INILAH MASJID AL-UMM YANG INDAH YANG KAMI UNGGULINYA
BBB, 22
Syawal 1439H. = 06 Julai 2018M. (Juma`at):
Selepas membicarakan dari segi arkitek Masjid
Al-Umm yang menjadi asas bagi senibina Masjid Al-Umm, maka akan dibicarakan tentang senibina Masjid Al-Umm itu
sendiri. Melihat kepada Masjid Al-Umm secara keseluruhan, sebelum turun
membicarakan bahagian demi bahagian terjemahan dari plan arkitek selepas
perubahan dan dapat dikatakan bahawa apa yang dilihat kini dari segi fizikal,
itulah Masjid Al-Umm yang telah diterima dan diluluskan dari segi pemeriksaan
(terakhir Bomba pada 3 Julai 2018), insya Allah bakal mendapat kelulusan CCC
secara rasmi.
Dengan meyakini pendapat betul atau dianggap
bias, kerana kami terlibat dalam pembinaan sebagai Pengerusi dan Jawatankuasa
Pembinaan, paling tidak selaku Pengerusi berpendapat bahawa Masjid Al-Umm
adalah `Masjid Yang Indah` sebagai sebuah masjid tanpa memerlukan perbandingan
dengan mana-mana masjid. Bahkan seindah Taj Mahal (bukan masjid) dari segi
senibinanya.
Indah dari segi `Falsafah Takmilah` bahawa
perjalanan membina Masjid Al-Umm hingga kini dikira dari tercetusnya Bangi
Bandar Ilmu (22Jun 2008) hingga kini (6 Julai 2018) yang Masjid Al-Umm sebagai
pemangkin bagi Bangi Bandar Ilmu adalah genap 10 tahun – Satu dekad yang penuh
berkat (Keizinan Kerajaan Negeri terhadap
JAIS mengenai tapak bagi Masjid
–Ruj. PTD HL. 16/3/5.2008 (3) bertarikh 24 Mei 2008.
Perjalanan 10 tahunbagi pembinaan Masjid
Al-Umm adalah perjalanan kuantiti dan kualiti bagi Masjid Al-Umm dalam menuju
Takmilah. Dalam konsep Takmilah perjalanan dari permulaan, bukan tidak ada
halangan dan gangguan, misalnya dari segi tenaga manusia, dari segi pentadbiran
dan dari segi kewangan, tetapi ini adalah merupakan ujian-ujian yang harus
dilalui bagi memantapkan pembinaan. Ianya juga adalah proses Takmilah. Proses
Takmilah tidak bererti semuanya dilalui dengan baik dan sempurna, bahkan
ketidak sempurnaan itu adalah komponen Takmilah. Sebagai contoh dari segi
kewangan, bagi mendapat dana bagi pembinaan Masjid Al-Umm, berbagai usaha dan
halangan yang didapati, pembayaran yang dilakukan tidak selicin yang
diharapkan, berbagai halangan dan tersangkut dari segi kewangan. Bayangkan kos
bagi membina Masjid Al-Umm berasal dari RM10 juta meningkat berkali-kali kepada RM21 juta, kerana perubahan dari segi
plan, peningkatan harga barang-barang dan cukai GST (lebih dari RM600,000 amat
memeritkan bagi mendapat kewangan dan pembayan). Namun melalui ujian-ujian
kewangan berkenaan Masjid Al-Umm dapat disiapkan, itupun masih terhutang RM2
juta dan masih merupakan cabaran bagi kami mendapatkan kewangan bagi melunaskan
hutang. Namun pahit maung ujian kewangan ini adalah kemanisan pengalaman yang
terpaksa kami lalui dan sedang dan masih kami lalui. Ini adalah merupakan
proses Takmilah dari segi kewangan.
Demikian
juga dilihat secara keseluruhan kepada pembangunan fizikal Masjid Al-Umm.
Selama 5 tahun pembangunannya berlangsung (10.12.2013 kini 6.7.2018). Dilihat
dari luaran ianya telah siap, tetapi sebenarnya berbagai masalah berlaku sejak
dari permulaan pembangunan, misalnya ruang masuk yang terlampau terbuka dan
tiada sekatan dan boleh dicerobohi, pengabaian dari mewujudkan ruang pejabat
Tempoh 10 thn terlalu lama.
ReplyDelete