RAGAMHIAS
PADA DINDING MASJID AL-UMM
BBB, 10 Zulkaedah 1439H. = 23 Julai 2018M.
(Isnin):
Sebagaimana ragamhias terdapat pada tembok dan
pagar keliling Masjid Al-Umm, demikianlah juga terdapat ragamhiasa pada
dinding-dinding Masjid Al-Umm. Ragamhias dan motifnya adalah sama. Cuma
ragamhias pada tembok dan pagar keliling MasjidAl-Umm adalah terdiri dari satu
susunanyang dua daripadanya (atas dan bawah) adalah bersamaan, manakala di
tengah sebagai pemisah antara kedua motif di atas dan di bawah dan motifnya
adalah sedikit berlainan. Motif di atas berdasarkan bintang pecah 12 dan dari
tengah setiap pecahan diluaskan ke atas dengan bentuk huruf V membesar ke atas
dalam bentuk bulat. Demikian pada bahagian atas dan bawah.
Manakala pada bahagian tengah ialah bentuk
bulat sedikit bersegi dikelilingi dekat dengannya empat segi bujur. Dari dalam
empat segi ini terdapat empat segi
memanjang keluar yang berkeliling sama saiznya, membentuk bulat. Menyentuh
ruang pada bahagian atas dan bawah adalah bentuk reja-reja, melengkapkan ketiga-tiga ragamhias sebagai motif yang bersifat geometrik.
Bentuk-bentuk geometrik ini adala sebagai sekeping papan (besi) yang
dipasang dan boleh dikeluarkan denganm
mudah dari pagar dan tembok berkenaan.
Manakala
motif-motif yang sama digunakan pada dinding-dinding masjid, ada yang berbentuk
single dan ada yang berlapis. Ini dapat dilihat dari bahagian hadapan pada
sebelah kanan dan kiri pintu gerbang terdapat empat daun bersifat lengkung dan
juga empat daun bersifat lengkung pada sebelah kiri. Pada daun tersebut terdapat
bulatan di tengah dikelilingi motif geometrik berasaskan bintang pecahan 12 sebanyak
4 motif. Jika ruang memanjang ke bawah, maka motif-motif dan pecahan darinya
diulang sehingga sepanjang ruang – mungkin lima dan sebagai, terdapat juga
dimasukkan pada tengah motif bulat berselang denganm motif bintang pecah 12.
Satu contoh yang baik, tentang ragamhias yang bersambung ke bawah ialah
ragamhias yang terdapat pada tiang menara pada sebelah kanan dan kiri. Pada
kedua-dua belah adalah bersamaan. Pada bahagian atas adalah motif single bintang pecahan dua belas, manakala
lima lapis di bawahnya ialah motif bintang pecahan dua belas dan luasan
daripadanya dikelilinginya dengan empat motif lagi berbintang dua belas,
setengahnya sebahagian, kerana tidak kecukupan ruang. Terdapat lima lapis motif
sedemikian, kerana kedudukan tiang menara adalah tinggi, maka ianya dapat
disusun dengan lima lapis motif-motif, selaian dari motif single di atas.
Susunan ini adalah harmoni dan lebih mengharmonikan lagi dengan adanya pasangan
kanan-kiri bagi tiang menara berkenaan.
Pada sisi kanan dinding masjid tidak terdapat
sebarang motif berkenaan, kerana diisi dengan bentuk-bentuk lengkung memanjang
ke bawah yang bercat sebagai menutup kawasan bilik air dan toilet. Dari jauh
kelihatan seperti kepingan cermin besar memanjang ke bawah.
Tetapi pada bahagian hadapan yang bermihrab
adalah paling banyak dengan motif-motif
yang berdaun lengkung dan yang berlapisan. Ini termasuk pada bahagian
kanan dan kiri mihrab dan paling banyak ialah pada bahagian serambi masjid pada
bahagian kanan (5) dan kiri (5) dan bertambah jumlah menjadi 15 papan bagi motif-motif berkenaan.
Dengan wujudnya motif daun, khususnya secara
single pada bahagian hadapan bagi serambi yang antara kanan dan kirinya
bersamaan (5), menjadikan kedudukan dan suasana harmoni dari segi pandangan.
Demikian juga di kanan kiri mihrab (baris kedua) menjadikannya lebih harmoni.
Keindahan meningkat, apabila sebahagian dari
ragamhias disejajarkan dengan ruang kosong yang tunduk memanjang ke bawah pada
aras atas bagi bahagian mihrab pada
sebelah atas mihrab, iaitu lima dikanan dan lima di kiri. Ruang sedemikian
terdapat pada kiri kanan pintu gerbang –
kanan dan kiri, juga pada pintu masuk – kanan dan kiri. Terdapat tingkap-tingkap
biasa, terutama pada bahagian bawah untuk kemasukan angin dan utara. Ini adalah
sesuai kerana ianya pada tempat yang menjadi ruang biasa digunakan dan tidak perlu diseni dan dikreatifkan.
Kedudukan motif-motif berkenaan adalah
berimbang pada bahagian hadapan berpintu gerbang dan juga pada bahagian hadapan
bermihrab. Dengan adanya ragamhias
sebagaimana dibicarakanmenjadikan Masjid Al-Umm masjid yang kaya dengan
nilai-nilai estetika yang meningkatkan Takmilah dari segi pembinaan dan
dekorasi bagi masjid tersebut. Sekaligus ianya menjadi imej dan identiti bagi
Masjid Al-Umm.
Sekian.
No comments:
Post a Comment