BBB, 23 Syawal 1439H. = 07 Julai 2018M. (Sabtu):
Sudah lebih dari setengah tahun Masjid Al-Umm
digunakan (mula digunakan pada 16.12.2017). Penggunaan permulaan ialah bagi
menyambut Maulid al-Rasul (Sabtu 27 Rabi`ul-Awwal 1439H.).
Sambutan
yang merupakan permulaan penggunaan Masjid Al-Umm adalah dalam keadaan
tidak tenteram, lantaran pada petang sebelumnya, pihak masjid menerima arahan agar dibatalkan
sambutan, walaupun dua hari sebelumnya pihak
masjid menerima CPC (14.12.2017), kebimbangan pihak berkuasa datang mengarahkan
memberhentikan majlis yang sedang
berjalan berlegar di kepala. Namun pihak kita berijtihad dan bertawakkal
setelah berikhtiar, bahawa tindakan kita adalah betul. Ternyata Allah bersama
kita setelah lebih setengah tahun
menggunakan Masjid Al-Umm tidak ada masalah yang timbul, khususnya dari segi
keselamatan bangunan. Sehingga ke masa ini kita masih patuh tidak melaksanakan
solat Juma`at, kerana tidak melayakkan masjid untuk memohon keizinan mendirikan
Juma`at, walaupun sebenarnya tidak ada masalah dari segi mendirikan Juma`at.
Kita serahkanm kepada Allah menentukan kedudukan persoalan.
Pagi esok insya Allah akan diadakan sambutan
Hariraya Eidul Fitri 1439H. setelah sebelumnya program bulan Ramadhan yang juga pertama kali
berlangsung di Masjid Al-Umm berlangsung dengan jayanya. Sebagai kelangsungan,
maka pada pagi esol diadakan sambutan Eidul Fitri insya Allah secara sederhana. Yang penting
mengadakan sambutan Raya Eidul Fitri kali pertama, sebagaimana kami juga
mengadakan solat Hariraya Eidul Fitri pertama pada Juma`at 15 Jun 2018 (01
Syawal 1439H.). Solat Eidul Fitri adalah berlangsung dengan baik dan kehadiran
jama`ah memenuhi ruang solat – pada bahagian lelaki dan perempuan.
Sambutan `Eidul Fitri pada pagi esok bagi kali
pertama, kami merasa lebih lega, kerana halangan utama bagi medapat CCC telah
dapat diatasi, iaitu pemeriksaan Bomba pada 3 Julai 2018 berlangsung dengan
baik dan lulus dengan baik Al-Hamdulillah. Kini yang tinggal ptoses mendapat
dokumen rasmi yang melayakkan kami memohon dari pihak JAIS kebenaran mendirikan
solat Juma`at dan proses-proses yang lain seterusnya.
Sambutan Hariraya Eidul Fitri pada kali ini
insya Allah akan berlangsung secara sederhana. Perancangan menyambutnya telah
dibincangkan di dalam beberapa mesyuarat sebelumnya. Kita menjemput tetamu dari
PAID, YB ADUN Sungai Ramal, Penaung bagi Masjid Al-Umm, pengerusi-pengerusi
surau-surau dan penduduk setempat. Persediaan juadah hariraya juga sederhana
dengan jamuan asas disediakan oleh Masjid terdiri dari lemang, nasi impit
berkuah kacang, sate, meehom. Soto dan buah-buahan beserta dengan makanan
tambahan yang dibawa oleh penduduk. Persiapan akhir diadakan pada pagi 7 Julai,
iaitu dengan mengadakan gotong royong membersihkan ruang legar, tempat serba
guna di Masjid Al-Umm yang menjadi tempat berlangsungnya sambutan Majlis Eidul
Fitri. Masa berlangsung mulai jam 10.00 pagi hingga 12.00 tengahari.
Kesederhanaan yang disambut, kerana berhubung
dengan bajet yang agak terhad, iaitu dengan meminjam lebihan dana yang didapati
pada bulan Ramdhan yang lepas dan berjanji dana ini akan dipulang selepas
mendapat sumbangan dari orang ramai.
Sebenarnya kemeriahan sambutan dapat dilakukan
dengan menentukan surau-surau keliling masjid menyediakan menu yang ditentukan bagi
setiap surau. Procedure ini pernah dilakukan semasa Penulis menjadi ADUN Kajang
dan Bangi dengan menentukan setiap cawangan menyediakan menu tertentu dan
setiap cawangan menghantar tenaga pekerja-pekerja sukarela masing-masing. Cara
sedemikian memeriahkan sambutan dan
menjadi ringan dengan kerja dilakukan secara gotong royong. Cara sedemikan
belum dapat dilakukan, oleh kerana Masjid Al-Umm tidak didaftarkan secara rasmi
dan belum ditentukan secara rasmi jumlah surau-surau yang sepatutnya berada di
bawah Masjid Al-Umm. Masjid Al-Umm merasa segan untuk meminta surau-surau
keliling masjid mengambil bahagian, oleh kerana Masjid tidak berhak meklakukan
sedemikian, lagi pula setiap surau mempunyai program sambutan hariraya Eidul
Fitri masing-masing, namun jemptan bagi sambuitan Eidul Fitri di Masjid Al-Umm
adalah bersifat terbuka dan menjemput penduduk sekitar termasuk penduduk di bawah
berbagai surau di sekeliling Masjid Al-Umm.
Insya Allah Jawatankuasa akan datang akan
mengatur program lebih besar, apabila Masjid Al-Umm berdaftar secara rasmi dan
menjalankan kegiatan secara lebih teratur dan lebih meriah – Insya Allah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment