BBB, 17 Syawal 1439H. = 01 Julai 2018M.
(Ahad):
Pada peringkat awal penghasilan plan arkitek
bagi pelancaran Tabung Masjid Al-Umm (19 Mei 2012) oleh Urusbina Arkitek masih
belum jelas baginya tentang falsafah, tujuan, visi dan misi pembinaan Masjid
Al-Umm, bahkan hingga ke setengah tahun kemudian, iaitu ketika `Pecah Tanah (6 Januari 2013), plan arkitek bagi Masjid
Al-Umm masih berdasarkan kepada plan
arkitek pertama.
Perbincangan tentang plan arkitek lebih
mendalam apabila berlaku perlantikan consultant-consultant selepas pelancaran Tabung Masjid Al-Umm dan
pengwujudan Jawatankuasa Teknikal (9
April 2013). Persoalan plan adalah menjadi tumpuan utama dan harus dihantar ke
MPKj dan perlu mendapat kelulusan sebelum akhir tahun 2013, kerana adalah menjadi
hasrat Jawatankuasa Pembinaan mau memulakan pembinaan fizikal tidak lewat dari
setahun dari `Pecah Tanah` (6 Januari 2013).
Dalam perbincangan, sebagai contoh, antaranya timbul cadangan bagi menggunakan
ruang bawah tanah yang asalnya untuk dijadikan tempat parkir agak dijadikan
sebagai ruang aras bawah tanah yang dapat dijadikan ruang serbaguna.
Adalah dibuat anggaran akibat dari cadangan
dan perubahan terhadap plan arkitek asal, ianya melibatkan perubahan 62% peratus bagi plan arkitek asal.
Perubahan berlaku bagi menepati falsafah pembinaan fizikal Masjid Al-Umm bagi
memenuhi tujuan dan fungsi ianya sebagai tempat ibadat, orientasi keilmuan (pengajian dan penjanaan ilmu), pendidikan,
kemasyarakatan, Takmilah Senibina masjid dan keunggulan.
Perubahan-perubahan ke arah pertambahbaikan
dapat dilihat pada perubahanperubahan fizikal berikut:
1) Sebagaimana disebut berlaku pertambahan satu aras
baru bagi Masjid Al-Umm yang dikenali dengan aras bawah tanah yang merupakan
secara kasar 1/3 pertambahan bagi bangunan Masjid A-Umm. Pertambahan ini
didorong oleh faktor keilmuan dan kemasyarakatan. Kerana ruang yang dapat
memuatkan peserta maksimum 1,000 orang ini dapat dijadikan dewan konvensyen dan
perbincangan keilmuan dalam skala yang lebih besar, juga sebagai dewan
seminar atau kursus yang dihadiri
peserta secara lebih ramai. Pertambahan aras bawah tanah ini juga boleh
dijadikan sebagai perhimpunan masyarakat seperti mengadakan majlis pertemuan,
hariraya, perkahwinan dan berbagai kegiatan kemasyarakatan.
2) Perubahan dan penambahan berorientasikan ilmu ketara dalam mana pada aras pertama – di atas
ruang solat utama, yakni bersebelahan dengan ruang solat muslimat terdapat Dewan Seminar
(Dua bilik seminar) dan dapat dibuka dan disatukan menjadi dewan seminar, jika
kehadiran dalam jumlah seratus orang. Dewan ini kini sering digunakan sebagai
Dewan Seminar Bulanan` bagi Masjid Al-Umm. Pada bahagian kanan dari ruang solat
muslimat ini juga terdapat bilik mesyuarat yang juga boleh digunakan sebagai bilik
seminar dalam jumlah 50 orang. Manakala pada bahagian belakang bagi ruang solat
muslimat terdapat 4 bilik, iaitu dua bilik kuliah (kelas pengajaran), bilik
tahfiz, bilik IT dan sumber. Ruang solat utama
juga sering digunakan bagi
pengajaran dan ceramahbersifat terbuka.
3) Perubahan pada bahagian permulaan masuk ke ruang
solat utama yang dikenali dengan `ruang legar` yang juga dapat dijadikan ruang
untuk berkursus dan berceramah yang boleh memuatkan peserta 500 orang. Boleh juga dijadikan majlis-majlis pertemuan
dan jamuan seperti digunakan kawasan untuk iftar sepanjang bulan Ramadhan,
untuk bermoreh dan bersahur.
4) Perubahan juga berlaku terhadap tiang kedua menara
yang pada asalnya berbentuk bersegi dengan menukarkannya kepada tiang berbentuk
bulat yang kelihatan lebih kudus. Pada puncaknya dicadang oleh Dato` Dr. Haron
Din diubah kepada mencontohi menara di Masjidil Haram.
5) Perubahan juga berlaku terhadap kubah yang asalnya
kecil yang kosnya dalam lengkongan RM200,000 kepada kubah yang lebih besar ,
lagi canggih yang kosnya melebihi RM1
juta.
6) Ruangan airwell pada aras satu ditepi kawasan
wudhu` lelaki dan perempuan, diubah kedua-dua belah dengan menutup kedua-dua
ruang kosong ke atas ini dengan menambah penutup sebagai atap, kononnya untuk
melindungi dari tempias. Tujuan asal adalah untuk kemasukan cahaya dan
pertukaran udara dari kawasan toilet berdekatan.
7) Banyak berlaku perubahan kecil di sana sini
seperti mihrab bagi aras utama dilihat sebagai tong tergantung ditambah kepada
ketiga-tiga aras, kecuraman atap yang sebelum dilihat lebih rata, perubahan
peralatan dan ruang bilik air dan wudhu`, juga toilet, diadakan bilik jenazah,
juga diadakan kolah sebagai simpanan air, penambahan ruang bahagian hadapan
bagi pintu gerbang, konon untuk mengelak dari tempias. Membina ruang kawasan
terbuka masjid dari ditarkan kepada `concrete prints`, perubahan jalan masuk
dari bawah bersebelah rumah TNB kepada jalan kaki bertangga, begitu juga dari
segi pagar dan pintu-pintu pagar. Juga penambahan dan perubahan-perubahan yang
lain-lain lagi.
Sesungguhnya dengan perubahan-perubahan ini
melibatkan pengubahsuaian plan Masjid Al-Umm yang telah dihantar kepada MPKj
dengan menarik balik atau pengubahsuaian yang lama dengan yang baru. Ianya
dinilai balik dan merupakan antara
faktor lambatnya kelulusan plan. Perubahan-perubahan ini melibatkan kos bukan
saja kepada arkitek, tetapi kepada kontrektor yang setengahnya telah dibina dan
terpaksa diubahsuai yang melibatkan penambahan material dan kerja yang baru.
Sesungguhnya tiada Takmilah plan dan tiada
Takmilah pembinaan sepenuhnya, lantaran ianya masih di dalam perubahan dan penujuan
ke arah Takmilah dan Keunggulan yang diharapkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment