengharapkan
mereka mendapat `Haji Mabrur` insya Allah. Beliau juga berpesan dan menasihati
mereka menjaga kesihatan dan tidak terlalu lasak dan ghairah pada peringkat
permulaan hingga menghilangkan tenaga yang sepatutnya dapat ditumpukan pada
masa menunaikan keperluan Haji yang utama.``
Sebelum daripada itu Penulis mengucapkan
selamat datang kepada YB Tuan Haji Mazwan dan jama`ah bakal Haji ke Masjid
Al-Umm. Kata Penulis, ``Inilah tempat yang dapat kami sediakan dengan tidak
sepertinya``. Kata Penulis, ``Sungguhpun Majlis ini kecil, tetapi besar ertinya
kepada Masjid Al-Umm, kerana ini adalah merupakan kali pertama Masjid Al-Umm
dapat meraikan para jama`ah bakal Haji. Diharap keberkatan tuan-tuan dan
puan-puan dapat menunaikan fardhu haji memberi rahmat sama kepada Masjid Al-Umm
dan para jama`ah di sini, dan berdo`a semoga sebahagian besar para jama`ah di
sini yang sedang menunggu giliran dikabulkan Tuhan bagi mendapat giliran
menunaikan Haji pada tahun-tahun hadapan.
Penulis memaklumkan, bahawa Masjid Al-Umm telah digunakan sejak setengah
tahun yang lepas, setakat ini kata Penulis, segala perancangan adalah berjalan
dengan baik. Kata Penulis, ``Cuma Masjid ini dalam usaha menyiapkannya masih
terhutang RM2 juta. Jika ada sebarang penderma yang mau menderma kami
alu-alukan. Semoga Allah menggandakan pahala kepada yang berkenaan``.
Selepas itu Majlis Keraian dan Penyampaian bantuan
disampaikan oleh YB Tuan Haji Mazwan kepada jama`ah menurut senarai yang
dibacakan oleh Pengerusi. YB Tuan Haji Mazwan dengan diiringi oleh beberapa
pengiring, termasuk Penulis, menyampaikan kepada setiap jama`ah bakal Haji
peruntukan RM500 seorang. Mereka juga ke kaunter penandatanganan menandakan
penerimaan. Sejumlah RM500 x 400 = RM200,000 disampaikan kepada para jama`ah
bakal Haji.
Selepas Majlis penyampaian, para hadirin
dijemput menikmati minum petang di Ruang Legar Masjid Al-Umm dari peruntukan
ADUN. Penjualan buku ``40 Tahun Bandar Baru Bangi`` juga dilakukan sebagai derma bagi Masjid
Al-Umm.
YB Tuan Haji Mazwan dan sebahagian dari
jama`ah bakal Haji turut sama menunaikan solat `Asar berjamaah di Masjid
Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment