KONSEP
TUNGGAL , BERBILANG, SENI LAHIRI
DAN MAKNAWI
BBB, 27 Syawal 1439H. = 11 Julai 2018M.
(Rabu):
Dalam membicarakan tentang estetika yang
merupakan elemen Takmilah, lantaran penujuan estetika tidak lain dari mecari
Takmilah. Bila membicarakan tentang estetika, tidak lain daripada antaranya
melihat sesuatu secara perlambangan, iaitu ada makna di sebalik apa yang
dilihat secara nyata. Senibina masjid tidak terpisahdari elemen estetika, yang
antaranya dilihat secara berperlambangan. Pintu gerbang misalnya boleh diberi
makna sebagai perlambangan `Selamat Datang`. Dan masuklah ke dalamnya secara
selamat.
Masjid adalah tempat ibadat kepada Allah `Yang
Maha Tunggal`, secara lahir mengadap kepadaNya di dalam solat yang menyatu ke
arah Kiblat yang Dia bukan berada di situ. Arah Kiblat ini ditandai dengan mihrab berdasarkan kepada penentuan arah
Kiblat yang telah dibuat. Bagi Masjid Al-Umm arah Kiblatnya ialah (292 darjah,
36 minit dan 58 saat) sebagaimana dipersahkan oleh Jabatan Mufti JAIS pada 2
Januari 2014. Dari segi rohaninya solat juga sebagai mi`raj kerohanian kepada
pihak Tertinggi. Mikraj kerohanian ini dapat difahami dengan lambang penujuan
ke arah tertinggi sebagai perlambangan dengan kubah dan dua menaranya.
Ketinggian adalah keberadaan Allah yang tidak ditunjuk secara lahiri di mana.
Selain dari lambang Ketunggalan yang sewajarnya
dihadkan bagi mengawal dan mengelak dari kekeliruan, maka di sana begitu banyak
elemen estetika alamiah yang dapat dilihat pada bentuk dan ciri seni bina Masjid
Al-Umm. Ianya merupakan kreativiti dan inovasi arkitek yang berusaha
menghasilkan keaslian, namun pada dasarnya tidak dapat mengelak dari meniru
atau paling tidak, terpengaruh
dengan elemen, ciri dan pola senibina
yang telah sedia ada sebagaimana telah dibincang mengenai `Pintu Gerbang`.
Antara aspek alamiah yang mempengaruhi manusia
tentang padangan alam, ialah yang paling dekat dengan diri manusia itu sendiri
dengan disokong oleh fakta-fakta di sekeliling dan alam yang lebih
luas dan ianya dilihat sebagai ciri estetika mentakmilah diri dan alam itu.
Pada diri yang paling dekat dilihat, bahawa pada diri misalnya elemen
berpasangan, bereguan bersebelahan, bertentangan
dan sebagainya.
Elemen berpasangan misalnya dilihat pada mata,
telinga, tangan dan kaki adalah berpasangan.
Elemen bereguan juga dilihat aspek berpasangan
di atas sebagai bereguan.
Elemen bersebelahan dapat dikatakan anggota
berpasangan itu adalah sebelah menyebelah
Elemen bertentangan juga dapat dilihat pada
diri ada bahagian hadapan dan belakang, kiri dan kanan dan sebagainya.
Semua aspek ini dilihat sebagai indah dan
Takmilah bagi diri manusia. Antaranya tiada misalnya pasangan, regu dan
bertentangan ini pada diri manusia adalah dianggap sebagai kekurangan.
Elemen berpasangan, regu, bersamaan dan
bertentangan dan sebagainya disokong oleh fenomena alamiah yang banyak menunjukkan
elemen-elemen di atas, bahkan dapat
ditambah lagi, misalnya berlawanan seperti tinggi rendah pada bukit, berbarisan
sama, misalnya pada susunan pokok yang ditanam memanjang jalan dan sebagainya,
berselang seli misalnya pokok yang diselang seli antara yang tinggi dan rendah,
berkelompok-kelompok misanya kelompok-kelompok perumahan, tanaman dan
sebagainya. Demikianlah dengan sifat dan ciri yang lain seperti berpelbagaian,
berbilang, berjejaran, berbanjaran dan berbagai fenomena alam yang semuanya
dilihat adalah indah dan Takmilah.
Pada mata seniman termasuk arkitek melihat
fenomena alam sebagai daya tarikan yang mempesona dan mengkagumkan. Apa yang
dilihat degan mata seni mau diabadikan, lantaran itu timbul konsep `Meniru` ke
dalam medium yang dikuasai. Misalnya di dalam photograph, gambar, lukisan,
penulisan, lagu, muzik dan khususnya dari segi arkitek.
Sesungguhnya pada sebuah hasil senibina yang
dihasilkan secara kreativiti oleh arkitek bukan semata-mata sebuah ketulan
material yang dikenali dengan bangunan, tetapi di dalamnya ada berbagai elemen
seni yang bersepadu menjadikannya sebuah bangunan yang antaranya dapat dikatakan berseni dan menarik.
Demikianlah sifatnya pada bangunan fizikal Masjid Al-Umm yang dapat dilihat
padanya elemen-elemen seni lahiri dan maknawi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment