PANDANGAN DARI SISI – KANAN DAN KIRI MASJID
AL-UMM
BBB, 05 Zulkaedah 1439H. = 18 Julai 2018M.
(Rabu):
Masjid Al-Umm dapat dilihat dari sisi (sebelah
) kanan dan kiri. Sebagaimana dikatakan bahawa
antara ciri arkitektur Masjid Al-Umm adalah bersifat berimbangan, maka
demikianlah dilihat dari sisinya. Pada dasarnya sisi kanan dan kirinya adalah
juga bersamaan.
Sisi sebelah kanan dapat dilihat dari –
bermula dari Kolah dan `Rumah Jenazah`
yang berada pada penghujung jalan keluar dari `Ruang Legar` serbaguna. Pada
penghujungnya tiang-tiang bulat dengan bahagian
bawahya ruang terbuka bagi jalan keluar. Kawasan ini terutama kolah dan rumah
jenazah adalah tambahan baru dari segi arkitektur dan tidak teratur. Terbuka
terutama ke rumah jenazah dan tidak
terlindung jika hujan turun. Sebagaimana telah dibicarakan, ruang terbuka ini
boleh dimasuki penceroboh dan juga binatang-binatang seperti kucing dan anjing
dan memang berlaku kemasukan dua jenis binatang berkenaan. Tempat ini paling
buruk dari segi arkitektur dan perlu diubahsuai dan mengharmonikan dengan
bahagian hadapan dan sisi kanan. Misalnya dengan membuat benteng dan pintu dan juga atap yang bersesuaian
dengan bahagian yang lain.
Dilihat pada bahagian senibina asal pada
bahagian atas dari rumah mayat sisi
atasnya dihiasi dengan empat daun jendela
(tidak bertingkap), dengan di bawahnya dua ruang cahaya. Perlu diingat
bahawa pada sebelah dalam bagi sisi kanan ini adalah bilik-bilik toilet dan
wudhu` bagi lelaki. Bilik-bil;ik yang `tidak
selesa dipandang` ini, sebenarnya tidak disedari, jika dipandang dari luar,
kerana tempat ini dilindungi dengan ruang lengkung yang memanjang dari atas ke
bawah yang dicat dengan warna perang kehitam-hitaman.
Bermula dari ruang bujur memanjang ini,
bermula landscaping secara menurun ke bawah dengan pagar rendah bertiang rendah
mensempadankannya dengan `Tangga Utama` bagi sisi kanan yang bertangga dan
ruang pintu yang luas, iaitu mempunyai dua pintu masuk keluar ke serambi kanan
bagi masjid. Di atas bagi dua pintu dekorasi berbentuk lengkung (arch) secara
luas, sesuai sebagai ruang bagi pintu tangga utama bagi sisi kanan masjid. Pada
sebelah kanan bagi tangga ke serambi kanan ini, ialah pagar menurun menurut
tangga yang mempunyai dua kelok yang dapat turun ke jalan susur ke luar kejalan
pejalan kaki bertingkat untuk ke pintu jalan ke sekolah atau kelok turun ke
bawah untuk turun ke ruang legar bagi memasuki ke Dewan Konvensyen dan
serbaguna di bawah tanah dan juga untuk ke bahagian depan dari masjid. Dalam
kata lain, landscaping bagi pandangan sisi sebelah kanan ini tidaklah kelihatan
terlampau curam. Kerana aras bawah tanah adalah hanya di bawah bagi aras utama
sahaja yang kosong di bawahnya menjadikannya ruang di bawah tanah. Manakala
aras bagi ruang legar adalah di atas tanah dan ruang bagi kawasan muslimat dan bahagian belakang
daripadanya adalah juga di atas bagi ruang legar. Kawasan bagi ruang bawah
tanah adalah di atas bagi ruang utama dan serambi kanan dan kiri masjid. Sisi sebelah
kanan menjadi menarik, kerana ianya tidaklah ditegak dengan dinding konkrit
yang rata, kosong dan meninggi, yang jika sedemikian menjemukan, tetapi dihiasi
dengan dekorasi, terutama ruang-ruang lengkung memajang ke bawah yang dicat dengan warna
perang yang dari jauh kelihatan sebagai ruang cermin. Dinding juga
ditenggelamkan oleh ruang tangga dan pintu sisi yang besar yang dapat dibuka
dan ditutup, berlainan pada bahagian permulaan sisi terbuka dan bagai tidak sempurna dan tidak siap.
Adapun pada sisi sebelah kiri sebagaimana
dikatakan pada dasarnya bersamaan dengan sisi sebelah kanan, tetapi ada
ciri-ciri kelainan. Sisi sebelah kanan kelihatan lebih curam, kerana ia
bersebelahan dengan jalan masuk keluar utama. Jalan bersifat lengkung dari
pintu pagar sebelah kanan dan mengelilingi bangunan secara melengkung ke jalan
turun (juga naik) ke sebelah kiri.
Dari tiang menara sebelah kiri dihiasi dengan
pagar ber tiang rendah, seterusnya
menyusuri tembok yang agak curam. Pada bahagian atas adalah dinding lebar bagi
kawasan toilet dan wudhu` sebelah kiri (bagi perempuan) dengan tingkap-tingkap
udara pada bahagian atas, pada sebelah kiri dihias dengan lengkungan-lengkungan
tingkap dengan bahagian bawah lengkung yang memanjang ke bawah yang dicat
dengan warna perang yang sebagaimana
sebelah kanan kelihatan sebagai kepingan-kepingan cermin besar sehingga
tidak disedari pada bahagian dalam ialah ruangan toilet dan bilik-bilik air.
Menurun dari bahagian ini selepas melalui
kecuraman jalan ialah ruang terbuka yang diratakan pada bahagian hadapan dan meninggi dari jalan turun ke bawah, ia
adalah ruang permulaan bagi masuk ke Dewan Konvensyen dan serbaguna di bawah,
dengan dua pintu keluar masuk. Pada sisi sebelah kiri ialah tangga `dua lipat` bagi menaiki ke ruang serambi
sebelah kiri., Tidak seperti sesi sebelah kanan masjid dapat dilihat secara
terbuka, luas dan dari jauh seperti dari padang atau jalan sekolah dapat dihayati keindahan sesi dan masjid,
tetapi pada sisi sebelah kiri, walaupun lebih menarik, ialah tidak dapat
dilihat dari jauh, oleh kerana ianya bersempadankan kawasan perumahan yang amat
dekat dan cuma dibatasi pagar kawasan perumahan dengan masjid.
Dapat dikatakan arkitektur asal bagi sisi
kanan dan kirii adalah harmoni dengan ciri-ciri lain bagi kedua-dua sisi masjid,
kecuali wujudnya elemen tambahan kemudian seperti rumah jenazah, kolah-kolah
tidak harmoni, termasuk lengkong terowing pelindung hujan bahagian hadapan
bangunan kerana ianya adalah tambahan baru, ini ditambah tidak sempurna dengan
jalanm keluar bagi kedua-dua sisi terbuka dan tidak ada sekatan. Pada
bahagian-bahagian ini perlu dubahbaiki agar ianya sesuai dan harmoni dengan
sisi dan keseluruhan bangunan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment