BBB, 19 Syawal 1439H. = 03 Julai 2018H.
(Selasa):
Mendirikan Masjid Al-Umm adalah dengan hasrat
ianya menjadi pusat ibadat, pembelajaran dan kegiatan kemasyarakatan yang
masjid adalah merupakan pemangkin bagi
Bangi Bandar Ilmu.
Juga adalah diharapkan Masjid Al-Umm menjadi
mercu tanda bagi Bangi Bandar Ilmu, indah dari segi fizikal dan terkenal dengan
pengimarahan dan kegiatan keilmuan. Adalah diharapkan Masjid Al-Umm menjadi model bagi Takmilah kemasjidan.
Walau bagaimana merenung dan meneliti kembali
dari segi perjalanan kualiti keTakmilahannya ada dimensi-dimensi yang
mengganggu dan melemahkan pergerakan ke arah kualiti keTakmilahan., Dilihat
kepada kelamaan masa yang diambil adalah
melangkaui tempoh kebiasaan yang dapat dipersoalkan:
·
Telah 10
tahun dari permulaan tercetusnya motto `Bangi Bandar Ilmu` (22 Jun 2008).
Masjid adalah diharapkan menjadi pemangkin Bangi Bandar Ilmu.
·
Telah 8
tahunpenubuhan Jawatankuasa terawal Pembinaan Masjid Al-Umm (4 Februari 2010).
·
Telah 5 tahun
dari permulaan (Masak Tapak) pembinaan fizikal Masjid Al-Umm (10.12.2013).
·
Telah
setengah tahun penggunaan Masjid Al-Umm (16.12.2017) selepas mendapat CPS dua
hari sebelumnya (14.12.2017).
·
Dijangka pada
hari ini (3 Julai 2018) pemeriksaan Bomba yang berkemungkinan layak mendapat CCC, tetapi masih tidak
berlaku.
Namun sesudah melalui kelewatan dan kejemuan
menunggu hingga hari ini masih tidak jelas dan masih menghadapi ketidakpastian.
Mengapa semua ini terjadi ?
Pokok pertama ialah kerana kejahilan, pihak
jawatankuasa, khususnya pada peringkat awal. Kejahilan sejak dari peringkat awal
banyak menghalang dari membuat tindakan
tepat yang dapat menyelamatkan masa dan peruntukan. Misalnya jika plan
disempurnakan dari awal dan tidak berlaku penambahan-penambahan major pada masa pembangunan boleh menyelamatkan masa
dan kos.
Penambahan yang dilakukan terhadap setengah
plan yang sedia ada sepatutnya tidak berlaku, tetapi dilakukan menyebabkan
bertambah kos. Misalnya dua ruang airwell yang sengaja dibuat untuk kemasukan
cahaya matahari, udara dan hujan tidak wajar diganggu, kerana itulah tujuan,
sebaliknya ditutup dan berkali-kali diubahsuai menyebabkan meningkatnya kos.
Tambahan lengkungan juga tidak perlu dihadapan pintu gerbang masjid, kerana
lantai hadapan telah disediakan secara bersesuaian bagi aliran tempias.
Penambahan merosakkan ruang hadapan dan mencacatkan pandangan.
Ruang tadahan air dihadapan masjid begitu luas
dan membazir dan tidak praktikal dari segi tadahan – tidak berlaku penuhnya
tadahan. Sepatutnya ruang tadahan lebih kecil dan ruang di sini tidak perlu
dipagar dan ruang berkenaan dapat dijadikan tempat parkir rapat ke tembok asal masjid.
Dengan demikian pandangan adalah lebih cantik dan menarik.
Kawasan masjid adalah tempat terbuka dan tidak
perlu ada pondok pengawal pada setiap pintu masuk, masjid bukannya istana,
cukup dengan ada pintu untuk ditutup pada waktu malam. Adanya dua pondok
pengawal tidak digunakan dan ianya lebih bersifat pembaziran.. Tidak ada pondok
pengawal di Masjid Sultan Salahuddin dan beberapa masjid besar di Selangor.
Konsultan-konsultan yang dilantik (dengan
jemputan), walau banyak memberi faedah, tetapi amat jarang memberi nasihat
melarang dari keputusan dibuat dan menasihati agar tidak meneruskan perancangan
bagi perkarayang meningkatkan kos, misalnya sepatutnya menasihati tidak
mengutamakan pembelian perabut yang mahal sejak awal dan sepatutnya aspek ini
dikemudiankan yang tidak menjejaskan pembangunan masjid.
Konsultan-konsultan sama tidak peka dan tidak
menasihati beberapa ruang masuk ke masjid bersifat terlampau terbuka hingga dimasuki kucing dan
anjing hingga menyebabkan beberapa kali disamak bila terserempak dengan
kemasukan anjing. Untuk menghalang dari kemasukan terpaksa dipasang
jaring-jaring buat sementara dan terpaksa ditutup dan dibuka secara manual.
Peruntukan terpaksa dicari bagi membuat halangan secara sesuai supaya ruang
masjid tidak dimasuki seperti anjing.
Banyak lagi perubahan-perubahan yang dilakukan
yang menyebabkan kenaikan kos. Semua perubahan terpaksa disubmit plan tambahan
kepada MPKj dan melambatkan kelulusan.
Terfikir juga jika sesebuah projek perumahan
memakan masa sedemikian lama,
bagaimanakan projek dapat hidup dan untung ?. Terfikir juga ini adalah
merupakan ruang-ruang yang membuka jalan ke arah rasuah yang sepatutnya tidak
berlaku.
Sesungguhnya apa yang dibincangkan adalah dimensi-dimensi gangguan ke Arah Takmilah
Pembangunan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment