March 31, 2019

RANTAU TIDAK LAGI SUNYI


RANTAU TIDAK LAGI SUNYI
(Foikrah Bangi: 190),
BBB, 24 Rejab 1440H. = 31 Mac 2019M. (Ahad).
`Rantau` yang konotasinya `Jauh` untuk dikunjungi dan sebelum ini walaupun diketahui akan diadakan PRK, tetapi kurang diperkatakan, tetapi kelmarin `Rantau` mulai sebok dikunjungi dan mulai diperkatakan di akhbar-akhbar dan berbagai media. Rantau menjadi PRK ketujuh yang menguji populariti ahli-ahli politik. Empat PRK peringkat awal kesemuanya di Selangor keculai Port Dickson semuanya di menangi oleh PH. Dua terakhir di Cameron Highlands dan Semenyih mulai berlaku `Arus Balik` BN mulai kembali bertenaga. Dua-dua kerusi berturut-turut, iaitu di Cameron Highlands dan Semenyik BN menang melalui Umno - menang dengan majoriti yang besar. Apakah `Arus Balik` akan menggulung dan melemaskan PH buat kali ketiga akibat berubahnya keyakinan rakyat terhadap PH dalam masa sepuluh bulan selepas PH menang dalam pilihanraya ke 14 pada Mei 2018  yang lepas ?
PRK Rantau ada kesamaan dengan Semenyih dan ada kelainan. SPR yang mengumumkan pencalonan PRK Rantau semalam. Empat orang calon bertanding, iaitu:
Datuk Seri Mohamad Hasan calon dari BN
Dr. S. Streram calon dari PH,
Mohd. Nor Yassin calon dari Bebas, dan
R. Malar juga calon dari Bebas.
Dari segi jumlah calon ada persamaan dengan PRK Semenyih (2 Mac 2019), iaitu empt calon bertanding. Tetapi di Semenyih pertandingan utama antara BN dan PH serta seorang dari PRM dengan seorang bebas. Di Rantau pertandingan utama ialah antara BN dengan PH, tetapi kedua-dua calon yang lain adalah bebas. Kelainan yang dapat dilihat bahawa Rantau adalah lebih bersifat multi-rasial dari Semenyih. Jika di Semenyih majoriti pengundi Melayu hampir 70% peratus dan peranan Pas dilihat dominan bagi membantu calon BN, tetapi di Rantau:
 Pengundi Melayu Cuma  55.11 peratus
Pengundi India                   26.06 peratus
Pengundi Cina                     18.80
Lain-lain selebihnya.
Di dalam pilihanraya ini Melayu tidak tinggi dari segi majoriti dan penyokong Pas  yang memberi undi pada pilihanraya yang lepas tidak sampai seribu undi. Dalam hal ini Tok M pada masa itu menjadi mangsa kekalahan. Walau bagaimana dengan pembatalan kemenangan percuma Tok Mat, adalah dilihat sebagai rahmat bagi Tok Mat dan berpeluang mempertahankan kerusi Rantau dalam suasana `Arus Balik` sedang berlaku. Namun perlu bekerja keras.
Dengan majoriti Melayu, walaupun kecil,  dengan sokongan Pas dan diharap pengaruh MCA dan MIC masih wujud dan aura Tok Mat Masih kuat dan jasanya sebagai Bekas MB Negeri Sembilan selama empat penggal dan tidak dapat ditutup oleh PH yang baru memerintah 10 bulan dan dengan keudujkannya sebagai Timbalan Presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas Presiden memeberi kelebihan pada TokMat mendapat sokongan dari pengundi-pengundi di Rantau.
Rantau  meriah dengan pengundian dan pemilihan.
Sekian.

March 30, 2019

PELUANG PEKERJAAN BAGI GRADUAN


PELUANG PEKERJAAN BAGI GRADUAN
Fikrah Bang: 189),
BBB, 23 Rejab 1440H. = 30 Mac 2019M. (Sabtu).
Semalam dan hari ini di akhbar-akhbar dibicarakan tentang gaji yang tidak setimpal yang diterima graduan yang berpeluang berkhidmat – mendapat pekerjaan. Al-hamdulillah mereka mendapat pekerjaan, walaupun sedikit kurang daripada jumlah danjaran yang sepatutnya diterima.
Masalah pelajar lebih daripada itu. Antaranya :
Lambakan graduan yang keluar dari pengajian tinggi. Lamaran-lamaran yang dibuat terhadap pekerjaan, 5% saja berpeluang diinterview dan itupun belum tentu dapat. Ini membayangkan sukarnya untuk mendapat pekerjaan yang dilamar.
Ada yang berpeluang mendapat tajaan dari pihak pemerintah menyambung penhgajian tinggi, antaranya keluar negara dan pulang setelah berjaya. Mereka sepatutnya telah mendapat pekerjaan, tetap[i  tertangguh. Keadaan ini dialami seperti oleh pelajar-pelajar perubatan, bahkan guru-guru khusus yang dihantar ke luar negara. Mereka menganggur dan setengahnya terpaksa mencari pekerjaan sementara.
Ramai dari graduan biasa yang tidak mendapat jaminan pekerjaan, terpaksa membuat apa saja pekerjaan seperti berjual di pasar malam, membuka warung-warung, bahkan sanggup memilih pekerjaan yang tidak setimpal dengan kelulusan. Misalnya yang lulus diploma, menerima gaja atas kelulusan SPM, begitu juga graduan sanggup menerina bayaran atas nilai diploma.

Setengah yang tidak mendapat pekerjaan, rela menyambung pengajian, walaupun tidak mempunyai punca kewangan terjamin. Lantaran itu dengan kerja sambilan, maka jika pada peringkat ijazah pertama, mereka terpaksa mengikat perut, maka demikianlah juga pada perngkat ijazah lanjutan.
Sebahagian dari yang memilih bekerja, maka kebanyakan mereka bergelut dengan tuntutan bayaran PTPTM.
Walaupun berlaku lambakan graduan, tidaklah wajar diperkecilkan perluang belajar bagi yang layak menyambung pengajian. Walau apa pun masalah yang dihadapi selepas mendapat kelulusan, mereka orang yang terpelajar. Dan berpelajaran adalah jauh lebih baik dari yang tidak belajar.
Cuma bagi pihak pengajian tinggi perlu kreatif dan inovatif, menjadikan pelajar yang keluar menjadi rebutan tawaran pekerjaan. Atau menjadikan gtaduan kreatif dapat mewujudkan peluang pekerjaan, bukan sahjaja bagi dirinya, tetapi juga bagi mereka yang lain.
Kerajaan di samping menggalakkan pengajian, juga seharusnya menggalakkan peluang kelahiran pekerjaan dari berbagai-bagai sektor.
Pengajian tinggi pada masa ini tidak seperti pada tahun-tahun 1970an dan 1980am dalam mana graduan menjadi rebutan sektor pekerjaan. Kini Graduan perlu membuktikan dirinya layak bagi sesuatu pekerjaan. Lebih dari itu ia kreatif dan inovatif hingga dapat mewudkan pekerjaan bagi dirinya dan orang lain.
Sekian.

March 29, 2019

POLITIK PERLU DINAMIK DAN KREATIF


POLITIK PERLU DINAMIK DAN KREATIF
(Fikrah Bangi 188),
BBB, 22 Rejab 1440H. = 29 Mac 2019M. (Juma`at):
Esok adalah hari penamaan calon bagi PRK Rantau. Sebagaimana telah diperkatakan bagi PRK Rantau ini agak kurang meriah dan sepi berbanding dengan PRK-PRK sebelum ini. Sebagaimana disebutkan, kemungkinan pihak PH kurang berkeyakinan setelah dua kali berturut-turut kalah dalam PRK Cameron Highlands dan Semenyih. Apa lagi yang dijangka bertanding di situ yang mempertahankan kerusi ialah Dato` Seri Mohamad Hasan Timbalan Presiden Umno yang mnenjalankan tugas-tugas Presiden yang juga adalah Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan. Sebagai anak tempatan klemungkinan beliau akan mendapat simpati tinggi dari pengundi-pengundi. Walau bagaimana Tok Mat jangan terlampau yakin, sebaliknya tumpuan seharusnya diberi tak kurang dari apa yang dilakukan di Cameron Highlands dan Semenyih.
Dalam keadaan sekarang kita gembira melihat prestasi Umno dan Bn dengan kerjasama Pas makin pulih dan kembali mendapat kepercayaan rakyat. Walau bagaimana dalam masa rakyat . khususnya dari kalangan Melayu kembali memberi kepercayaan kepada Umno-BN dengan kerjasama Pas, kita berharap ianya menjadi tapak bagi mengukuhkan dua komponan parti yang akan menjadi alternatif bagi memilih parti yang dianggap layak memerintah.
Dalam keadaan sekarang kedua-dua pihak ada kelemahan dan perlu diambil peluang oleh kedua-dua pihak. Pihak pemerintah yang mempunyai kelebihan dari segi kekuasaan, tetapi menghadapi kemerosotan dari sokongan rakyat tentulah dan sepatutnya memperbaiki prestasi PH dimata rakyat. Antara perkara utama perlu menunaikan janji-janji yang  belum ditunaikan. Memperbaiki prestasi ekonomi negara, meringankan beban kehidupan rakyat. Mmemperbaiki prestasi ahli-ahli kabimet yang disifatkan oleh banyak pihak tidak berpengalaman dan setengah tidak berkelayakan. Walaupun banyak kali dicadangkan supaya di reshuffle kabimet dan meletakkan orang-orang yang berwibawa dan tidak semestinya dari kalangan ahli parti, tetapi cadangan sedemikian tidak mendapat respond, kabimet yang sedia ada masih berterusan. Tak kurang penting perbalahan yang berlaku di dalam komponen PH perlu direda dan diselesaikan, kerana ianya memberi imej buruk kepada rakyat. Sikap anti Barat nampaknya kembali bertapak lantaran ianya menjadi sudut pandangan pemmpin dan ianya tidak menguntungkan negara dari segi kerjasama antarabangsa dan dari segi kepentingan ekonomi negara.
Bagi komponan pembangkang yang mulai pulih dan mendapat kembali kepercayaan rakyat tidak seharusnya bergantung kepada perubahan kepercayaan rakyat semata-mata, tetapi dalam masa yang sama seharusnya menampilkan Wawasan Baru dan segar kepada rakyat, tidak bergantung pada pola pendekatan lama yang dianggap lapuk dan ketinggalan zaman – tiada pembaharuan.
Umno dan BN yang mulai pulih dengan kerjasama Pas seharusnya menampilkan Gagasan Baru yang segar yang dapat menarik sokongan rakyat. Yang penting perlu ada `Think Tank` bagi komponan Umno-BN dan kerjasama Pas. Mereka yang berwibawa hendaklah ada di dalam `Think Tank ini bagi memikirkan pendekatan baru dan segar yang harus dikemukakan kepada rakyat. Perkara ini seharusnya mulai dapat diperkatakan kepada rakyat Rantau dan tempat-tempat lain, bahkan menjadi panduan dan visi dan misi masa depan. Persoalan yang penting harus mendapat jawapan.
1)      Umno sebagai parti induk seharusnya tidak semata-mata bersifat Malay Centric, tetapi bersifat Malaysian Centric disamping menjaga kepentingan Melayu.
2)      Bagaimana mengangkat wibawa MCA sebagai parti diyakini bukan saja orang Cina tetapi oleh semua kaum.
3)      Kedaan yang sama dengan MIC, juga mendapat sokongan semua kaum.
4)      Peranan Pas dan bagaimana dengan ideologinya dapat berkrompomi dengan parti-=parti yang lain.
5)      Memberi penjelasan bagaimana konsep kaum  masih releven di dalam politik semasa. Sigmificant dapat dilihat kepada sejarah dan tradisi politik Malaysia yang bersifat toleran yang seharus diteruskan bersesuaian dengan keadaan semasa.
6)      Mencari gagasan dan slogan yang sesuai bagi Komponan BN dan yang bekerjasama – termasuk kesesuaian dengan parti-parti politik di Sabah dan Serawak. Misalnya dengan menampilkan `Konsep Perpaduan Dan Keharmonian – Berdepan dengan gagasan `Parti Harapan`
7)      Menawarkan kepada rakyat Kemajuan Ekonomi disamping mempertahankan tradisi (semua kaum).
8)      Memupuk nial Malaysia yang menekankan kejujuran dan amanah.
9)      Mmempertahankan Perlembagaan Malaysia.
10)   Dasar Luar yang harmoni dengan semua negara dan mempertahankan kepentingan Malaysia.
Di atas sebagai contoh. Tentulah dengan adanya `Think Tank` yang berwibawa banyak lagi output yang bermutu dapat dihasilkan.
Sekian.

March 28, 2019

RANTAU YANG SEPI, APA ERTI ?


RANTAU YANG SEPI, APA ERTI ?
(Fikrah Bangi: 187),
BBB, 21`Rejab 1440H. = 28 Mac 2019M. (Khamis).
Berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya kecil (PRK) yang diadakan selepas pilihanraya ke 14 (Mei 2018), PRK Rantau adalah paling sepi dari segi ulasan dan publisiti. Menurut jadual yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR),hari penamaan calon ialah pada Sabtu 30 Mac 2019 – hanya dua hari lagi termasuk hari ini.. Tarikh mengundi awal ialah 9 April dan hari mengundi biasa ialah pada 13 April 2019. Hingga kini pilihanraya ini tidak seheboh seperti PRK-PRK yang lain. Tiada tulisan dan analisa di dalam akhbar-akhbar secara rancak sebagaimana PRK-PRK yang lepas. Mengapa terjadi sedemikian ?
Adalah dijangka calon bagi Umno (BN) ialah Dato` Seri Mohamad Hasan yang mempertahankan kerusi Rantau yang dibatalkan kemenangannya. Manakala pencabarnya ialah Dr. Streram calon yang dijangka bertanding menentang Muhammad sebelum dibatalkan. Kini apabila dijangka Mohamad akan bertanding, maka selayaknya beliau dikemukakan kembali dan ia telah diumumkan Presiden PKR Dato` Sei Anwar Ibrahim.
Adakah sebab kesuraman dari memperkatakan PRK Rantau kerana kebimbangan PH berulangnya keputusan sebagaimana berlaku di Semenyih pada 7 Februari 2019 lepas. Kerusi yang dimenangi PH pada pilihanraya ke 14 dengan majoriti besar dapat dikalahkan oleh Umno dengan majoriti besar juga. Aspakah kebimbangan terhadap keputusan seperti ini menggerunkan PH ? Lebih daripada itu Tok Mat adalah merupakan anak tempatan, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan adalah Timbalan Presiden Umnio yang menjalankan tugas-tugas Presiden. Kewibawaan Tok Mat menggerunkan PH. Apa lagi dilhat Umno dibawah pimpinan Tok Mat telah kembali pulih. Imej Tok Mat dan Umno melonjak naik selepas kemenangan pilihanraya Cameron Highlands  dan Semenyih. Umno yang disifatkan oleh pimpinan PH parti yang akan mati dan akan berkubur membuktikan dirinya tidak akan mati dan kembali mengumpulkan kekuatannya bagi mencabar PH.
Dengan pemulihan Umno dan keyakinan rakyat, menjadikan MCA dan MIC yang bercadang keluar dari BN dan menubuhkan pakatan baru, tidak jadi keluar dan kekal di dalam BN. Ini memberi kekuatan  bagi Umno dan BN. Dari satu segi yang menggerunkan PH bahawa Umno terus mendapat sokongan dan jaminan dari Pas untuk bekerjasama. Bahkan Umno dan Pas berusaha bagi mendapat kemenangan secara hetrik di dalam pilihanraya Rantau nanti. Rantau adalah kawasan majoriti Melayu dengan jumlah pengundi sebanyak 20,926 yang dijangka sejumlah besar pengundi, khususnya dari kalangan pengundi Melayu yang jauh hati dari PH, kerana mendapati banyak kehilangan dialami Melayu akan memberi sokongan kepada Tok Mat.
Kebimbangan PH juga ialah disebabkan oleh `Kelemahan` parti itu sendiri. Sesudah hampir setahun memerintah, sepatutnya parti itu semakin kukuh, tetapi adalah sebaliknya. PKR yang berpecah di dalam parti itu, tidak ngam dengan Bersatu. Usaha Bersatu dengan memugut mereka yang melompat tidak disetujui oleh PKR dan juga DAP. Pemberontakan kecil dilakukan oleh Nurul Izzah terhadap kepimpinan Bersatu dan PH. Pendirian Nurul Izzah ini mendapat sokongan dari sebahagian dari pimpinan PKR. Perbalahan di dalam PKR dan perpecahan di dalam PH melemahkan kedudukan PH dan menjauhkan rakyat dari parti itu.
Kegagalan ketara PH, bahawa hampir setahun memerintah,  PH masih tidak dapat menunaikan janji-janji pilihanraya dan belum dapat memulihkan ekonomi negara. Pengangguran bertambah dan trakyat makin susah. Kedudukan Malaysia yang pernah berada pada ranking ke 35 negara Bahagia turun mendadak kepada kedudukan ke 80. Malaysia dikenali sebagai negara yang korup di dunia, saban hari mereka yang dijangka terlibat rasuah digereng ke Mahkamah. Dengan keadaan dan imej negara sedemikian rakyat makin gelisah. Tidak ada ertinya dikatakan zaman baru yang sebenarnya mengelirukan.
Kita tunggu penilaian rakyat dari keputusan PRK Rantau.
Sekian.

March 27, 2019

WUJUDKAN UNIT URUSAN BANTUAN PELAJAR


WUJUDKAN UNIT URUSAN BANTUAN PELAJAR
(Fikrah Bangi:  186),
BBB, 20 Rejab 1440H. = 27 Mac 2019M. (Rabu):
Jika pihak universiti bersungguh-sungguh mau menolong pelajar-pelajar susah, maka ianya hendaklah dilalkukan secara teratur, tidak sekadar ikut-ikutan dan apabila diperkatakan mereka perlu diberi makan, maka pihak universiti pun beri makan dan mengumumkan pihak universiti sebagai universiti terawal melakukan sedemikian., sebagai publisiti murahan ?
Pihak universiti perlu mewujudkan bahagian `Bantuan Pelajar` di bawah bahagian Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Universiti.. Sebagai contoh selepas bahagian ini mengenalpasti pelajar-pelajar yang susah dan benar-benar memerlukan bantuan, maka pihak  Unit Bantuan buat hubungan misalnya dengan industri-industri dan kilang-kilang yang ada di sekitar Bangi, bahkan hingga Kajang, Semenyih dan Nilai, berbincang dengan industri-kilang peluang-peluang sesuai dapat diisi dengan tenaga pelajar menurut waktu bersesuain, misalnya hujung minggu atau shift bersesuaian yang dapat diisi dengan tenaga pelajar misalnya seminggu sekali bagi seorang pelajar. Bidang yang dipilih hendaklah bidang yang sesuai. Mereka yang pergi kerja diangkut oleh bas industri-kilang atau pihak universiti. Urusan bayaran adalah melalui Bantuan Pelajar.. Giliran berklerja dapat ditambah, jika bersesuaian dan tidak mengganggu pelajaran.
Satu cara lagi pihak Bantuan Pelajar dapat membuat survey restoran, kedai dan pasaraya yang memerlukan tenaga kerja sambilan yang dapat diisi oleh pelajar-pelajar. Kerja-kerja diberi menurut kesesuaian. Urusan dilakukan oleh pihak majikan dengan Unit Bantuan Pelajar.
Di Bandar Baru Bangi banyak pasar petang malam dan pagi, pihak Bantuan Pelajar dapat berunding dengan penjual-penjual bagi membekalkan tenaga pembantu bagi jualan. Jika perlu pihak Batuan Pelajar dapatkan lot-lot jualan yang dikendalikan oleh pelajar dengan menjual bahan-bahan yang sesuai dan menguntungkan.
Di Bandar seperti Bandar Baru Bangi terdapat taman rekreasi, kawasan-kawasan perumahan dan taman-taman permainan pihak Bantuan Pelajar dapat berunding dengan pihak MPKj bagi membekalkan tenaga pelajar dan kumpulan membuat kerja-kerja pembersihan secara gotong royong pada hujung-hujung minggu dari taman ke taman bagi membersih dan menanam pokok-pokok dan sebagainya. Kerja ini berterusan secara rotation.
Selain daripada itu di BBB ada masjid-masjid dan surau-surau yang mendirikan solat Juma`at. Masjid dan surau ini mengadakan pembersihan setiap minggu menbjelang Juma`at. Tenaga-tenaga pelajar dapat dihantar ke masjid surau dengan rundingan pihak Bantuan Pelajar,  Kerja ini dapat dilakukan secara mingguan dengan kerjasama pihak masjid.
 Selain daripada itu hampir setiap rumah memerlukan pekerja atau `Orang Gaji` yang bekerja secara tinggal bersama atau datang bekerja menurut jam. Pihak Bantuan Pelajar dapat membuat survey terhadap keperluan orang gaji secara menurut jam dan dapat dihantar tenaga pelajar menurut jam-jam yang dipelukan meurut kesesuaian.
Pihak Bantuan Pelajar juga dapat wujudkan unit gotong royong kepada pihak memerlukan seperti Majlis Perkahwinan, sambutan dan berbagai-bagai lagi yang tenaga kerja adalah dari pelajar-pelajar,
Di Bandar Baru Bangi banyak rumah jagaan anak-anak dan orang tua, rundingan dapat dibuat agar pelajar-pelajar dapat berkhidm,at di tempat-tempat tersebut mengikut kesesuaian masa.
Pihak Bantuan Pelajar dapat mewujudkan tenaga pengajar untuk kelas bimbingan anak-anak sekolah yang dianjurkan oleh pihak Bantuan Pelajar atau dihantar berkhidmat di pusat-pusat tuition.
Pihak Bantuan Pelajarjuga boleh mengadakan khidmat penghantaran dan bantuan secara online dan sebagainya bagi jarak sesuai.
Banyak lagi peluang kerja sementara dapat diadakan. Pelajar-pelajat yang hendak dihantar berkhidmat hendaklah melalui latihan terlebih dahulu agar khidmat yang dilakukan memuaskan dan bayaran yang diterima adalah berpatutan.
 Cara yang dibincangkan adalah lebih teratur, terhormat dan lebih memberi pulangan bagi pihak Bantuan Pelajar dan pelajar dari hanya beri makan sekali sekala.
Diharap  cara teratur dan efician dapat dilakukan bagi membantu pelajar susah, Khidmat hendaklah dilakukan dengan baik dan semua berpuashati dengan kerjak-Kerja yang dilakukan.
Sekian.

March 26, 2019

MEMBANTU MERINGANKAN KESEMPITAN PELAJAR


MEMBANTU MERINGANKAN KESEMPITAN PELAJAR
(Fikrah Bangi 185),
BBB,  19 Rejab 1440H. = 28 Mac 2019M. (Selasa):
Rakyat dan penjawat awan kena ikat perut dan bersabar. Nampaknya negara sekarang benar-benar di dalam kesempitan. Negara bertungkus lumus untuk membayar hutang, kata Tun Dr. Mahathir. (UM, 26.3.2019: 1 &2).  Sebelum daripada itu pernahdibincangkan tentang kesempitan mahasiswa di dalam menghadapi kegawatan ekonomi dan peningkatan kos hidup mereka. Sebahagian daripada mereka memang telah mengikat perut dan berdikit-dikit dalam perbelanjaan. Akibat darinya ada yang mencadangkan agar bantuan makanan dihulurkan kepada mereka sebagaimana bantuan yang disampaikan kepada kalangan gelandangan di Chow Kit di Kuala Lumpur. Ada pengajian tinggi yang mendakwa telah menyampaikan bantuan sedemikian kepada pelajar-pelajar mereka , mendahului dari institusi-institusi pengajian tinggi yang lain. Tetapi dipersoalkan, sejauhmanakah cara bantuan sedemikian,  setakat untuk mengalas perut dapat diteruskan ? Bantuan sedemikian mungkin dapat dilakukan dalam tempoh terhad, tetapi mekanisme yang dapat membantu para pelajar miskin menringankan beban mereka dan dapat meneruskan pengajian hendaklah dicari.
Perlu diingat bahawa tidak semua pelajar berada di dalam kategori kesempitan melampau. Kerana sebahagian daripada mereka adalah dari keluarga yang dapat membiyayai pengajian. Setengah daripada mereka mendapat biasiswa atau mendapat tunjangan kewangan yang mencukupi bagi pengajian mereka. Tumpuan bantuan hendaklah dituju kepada pelajar-pelajar susah dan miskin. Mengenalpasti mereka hendaklah diberi perhatian oleh universiti melalui Hal Ehwal Pelajar dan Persatuan Mahasiswa di universiti. Bantuan yang mau disampaikan bukan di dalam bentuk kewangan secara langsung dan pelajar-pelajar juga tidak digalakkan memohon kewangan secara langsung dari pihak-pihak berkenaan. Antara kaedah yang sesuai bagi para pelajar mendapat sumber kewangan, termasuk tambahan,ialah melalui khidmat kerja. Kerja yang dimaksudkan bukan sepenuh masa, kerana jika demikian akan mengganggu masa bagi menumpukan pada pengajian. Dalam kata lain  mereka diberi perhatian dengan menawarkan kerja-kerja sementara, di luar masa pengajian dan tidak mengganggu masa pengajian.
Untuk membantu pelajar mendapat kerja sementara atau sambilan, hendaklah dilihat keadaan keliling setempat yang mempunyai peluang mendapat kerja sambilan.
Sebagai contoh bagi Bandar Baru Bangi terdapat peluang-peluang kerja sambilan seperti di tempat-tempat berikut:
1)    Di berbagai-bagai kilang- industri.
2)    Pasar-pasar raya, restoran-restoran dan kedai-kedai.
3)    Pasar-pasar petang,  malam dan uptown.
4)    Taman rekreasi, permainan dan laman-laman.
5)    Masjid-masjid dan surau-surau yang mendirikan solat juma`at.
6)    Rumah-rumah kediaman yang memerlukan khidmat pencucian
7)    Khidmat gotong royong ditawarkan di tempat-tempat diperlukan.
8)    Rumah penjagaan anak-anak dan lanjut umur
9)    Khidmat `online` dan penghantaran.
10)                       Menganjurkan kelas tambahan, kursus, pengajian Al-Qur`an  dan bimbingan
Dan berbagai lagi kemungkinan peluang.
Sekian ... bersambung (Kaeadah Operasi).

March 25, 2019

INDEK BAHAGIA MALAYSIA JATUH MENDADAK: DIPERSOALKAN !


INDEK BAHAGIA MALAYSIA JATUH MENDADAK: DIPERSOALKAN !
(Fikrah Bangi:  184),
BBB: 18 Rejab 1440H. = 25 Mac 2019M. (Isnin):
Adalah mengejut dan mendukacitakan apabila membaca World Happiness Report 2019 di bawah Bangsa Bersatu menunjukkan pada tahun 2018 bahawa indek Bahagia Malaysia (2016-2018) jatuh mendadak kepada kedudukan ke 80 daripada 156 negara.Sedangkan sebelumnya Malaysia berada pada tempat yang selesa, iaitu pada renking ke 35 di dunia. Ini bererti Malaysia jatuh mendadak sebanyak 45 mata dari kedudukan sebelumnya.
Dari segi ranking di dunia:
1)      Findland
2)      Denmark
3)      Norway
4)      Iceland
5)      Netherland
6)      Switzerland
7)      Sweden
8)      New Zealand
9)      Canada
10)   Austria
Dan seterusnya. (The Star, 22.3.2019: 4 & 23.3.2019: 7).
Dari segi kedudukan di Asia Tenggara:
Singapura ke 34
Thailand         52
Philippine       69
Malaysia         80.
Sebelumnya Malaysia berada di belakang Singapura.
Ranking di bawah bagi 10 negara dari segi korupsi (rasuah) pula ialah:
147. Haiti
148. Botswana
149. Syria
150. Malaysia.
151. Yemen
152. Rwanda
153. Tanzania.
154.Afghanistan
155. Central Africa Republic
156. South Sudan
Malaysia jauh tercorak dari segi koropsi (The Star, 23.3.2019: 7).
Membaca report di atas, menimbulkan tandatanya, apakah benar penilaian kedudukan di atas.
Report perlu dipersoalkan kebenaran atau di sana ada unsur kesengajaan bertujuan mensabotaj ?
Perlu dicari penjelasan lanjut. Jika benar bagaimana memulih imej Malaysia ?
Sekian.

March 24, 2019

SOLIDARITI KEAMANAN - KESEMPATAN TERBAIK DIMANFAATKAN


SOLIDARITI KEAMANAN – KESEMPATAN TERBAIK DIMANFAATKAN
(Fikrah Bangi:  183),
BBB, 17 Rejab 1440H. = 24 Mac 2019M. (AHAD).
Di sebalik peristiwa berdarah di Masjid di Christchurch di New Zealand pada  Juma`at 15 Mac 2019 yang lepas ada hikmat tersembunyi. Peristiwa yang mengorbankan 50 jamaah yang menunaikan  jumaat di Masjid Al-Noor ditembak oleh pengganas dari Australia menyebabkan kematiaan 50 jama`ah dan 48 cedera memberi keinsafan kepada warga masyarakat. Patut dipuji ialah pihak Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Dato` Seri Mujahid Yusof Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang mengatur Perhimpunan Solidariti Keamanan di Kuala Lumpur dan beliau terbang ke New Zealand menyertai sama upacara perkabungan masyarakat Islam di Christchurch  dalam mana pada hari Juma`at masyarakat yang terdiri dari Islam dan bukan Islam bersama berhimpun – lebihdari 20 ribu bertafakur mengenangi  pemergian mereka yang disifatkan sebagai syahid. Satu peristiwa yang tidak pernah terjadi dalam mana masyarakat yang bukan Islam sama berkabung dan menghormati mereka yang telah meninggal. Perdana Menteri New Zealand, Jucinda Ardem sendiri mengepalai upacara dan membenarkan siaran secara  langsung ke seleruh negara upacara azan dan khutbah dari Masjid Khadijah di Christchuch (Masjid Al-Noor sedang dibaiki kerana kerosakan). Perdana Menteri itu menyatakan kekesalan dan memohon ma`af terutama kepada keluarga-keluarga yang terkorban. Khatib yang berkhutbah pula Imam Khan secara diplomasi menyampaikan mesej keamanan dan dakwah keislaman.
Dalam masa yang sama sebagaimana dikatakan peristiwa ini dijadikan contoh dan pengajaran bagi masyarakat di Malaysia agar dapat mengambil iktibar bahawa tidak ada faedahnya bersifat kekerasan dan militant dan simpati rakyat di New Zealand dipanjang ke Malaysia, bahkan bagi seluruh dunia yang cintakan kemannan supaya bersolidariti bagi menegakkan keamanan di negara ini. Perhimpunan yang dikenali dengan Perhimpunan Solidariti Keamanan Kuala Lumpur 2019 itu telah berjaya membawa berbagai tokoh pemimpin, ketua-ketua agama, kedutaan negera New Zealand dan Austrralia berucap menyatakan kekesalan di atas peristiwa yang berlaku dan mereka terutama Kedutaan New Zealand dan Australia berucap menyatakan kekesalan dan memohon maaf.
Peristiwa berkenaan adalah momentum yang baik dan sesuai dengan masa dan tempat yang berjaya membawa rasa simpati keseluruhan rakyat kepada pertemuan yang mewakili dan melahirkan kekesalan dan solidariti rakyat dan menyokong perhimpunan keamanan.
Dalam perhimpunan yang diadakan pada pagi Sabtu 23 Mac 2019 itu Dato` Seri Mujahid berkesempatan pulang dari New Zealand dan bersama dengan perhimpunan. Dalam ucapannya katanya, bahawa ia akan membawa mesej dari perhimpunan bahawa rakyat negara ini memilih keamanan dan bukannya kebencian dan keganasan.  Mesej yang berlambangkan burung merpati dan bunga raya itu akan digerakkan ke seluruh dunia membawa misi dan visi keamanan sejagat sesuai dengan mesej keislaman yang membawa mesej keamanan dan kesejahteraan.
Perhimpunan Solidariti keamanan yang berlangsung di  Dataran Merdeka itu telah mengumumkan lima  perutusan `Deklarasi Keamanan, iaitu:
·         Mengecam segala tindakan diskriminasi dan tindakan kegamasan serta pembunuhan atas nama kaum dan agama.
·         Menolak dan mengutuk sebarang tindakan serta budaya kebencian atas nama kaum dan agama.
·         Mendukung segala usaha menghidupkan kedamaiandan menyokong keharmonian antara kaum dan agama.
·         Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan serta kedaulatan negara daripada ancaman oleh anasir kebencian atas nama kaum dan agama.
·         Menyokong dan berganding bahu bersama warga dunia dalam usaha membina persekitaran berteraskan keamanan dan kedamaian berpaksikan pengiktirafan kepelbagaian kaum dan agama.
Episod berdarah di Christchurch diambil kesempatan terbaik bagi menjalin hubungan kemanusiaan dan nilai sejagat antara negara khususnya New Zealand dan Malaysia, bahkan hubungan antarabangsa. Peristiwa berdarah di New Zealand menjadi titik sejarah bagi solidariti masyarakat, khususnya antara New Zealand dan Malaysia, bahkan dunia.
Sekian.

March 23, 2019

SOLIDARITI CETUSAN ISLAM DI NEW ZEALAND


SOLIDARITI CETUSAN ISLAM DI NEW ZEALAND
(Fikrah Bangi: 182),
BBB, 16 Rejab 1440H. = 23 Mac 2019M. (Sabtu).
Di luar jangkaan di tanah Mouri yang dikuasai Barat, dianggap tidak simpati dengan Islam sebagaimana negara-negara Barat yang lain, tapi peristiwa tragedi pembunuhan terhadap para jamaah yang sedang  memulakan solat Juma`at pada 15 Mac  2019 lepas yang menyebabkan 50 terbunuh dan 48 cedera menukarkan persepsi kita terhadap  andaian selama ini – bahawa ianya memusuhi Islam sebagaimana negara-negara Barat yang lain. Tragedi di Masjid Al-Noor memberi maklumat kepada kita, bahawa terdapat 10,000 penganut Islam di Christchurch hidup bersama-sama masyarakat yang lain. Mereka hidup dalam keadaan harmoni. Pemimpin nmegara New Zealand  Jacinda Ardem adalah tolerance dan amat simpati dengan peristiwa berdarah di bandar Christchurch itu.
Juma`at semalam selepas seminggu dari peristiwa berdarah berlaku, rakyat New Zealand sejumlah 20,000 berhimpun di tanah lapang berhampiran  masjid melahirkan simpati berkabung diketui Perdana Menterinya Jacinda Ardem. Kalangan perempuan memakai tudung termasuk Perdana Menteri  bertafakur selama 2 minit mengingati yang telah pergi. Toleransi dan solidariti dipertunjukkan oleh Kerajaan New Zealand, bahawa azan dan khutbah juma`at pada tengahari 22 Mac 2019 itu disiarkan secara langsung ke seluruh negara. Ini merupakan pertama kali sinar dan dakwah Islam dibenar dan disiarkan ke seluruh negera dan sinar pertama Islam mulai mengelopak insya Allah di New Zealand.
Sementara itu Jacinda Ardem dalam ucapannyanya memanjangkan ucapan takziahnya terhadap keluarga-keluarga yang terkorban dan mengecam tindakan ganas kumpulan penbgganas yang datang dari Australia yang terang-terang melahirkan sikap Islamphorbia. Beliau  menjamin keselamatan bagi semua pihak dan akan  mengambil tindakan keras terhadap pengganas dan menyekat dari kebebasan memiliki senjata berbahaya  yang selama ini tidak berlaklu seperti  peristiwa hitam 15 Mac 2019 itu. Beliau berharap peristiwa sedemikian tidak akan berlaku.
Sementara itu khutbah Juma`at pada hari 22 Mac 2019 yang disampaikan oleh Imam Shazli Khan Imam Masjid Khadijah di Christchurch bahawa Islam menentang keganasan. Islam sebagaimana namanya adalah menganjurkan keamanan dan hidup secara toleransi. Beliau mau setiap orang Islam, khususnya di New Zealand menjadi model yang baik yang menjadi dakwah Islam secara tidak langsung dan secara langsung. Menurutnya peribadi Rasulullah s.a.w. adalah menjadi contoh terbaik bagi umat dan masyarakat.
Pada hari yang sama banyak dari masjid-masjid termasuk di Malaysia mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Juma`at. Ini termasuklah di Masjid Al-Umm Bandar Baru Bangi yang mana salah seorang mangsa terkorban -  Muhammad Haziq bin Mohd Tarmizi adalah bekas pelajar di sekolah Menengah Bistari di Bandar Baru Bangi, sebelum keluarganya berpindah ke New Zealand.
Sementara itu pemimpin Islam seluruh dunia termasuklah Tun Dr. Mahathir Mohamad Perdana Menteri Malaysia yang berada di Pakistan bersama pemimpin negara itu Imran Khan mengecam terhadap keganasan yang dilakukan oleh pengganas dari Australia itu. Mereka bersama menentang Islamphobia Barat terhadap Islam. Turut mengecam ialah Perdana Menteri Turki Tayyib Ordogan. Sementara Malaysia menghantar wakil  ke upacara pengkebumian di Christchuch secara khusus ke sana – Yang Berhormat Dato` Seri Dr. Mujahid Yosof Rawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan turut menyampaikan sumbangan orang ramai di Malaysia berjumlah RM100,000.
Peistiwa pembunuhan terhadap jama`ah bersolat Juma`at di Masjid di Christchurch mempunyai hikmat dan significant tersendiri. Ianya mengukuhkan solidariti rakyat New Zealand dan bersikap mesra terhadap Islam. Sikap ini diharap berterusan berlaku di New Zealand.
Sekian.

March 22, 2019

PEMERGIAN HAZIQ, KETENTUAN QADHA` DAN QADAR


PEMERGIAN HAZIQ,  KETENTUAN QADHA` DAN QADAR
(Fikrah Bangi: 181)’
BBB, 15 Rejab 1440H. = 22 Mac 2019M. (Juma`at).
Berpulangnya ke Rahmatullah Muhammad Haziq bin Mohd Tarmizi (17)   dalam peristiwa tembakan rambang terhadap dirinya dan yang lain di Masjid Al-Noor di Christchurch, New Zealand pada Juma`at  15 Mac 2019 lepas adalah contoh yang baik bagi pengukuhan akidah bagi umat Islam dan yang lain. Muhammad Haziq yang sebelum itu dikatakan hilang, telah dipastikan terkorban dalam pembunuhan kejam di Masjid Al-Noor telah disahkan meninggal melalui ujian DNA dan disahkan oleh pihak Wisma Putera dan telah dikebumikan semalam di tanah perkuburan Bromly di Christchurch Khamis semalam. Jamaah Malaysia yang sama mau menunaikan solat Juma`at dan turut cedera ialah Mohd. Tarmizi Shuib bapa Muhammad Haziq (42), Mohd Nazril Hashim Omar (46) dan Rahimi Ahmad (39). Muhammad Haris (12) adik Muhammad Haziq yang sama pergi ke masjid untuk sama solat Juma`at terselamat.
Muhammad Haziq yang pernah belajar di Sekolah Jalan Empat Bandar Baru Bangi berhijrah ke New Zealand kerana mengikut keluarganya dan turut menyambung pengajian di sana. Semua pihak dari Sultan Sharafuddin Idris Shah Sultan Negeri Selangor, menteri-menteri, ahli parlimen, Adun-Adun dan berbagai pihak mengucapkan takziah di atas kematian yang dikategorikan sebagai syahid akhirat itu.
 Peristiwa yang dialami oleh Muhammad Haziq, satu-satunya rakyat Malaysia yang terkorban bersama 50 yang lain adalah merupakan ketentuan Allah qadha` dan qadarnya. Muhammad Haziq seorang anak Malaysia, tetapi ketentuan sejak azali, Muhammad Haziq yang dilahirkan di Malaysia dan bersekolah di Bandar Baru Bangi, tetapi kerana ketentuan sejak azali, bagi menemui ajal dan mautnya yang  ditentu Allah sejak azali, maka dia sama berhijrah bersama keluarganya di Christchurch menyambung pengajian di sana. Maka tiba waktunya Muhammad Haziq seorang anak yang terdidik dengan didikan Islam bersama adik dan bapanya menunaikan solat Juma`at di Masjid Al-Noor di Christchuch. Allah juga menentukan, bahawa ada manusia yang melibatkan diri dengan kumpulan ganas yang terpupuk di dalam jiwanya dan jiwa kumpulannya berdendam terhadap orang Islam dengan Islamiphobianya, terdetik dalam jiwa mereka dengan ketentuan, bahawa mereka tidak bertindak sepatutnya terhadap komuniti Islam di Australia, tetapi mengambil tindakan di New Zealand. Dikatakan mereka membuat perancangan yang rapi dan pernah datang membuat tinjauan dan penyelidikan mengatur perancangan untuk melakukan tindakan ganas mereka.
Demikianlah perancangan jahat mereka, tanpa terbomgkar terlebih dahulu mereka datang dan mengatur tindakan ganas mereka. Kelonggaran memiliki senjata api di New  Zealand yang disifatkan aman itu diambil peluang oleh kumpulan ganas ini datang ke Masjid Al-Noor pada Juma`at 15 Mac yang lepas. Sebaik tiba waktu solat dan para jamaah berkumpul memulai solat, mereka melakukan tembakan rambang terhadap kumpulan yang tidak bersenjata dan tidak dapat mempertahankan diri menyebabklan 50 terbunuh, termasuklah Muhammad Haziq dan sejumlah 48 lagi tercedera.
Kini yang kita mau lihat, bagaimana tindakan kerajaan New Zealand yang dipimpin oleh Jucinda Ardent yang disifatkan berjaya mengendalikan situasi keganasan secara  baik. Pengurusan terhadap mangsa-mangsa tragedi pembunuhan juga dilakukan secara baik dan terhormat, tetapi tindakan terhadap pengganas diharap dilakukan secara tegas agar memberi puashati dari segi perundangan kepada mereka yang menjadi mangsa sama ada yang terkorban dan lebih-lebih yang tercedera. Juga bagi semua.
Takdir telah berlaku, tetapi pilihan dan ikhtiar terbaik ditunggu, hukuman akan dilakukan dan diharap peristiwa hitam tidak lagi akan berlaku.
Sekian.

March 21, 2019

PENCEMARAN DAN PERMAKANAN


PENCEMARAN DAN PERMAKANAN
(Fikrah Bangi: 180).
BBB: 14 Rejab 1440H. = 21 Mac 2019M. (Khamis):
Isu mengenai pencemaran Sungai Kim Kim Pasir Gudang yang dikesan sejak 7 Mac 2019 yang menyebabkan kesan keracunan terhadap 111 buah sekolah dan lebih 4,000 penduduk telah diperiksa dan kini mulai reda. Namun sekolah-sekolah masih ditutup. Berikut dari peristiwa Sungai Kim Kim yang mengemparkan itu timbul berbagai-bagai aduan tentang pencemaran sungai di berbagai tempat. Kita berharap dari peristiwa Sungai Kim-Kim ini memberi kesedaran pihak berkuasa – terutama kementerian dan jabatan Alam Sekitar dapat memberi perhatian yang serius terhadap sungai-sungai yang tercemar dan bidang-bidang pencemaran yang lain.
Satu bidang yang mau dibangkitkan ialah pencemaran terhadap sumber  permakanan. Di dalam Islam, makanan yang baik adalah makanan yang halal. Orang-orang Islam diharamkan memakan makanan yang haram dan mereka dibenarkan makan makanan yang halal. Lebih daripada halal, makanan tersebut adalah yanfg baik yang dikenali dengan tayyiban, iaitu halalan tayyiban. Makanan yang halal misalnya jika buruk dan rosak dan boleh memudaratkan kesihatan, maka ianya bukan yang tayyiban.
Satu aspek yang mau dibangkitkan, bahawa pengguna mendapat sumber makanan mereka dengan membeli dari pasar-pasar, kedai-kedai dan dari mana sumber makanan boleh didapati dan dibeli. Sebahagian dari barangan yang dikeluarkan oleh kilang-kilang mendapat logo halal yang memberi keyakinan pada pengguna tentang halal dan baik.
Namun sebahagian  sumber bahan mentah yang didapat dari misalnya pasar-pasar seperti buah-buahan, sayur-sayura, ikan dan daging kadang-kadang meragukan dari segi tayyiban. Misalnya kemasukan buah-buah dari negara-negara jiran  adalah melalui pemeriksaan teliti bahawa ianya tidak disembur  atau diselam ke dalam bahan-bahan beracun untuk menjadikannya lebih tahan. Keadaan ini juga berlaku kepada sayur-sayuran dari luar, bahkan tempatan setengahnya sengaja menggunakan bahan kimia untuk menjadikannya lebih tahan. Keadaan juga berlaku terhadap ikan-ikan yang dikatakan diawit  terlebih dahulu supaya tidak lekas rosak. Keadaan ini berlaku tidak saja pada sumber ikan dari luas, tetapi juga ikan-ikan tempatan.
Untuk menjamin bahan-bahan makanan yang didapati oleh pengguna-pengguna yang didapati dari pasar-pasar malam, pasar tani dan pasar-pasar biasa dan kedai-kedai yang menjual bahan-bahan tersebut, bagaimanakan mekanisme dilakukan oleh pihak berwajib bagi menjamin  bahan-bahan berkenaan tidak mengandungi racun yang mengancam kesihatan pengguna-pengguna. Ianya melibatkan tahap kemasukan dari luar. Sejauhmanakah bahan-bahan makanan dari luar, khususnya buah-buahan dan sayur-sayuran diperiksa dan dipastikan ianya tidak mengandungi racun yang membahayakan kesihatan pengguna.
Perkara ini tidak saja melibatkan bahan-bahan makanan yang diimport dari luar, tetapi bahan-bahan tempatan. Sejauhmanakah kawalan dibuat terhadap bahan-bahan makanan tempatan  seperti buah, sayur, ikan dan lain-lain dikawal ? Oleh kerana bahan ini langsung dibawa ke pasar oleh peniaga-peniaga, maka adalah wajar bagi pengutkuasa datang membuat pemeriksaan terus di pasar-pasar, juga pasar malam, bukan saja bagi memastikan harga-harga barang tidak dinaikkan sewenang-wenang, tetapi lebih penting ianya terselamat dari bahan-bahan kimia yang beracun.
Melihat kepada penyakit-penyakit yang dialami oleh rakyat, kini penyakit kenser dengan berbagai-bagai jenis kanser banyak meragut nyawa penduduk, juga berbagai penyakit kronik yang membunuh adalah dibimbangi penyakit kanser ini diakibatkan oleh permakanan yang beracun.
Nyawa setiap rakyat adalah berharga. Adalah diharap pihak berkuasa mempastikan pencemaran tidak saja dikawal dan dibasmi dari sungai  dan udara, tetapi pencemaran hendaklah tidak berlaku pada sumber-sumber makanan. Sebab itu kuatkuasa dan pemeriksaan hendaklah dilakukan oleh pihak berkuasa terhadap sumber makanan supaya bebas dari racun berjadual dan tidak berjadual agak rakyat di dalam keadaan sihat dan bebas dari racun perosak.
Sekian.

March 20, 2019

ELAUN PEGAWAI MASJID WAJAR DIKAJI


ELAUN PEGAWAI MASJID WAJAR DIKAJI
(Fikrah Bangi: 179).
BBB:  13 Rejab 1440H. = 20 Mac 2019M. (Rabu).
Berhubung dengan elaun pegawai masjid ini, walaupun Penulis telah maklum, khususnya selepas menjadi salah seorang pegawai mentadbir masjid, tetapi selama ini sengaja tidak mau ditimbulkan, apa lagi ianya boleh  ditafsirkan sebagai `Berkepentingan Sendiri`. Tetapi berikut dari ucapan Dato` Menteri Besar Selangor di dalam Dewan Undangan Negeri Selangor  YB Amirudin Shari semalam, bahawa  beliau mencadangkan supaya ``Kaji semula elaun nazir` (Sinar, 20.3.2019: 18)., maka Penulis amat menyokng di atas cadangan tersebut. Sebenarnya ini adalah fungsi ahli-ahli Dewan Undangan Negeri membawa isu-isu yang releven yang perlu diambil tindakan oleh pihak berkuasa. Perkara seperti ini pernah berlaku sekitar yahun 1999-2004 ditimbulkan tentang gaji guru agama pada masa itu hanya sebanyak RM400 sebulan. Berikutnya berlaku kajian terhadap masa kerja guru-guru agama ditingkatkan dan elaun mereka dinaikkan hingga RM1,200 sebulan.
Masjid lebih dilihat sebagai tempat bagi mereka yang sanggup berkhidmat secara ikhlas dan kerana Allah. Sebab itu bagi pegawai-pegawainya tidak sangat ditimbulkan tentang elaun. Apa lagi sebahagian dari yang berkhidmat seperti  nazir, imam, bilal, bahkan siak adalah mereka yang berpencen dan tidak sangat mengira dari segi pendapatan. Tetapi dengan syarat yang dikenakan bahawa pegawai-pegawai masjid tidak terlampau tua dan mau orang muda yang lebih cergas dan mereka dikehendaki berkhidmat sepenuh masa. Maka bayangkannlah bagi mereka yang tidak berpencen mau meneruskan khidmat mereka terhadap masjid . Elaun yang ditetapkan:
Nazir      RM 200   Sebulan
Imam     RM1,300  sebulan   
Bilal       RM 290    sebulan
Siak       RM 240    sebulan.
(Elaun tersebut disalurkan oleh JAKIM melalui Jabatan-Jabatan Agama Negeri).
Jika dilihat pada elaun mereka di atas sememangnya tidak wajar, khususnya bagi mereka yang tidak berpencen, berkeluarga dan tinggal di bandar-bandar.
Pada dasarnya elaun-elaun di atas ditambah oleh masjid melalui derma orang ramai, khususnya kutipan hari Juma`at. Misalnya Masjid Al-Umm menambahkan elaun-elaun pegawai-pegawai di atas. Misalnya Nazir kepada  RM900
Imam  kepada RM1,800  (termasuk elaun sewa rumah RM300)
Bilal    kepada RM1,000
Siak    kepada RM1,000
Tambahan ini oleh kerana masjid mempunyai sumber kewangan yang agak kukuh. Bagaimana dengan masjid kampung yang tidak mempunyai sumber kewabngan yang baik ? Tentulah tambahan tidak dapat dilakukan secara wajar.
Sebab itu cadangan kerajaan Negeri Selangor untuk menaikkan elaun nazir - wajar dipertimbangkan pegawai-pegawai yang lain, agar mereka tidak tertekan dan dapat menjalankan khidmat dengan baik. Jika tidak dinaikkan elaun mereka tidak ada dari kalangan muda mau berkhidmat di masjid, mereka tahu untuk membuat kebajika,  tetapi jika mereka `tidak cukup makan`, bagaimana hendak berkhidmat.
Jumlah kenaikan perlu dipertimbangkan untuk menampung kehidupan mereka, khususnya bagi mereka yang tidak berpencen. Misalnya permulaan kerja Imam tidak kurang dari RM2,500 (berijazah dan hafiz), bilal  RM1,800 dan siak RM1,500. Bagi nazir sebagai ketua yang bertanggungjawab bagi semua urusan masjid wajar dinaikkan elaun dengan jumlah sesuai sebagai pentadbir masjid.
Sekian.

March 19, 2019

MASALAH KESEMPITAN SISWA: MEREKA BUKAN GELANDANGAN !


MASALAH KESEMPITAN SISWA: MEREKA BUKAN GELANDANGAN !
(Fikrah Bangi:  178),
BBB:  12 Rejab 1440H. = 19 Mac 2019M. (Selasa).
Masalah kesempitan hidup mahasiswa di kampus Universiti Malaya  dan juga di kampus-kampus yang lain ditimbulkan oleh Berita Harian semalam dan hari ini termasuk  oleh The Star. Nampaknya model menyampaikan makanan seperti kalangan gelandangan di Chow Kit mau diaplikasikan kepada kampus-kampus, mungkin satu cara mengatasi kelaparan bagi mereka yang makan nasi hanya sekali sehari atau yang hidup bergantung pada mee maggie. Perlu diingat mahasiswa tidak saja perlu pada makanan, tetapi kesempitan diakibatkan oleh berbagai-bagai tekanan seperti tidak cukup pinjaman, tidak mendapat pinjaman, sewa kediaman yang tinggi dan berbagai-bagai lagi. Pihak Kerajaan, Kementerian Pendidikan, kalangan ahli agama, dermawan dan orang ramai perlu dihidup dan digalakkan dengan amal-amal kebajikan. Antara pendekatan yang boleh diambil:
1)      Memberi subsidi kepada kantin-kantin di universiti dengan menjual makanan terutama nasi dan makanan pagi dengan  separuh harga. Hanya siswa yang layak diberi kad potongan harga oleh pihak universiti sahaja dapat menikmati harga murah.
2)      Suburkan amalan waqaf. Misalnya pihak zakat mendirikan asrama bagi sesebuah universiti dan diberi sewa secara murah kepada pelajar-pelajar universiti yang layak. Waqaf juga menyediakan kenderaan percuma bagi pelajar-pelajatr yang berulang alik.
3)      Syarikat-syarikat menaja sejumlah anak angkat kepada pelajar-pelajar secara tajaan dan apabila mereka keluar mereka dapat diserapkan ke dalam syarikat menurut bidang yang ditaja yang berhunungan dengan syarikat.
4)      Syarikat atau kerajaan negeri mendirikan rumah-rumah negeri untuk pelajarnya yang belajar di luar negara seperti di Mesir, Jordan, London dan sebagainya. Pentadbiran juga diurus oleh syarikat atau negeri. Bila mereka lulus mereka boleh berkhidmat dengan syarikat atau kerajaan negeri.
5)      Secara tradisi  kerajaan, syarikat m badan tertentu boleh menajakan biasiswa dan dermasiswa. Ianya ditadbir melalui pihak yang dilantik
6)      Sediakan konsep pengajian terbuka yang pelajar-pelajar dapat membuat kerja sambilan sambil belajar. Pihak universiti misalnya mendapatkan maklumat pekerjaan yang diperlukan syarikat dan badan-badan tertentu yang dapat mahasiswa bekerja sambil belajar.
7)      Banyakkan kaedah pengajian jarak jauh yang dapat diikuti pelajar pada tempat masing-masing . Pensyarah datang ke tempat mereka. Sebahagian pengajian dapat diikuti secara `online.
8)      Pihak kerajaan mewajibkan setiap anak masuk sekolah  membuka akaun simpanan bagi pengajian tinggi. Kerajaan menanggung kos permulaan pembukaan dan menambahkan sejumlah yang dimasukkan oleh ibubapa dan anak. Akaun tidak dibenar dikeluaran, kecuali dalam keadaan benar-benar memerlukan  dan direkomen oleh pihak-pihak berkenaan.
9)      Mewujudkan pengajian yang sepenuhnya bergantung pada harta waqaf dari berbagai pihak. Pengajian adalah percuma – Contoh seperti Universiti Al-Azhar, Mesir.
10)   Berbagai  cara yang difikirkan perlu.
Pendek kata negara perlu memberi perhatian utama terhadap[ pelajaran. Sistem pengajian hendaklah dirangka sedemikian rupa yang melayakkan pelajar-pelajar  dapat melanjutkan pengajian serama i mungkin. Mutu pengajian hendaklah tinggi. [i]Semua pihak digalak ke pengajian tinggi dengan peluang dan kemudahan yang disediakan hingga menjadikan warga negara adalah masyarakat berilmu.
Sekian.




March 18, 2019

KUTUK SERANGAN SIMPATI DENGAN KEMATIAN


KUTUK SERANGAN SIMPATI DENGAN KEMATIAN
(Fikrah Bangi: 177):
BBB, 11 Rejab 1440H. = 18 Mac 2019M. (Isnin).
Peristiwa menembak para jamaah Masjid Al-Noor dan Masjid Khadijah di Christchurch New Zealand pada hari Jumaat 15 Mac 2019 lepas perlu dikutuk oleh semua pihak tidak mengira agama dan tempat. Sejumlah 50  jama`ah telah terkorban dan 48 lagi cedera dan antara mereka parah. Jenayah ini dikatakan telah dirancang sejak dua tahun lepas dan dikatakan kumpulan ini pernah datang sebelumnya dalam rangka persiapan untuk melakukan jenayah terkutuk. Anehnya yang melakukan pembunuhan ini bukannya dari rakayat New Zealand, tetapi mereka adalah pengganas kulit putih yang datangnya dari Australia. Empat suspek telah ditahan, antaranya seorang wanita. Mereka ini adalah dari kalangan  yang dipengaruhi pihak Islamaphobia di Barat yang anti Islam. Mereka tidak senang dengan dakwah Islam yang bertapak di New Zealand. Mereka juga tidak menyenangi  orang-orang Asia  yang bertapak di New Zealand. Adalah difahami bahawa antara mangsa-mangsa adalah datang dai Malaysia, Turki, Bangladesh, Arab, Tunisia dan rakyat tempatan.
Rakyat tempatan sebagaimana digambarkan oleh Imam Shazli Khan dari Masjid Khadijah adalah bersifat mesra dengan  orang-orang Islam yang datang menetap di Christchurch.  Umat Islam di sini dikatakan sejumlah 10,000 orang dan mereka berada di dalam keadaan harmoni dengan  penduduk  tempatan. Pihak pemerintah memberi kerjasama yang baik. Berita kemalangan yang diterima mendapat respond dari pihak bomba dalam masa enam minit. Dan pihak polis berjaya menangkap segera dan membawa pejenayah ke pihak pengadilan pada keesokan harinya.
Peristiwa yang menyayat hati mendapat simpati penduduk di New Zealand,  mereka berpusu-pusu datang  menziarah dan mengucapkan takziah dan membawa jambangan-jambangan bunga. Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern berjanji untuk membela  keluarga mereka terkorban dan menyemak kebebasan memiliki senjata api di New Zealand. Pihak rakyat New Zealand antara mereka menderma sehingga sejumlah NZ5.5 juta yang dikira dengan wang Malaysia adalah berjumlah sebanyak RM15.5 juta.
Ditanya kepada Imam Shazli Khan, adakah dengan peristiwa itu menjadikan beliau dan umat Islam New Zealand lebih berhati-hati.
Menurut Imam Shazli  Khan. Peristiwa tidak merencatkan dakwah dan kegiatan umat Islam di New Zealand, sebaliknya ianya mendekatkan penduduk New Zealand memahami tentang Islam dan memberi ruang untuk mendakwahkan mereka. Mereka bertanya tentang Islam dan cuba memakai pakaian muslimat bagi mengikuti solat jenazah.
Sementara itu hubungan antara rakyat Malaysia dan New Zaland telah berlangsung sejak sekian lama. Australia dan New Zealand antara dua pilihan bagi rakyat Malaysia berhijrah kerana mencari pengalaman dan pulangan yang lebih lumayan terutama dari segi pertanian dan  ternakan. Ramai ke New Zealand bagi memetik  buah dengan upah yang menarik, juga terlibat di dalam bidang ternakan dan penyembelihan halal..
Satu lagi  bidany yang diminati penduduk di Malaysia, ialah menyambung pengajain  di universiti-niversita  sama ada di New Zealand, maupun di Australia. Belanja  pengajian dikedua-dua tempat lebih murah dan kualiti pengajiam adala bermutu. Antara  yang menjadi mangsa tembakan di Masjid Khadijah adalah pelajar-pelajar-pelajar  yang  menyambung pengajian pada peringkat t inggi  di sana. Antara mereka menjadi mangsa tembakan. Mereka,
Mohamad Rahimi yang masih dirawat di ICU. Manakala Mohamad Tarmizi Shuib (42) dan Mohamad Nazril Hisham (46) masih di dalam rawatan dan  sudah stabil Manalaka seorang lagi iaitu Mohamad Haziq bin Mohamad Tarmizi dikatakan hilang dan masih dicari.
Kita berharap mereka yang luka akan sembuh dan kes pembunuhan di Masjid ini dapat diselesaikan oleh Kerajaan New Zealand sebaik mungkin.
Sekian.

March 17, 2019

BUMI RUMAH KITA BERSAMA - SELAMATKAN DARI SEBARANG ANCAMAN


BUMI RUMAH KITA BERSAMA
(Fikrah Bangi:  178),
BBB,  19 Rejab 1440H. = 17 Mac 2019M. (Ahad).
Peristiwa racun sebatian  kimia melampau yang berlaku di Pasir Gudang, Johor  mengingat dan memberi pengajaran bahawa bumi yang kita huni adalah rumah kita bersama yang seharusnya kita jaga sebaik mungkin agar ianya selamat untuk dihuni. Kecuaian yang berlaku sejak Pasir Gudang dibuka dan terdapat 254 kilang telah beroperasi. Bahan-bahan kimia dari kilang-kilang  ini selama ini telah dilambakkan ke dalam Sungaiu Kim-Kim di Pasir Gudang tersebut. Maklumat terakhir terdapat 15 chemicles terapung dari permukaan Sungai Kim-Kim yang tidak lagi mampu memendamkannya selama ini. Akibatnya racun ini membahayakan alam sekitar termasuklah penduduknya. Kerja-kerja pembersihan dilakukan oleh berbagai agensi untuk menghapuskan racun dan kalau dapat mengembalikan Sungai Kim-Kim dan sekitarannya kembali normal.
Kawasan yang kita huni, ibarat sebagai rumah bagi keluarga mendiaminya. Bagi menjamin kesihatan keluarga perlu dijaga. Dalaman rumah hendaklah sentiasa bersih, di samping luarannya sepatutnya bukan saja dibersih, tetapi dihias dengan taman yang dapat menarik perhatian dan menyegarkan.
Kiasan yang lebih luas dan besar, seperti sebuah perbandaran, maka Majlis Perbandrana sebagai kerajaan tempatan hendaklah bertanggungjawab, agar bandar bersih dari sampah sarap, laluilintas teratur dan selamat, air yang menjadi sumber utama bagi diminum dan juga bagi kehidupan hendaklah bersih. Demikian juga dengan udaranya tidak berlaku pencemaran. Pasir Gudang tentulah berada di bawah perbandaran. Apakah selama ini pihak perbandaran tidak mengawasi dari segi pertumbuhan industri, dari segi operasi dan ke manakan dibuang racun-racun kimia. Tidakkah wujud SOP yang  perlu dipatuhi oleh kilang-kilang berkenaan. Bagaimana  himgga timbul bencana kimia mengancam baru disedari tentan g bahayanya. Sepatutnya Majlis Perbandaran setempat lebih awal menmyedari dan tindakan undang-undang lebih awal diambil. Kalau kilang-kilang didapati bersalah, maka pihak berkuasa Perbandaran segharusnya sama bertanggungjawab berlakunya pencemaran yang sedemikian teruk.
Bagi sebuah negara seperti Negara kita Malaysia, termasuk negara-negara yang lain sam memberi perhatian terhadap keselamatan alam sekitar yang diuni penduduk. Tuanm memberi kita air sebagai sumber untuk diminaum dan berbagai-bagai kegiatan bagi kehidupan, maka sumber ini perlu dijaga sebaik-baiknya agar rakyat terselamat dari pencemaran, kekotoran dan racun kimia sebagaimana berlaku di Pasir Gudang. Allah memberi kita udara yang kita bernafas dengannya, maka sumber udara ini juga harus  dijaga dengan sebaik-baiknya agar tidak berlaku pencemaran yang dapat mengancam kehidupan manusia dan kehidupan-kehidupan yang lain.. Tuhan memberi kita tanah sebagai rumah kita bersama bumi yang subur yang dapat  mengeluarkan  hasil pertanian yang menjadi sumber pendapatan.  Demikian Tuhan memberi kita muka bumi yang kita hidup di atas permukaan, maka hendaklah kita menjaga kesuburan tanah agar dapat mengeluarkan hasil tanaman. Demikianlah dengan apa perkara yang dapat memberi hasil dan dapatan hendaklah kita menjaganya sebaik mungkin kerana darinya kita mendapat rezeki bagi meneruskan kehidupan.
Demikianlah pada peringkat antara bangsa, Tuhan memberi ruang  tanah air yang kita dapat menjaganya sebagai kawasan bagi negara kita, maka demikianlah dengan negara-negara yang lain. Setiap  negera seharusnya menjaga sempadan tanahair dari luar dan dalam,. Kerajaan yang memerintah perlu berusaha bagi menyediakan keperluan hasil yang menjadi sumber kehidupan.
Pada peringkat negara semua pemimpin perlu mengkhususkan agenda bagi menjaga keselamatan bagi setiap negara, tidak berkonflik hingga membawa kepada peperangan. Antara negara yang berkaitan perlu diadakan konvensyen utama bagi membincangkan keselamatan  penduduk. Selamat dari  bahan nuklier yang dapat mengancam kehidupan dan kelangsungan. Setiap negara perlu bekerjasama menghapuskan sengketa, tidak menggunakan nuklirer yang dapat mengancam keselamatan dan kedupan manusia sejagat.
Bumi adalah Rumah Kita Bersama. Selamatkan dia dari berbagai ancaman. Jadikan dunia zon aman yang bebas dari sebarang abcaman.
Sekian.

March 16, 2019

KEJUTAN PEMBUNUHAN DI MASJID DI NEW ZEALAND


KEJUTAN PEMBUNUHAN DI MASJID DI NEW ZEALAND
(Fikrah Bangi:  176),
BBB, 09 Rejab 1440H. = 16 Mac 2019M/ (Sabtu).
Sedang kejutan dalam negara berkenaan racun kimia di Pasir Gudang, Johor Bharu  masih belum reda, kini kejutan lagi berlaku di luar negara, iaitu berita mengenai tembakan terhadap jamaah muslimin yang menunaikan Jumaat semalam di Christchurch, iaitu di Masjid Al-Noor dan Masjid dan Masjid Khadijah Liuwood Islamic Centre. 49 terbunuh dan 48 tercedera, termasuk tiga rakyat Malaysia. Seorang daripada mereka menjalani pembedahan bagi mengeluarkan peluru dari tubuhnya dan akan mengalami pembedahan kali kedua. Kini keluarga bagi mangsa yang cedera ini diusahakan untuk membawa keluarganya – Ibunya Puan Rahimah dan keluarganya Puan Khadijah dan  Rukiah dari  Pulau Pinang bagi menemui mangsa. Dua lagi mangsa adalah selamat.
Pembunuhan nampaknya bukan dilakukan oleh pihak yang tidak siuman sebagaimana sering berlaklu di Amerika. Tetapi satu kesamaan antara New Zealand dan Ameriak, iaitu kebebasan menggunakan senjata api. Kini selepas peristiwa ini Perdana Menteri New Zealand Jacinda Arden  bercadang untuk menyekat dari penggunaan senjata api automatik sedemikian secara bebas.
Imam-imam di Masjid New Zealand di Christchurch ini seperti Imam Encik Shazli dan Imam Khan yang kebetulan rakyat Malaysia yang diinterview oleh TV Awani, menyifatkan bahawa penduduk di Christchurch khususnya dan penduduk di New Zealand umumnya adalah hidup di dalam aman damai. Tidak ada perasangka antara penduduk asal – Moari dan kulit Puteh dan pendatang . Sikap buruk sangka. Mereka tidak ada prasangka buruk terhadap orang Islam yang datang menetap di New Zealand, bahkan mereka menghormati kepercayaan beragama, termasuklah orang-orang Islam
Kejadian pembunuhan adalah diluar jangkaan dan pihak pembunuh – empat orang termasuk seorang perempuan adalah merupkan rakyat Australia yang datang ke New Zealand dengan motif tertentu. Mereka membawa bersama mereka motif benci terhadap kaum pendatang termasuklah orang-orang Islam. Adalah perancangan mereka untuk membunuh.  Ini dirancang begitu rapi sejak bertahun-tahun yang lepas.
Tempat yang paling berkesan untuk melakukan pembunuhan ialah ketika orang-orang Islam berhimpun dalam jumlah yang ramai. Waktu perhimpunan bagi orang Islam ialah tidak lain dari waktui solat Jumaat. Demikianlah yang menjadi sasaran mereka ialah di Masjid Al-Noor dan Masjid Khadijah di Christ chirch.. Waktu berhimpun secara padat ini, tetatulah tiada sebarang senjata dibawa oleh para jamaah. Ini ialah bersolat adalah ibadat yang dilakukan secara aman. Waktu sedemikian mereka menyelinap dengan membawa senjata rifle automatik dan menembak  jamaah yang baru pada peringkat permulaan dalam menunaikan Jumaat. Ternyata mereka sengaja menggunakan  senjata automatik dengan letusan peluru secara berterusan. Mereka kebanyakan tidak sempat mencari perlindungan dan 49 dari mereka meninggal dunia – syahid, manakala  48 lagi cedera dan mendapat rawatan termasuklah seorang rakyat Malaysia dari Pulau Pinang yang tercedera dan terpaksa mengalami pembedahan bagi mengeluarkan peluru.
Ternyata sifat dendam sebahagian dari  kalangan kulit putih berterusan. Mereka tidak menyukai pendatang, khususnya dari kalangan kulit hitam, termasuk dari Malaysia. Ternyata di New Zealand ramai rakyat dari Malaysia menetap di sana, kerana ini sesuai dan aman damai.
Imam masjid ketika ditanya reaksi mereka tentang pembunuhan dan sikap yang diambil, bahawa umat Islam tidak takuit dan akan terus berdakwah dan hidup dalam keadaan harmoni. Dalam tragedi yang berlaku semua kaum di sana melahirkan simpati dan datang sama mengucapkan takziah dan memberi semangat kepada orang Islam. Mereka tidak ditolak, sebaliknya diterima sebagai komuniti dalam masyarakat di New Zealand.
Sekian.

March 15, 2019

ANCAMAN RACUN KIMIA PENGAJARAN DARI KECUAIAN


ANCAMAN RACUN KIMIA: PENGAJARAN DARI KECUAIAN
(Fikrah Bangi: 176),
BBB,  08 Rejab 1440H. = 15 Mac 2019M. (Juma`at):
Pasir Gudang adalah kawasan industri terbesar di Johor sebagai koridur Selatan Malaysia. Sejak dibuka terdapat 254 kilang beroperasi di sana. Kilamg ini sepatutnya mengikut SOP yang sepatutnya mematuhi keperluan memberi maklumat apa jenis bahan kimia yang digunakan dan melaporkan bagaimana bahan-bahan berkenaan dilupuskan dan seharusnya ada  kawasan dan kaedah perlupusan yang dikawal oleh bahagian Alam Sekitar dan  Kerajaan Tempatan. Tetapi sejak berpuluh tahun, antara bahan-bahan beracun ini dibuang ke dalam sungai. Antara sungai yang menjadi mangsa ialah Sungai Kim Kim. Akibatnya sejak seminggu lepas (7.3.2019), keracunan bahan kimia mulai dikesan. Ianya bukan setakat apa yang terlarut di dalam air sungai tersebut, tetapi kesannya yang mengancam terbawa di dalam udara yang tersebar lima km.  radius mengancam penduduk di sekelilingnya, terutama murid-murid sekolah.  Sehingga semalam (14.3.2019 –Khamis).  statistik menunjukkan 111 buah sekolah dan beberapa pengajian tinggi  mengalami kesan toksik kimia beracun dan taman-taman kediaman penduduk. Mereka yang berada di dalam kawasan bahaya ini ialah 17,568penduduk. Daripada mereka 1,171 dirawat – melibatkan 336 pelajar. 397 daripada mereka dimasuk ke wad, 13 daripada mereka serius (bagaimana semalam tinggal  7 dirawat).
Ancaman dari racun kimia ini menyebabkan pihak berkuasa persekutuan dan negeri seperti kakitangan hospital, pihak bomba dan pertahanan awam, polis, kakitangan Jabatan Alam Sekitar, kakitangan Kerajaan Tempatan, Jabatan Pendidikan,  wakil-wakil rakyat parlimen dan DUN setempat , NGO-NGO dan berbagai agensi turun padang bersama-sama berusaha mengatasi ancaman racun toksik berkenaan. Kerajaan Negeri Johor telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM6.5 juta bagi membiayai operasi. Sultan Johor sendiri menderma sebanyak satu juta ringgit.
Kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besarnya telah memanjangkan persoalan kepada pihak kerajaan Persekutuan agar mengambil langkah bagi mengatasi ancaman. Perkara ancaman toksik ini dibawa ke sidang Parlimen yang sedang bersidang  sebagai usul tergempar  dan diterima oleh semua ahli Parlimen baik dari pihak kerajaan maupun dari pihak pembangkang. Usul yang dibawa pada sebelah petang 14.3.2019 dibahas oleh beberapa ahli Parlimen termasuk ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Abdul Karim yang menyesali peristiwa berlaku. Antara ahli Parlimen yang bercakap meminta supaya diketatkan prosedur agar  kilang dikehendsaki melaporkan bahan kimia yang dibawa masuk, termasuk bagaimana bahan berkenaan dilupuskan. Setiap kilang dikehendaki mempunyai tapak dan kaedah pelupusan. Wakil dari Pas Tuan Ibrahim Tuan Man merujuk kepada ayat Al-Qur`an (Al-Rum: 41), bahawa kerosakan di darat dan di laut adalah diakibatkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Beliau menyebut tentang perlunya ada hukuman yang berat perlu dikenakan terhadap mereka yang menyebabkan berlakunya keracunan kimia.
Situasi yang agak panik ini menyebabkan Tun Dr. Mahathir Perdana Menteri Malaysia mengambil keputusan turun sendiri ke Pasir Gudang bagi melihat sendiri  kesan  diakibatkan oleh bahan kimia dari Sngai Kim Kim, turut sama turun ke Pasir Gudang ialah Wan Azizah sebagai Timbalan Perdana Menteri. Bagaimana dalam sidang akhbar disampaikan oleh Perdana Menteri yang disertai sama oleh Timbalan Perdana Menteri, bahawa pihak kerajaan berpendapat, ``Tidak perlu diisytiharkan darurat, kerana keadaan masih terkawal. Banyak mangsa racun kimia telah pulih``.
Walau bagaimana untuk membersih Sungai Kim Kim perlu kepada peruntukan yang besar dan perlu pakar bagi mengendalikannya. Pertolongan adalah  perlu dari pihak Pusat.
Peristiwa keracunan kimia di Sungai Kim KIm adalah ingatan dan pengajaran bahawa:
·         Pengawalan alam sekitar perlu ditingkatkan dari segi SOPnya.
·         Denda yang lebih tinggi perlu dikenakan bagi mereka yang melakukan pencemaran.
·         Siapsiaga hendaklah diwujudkan secara berterusan, bukan bila berlaku baru hendak bertindak.
·         Kawasan yang berpotensi bahaya hendaklah terus berada di dalam perhatian dan pemantauan seperti kemungkina berlaku tsunami, pecahnya Empangan  Kenyir, gempa di Gunung Kinabalu, nahas kapal terbang dan sebagainya.
·         Latihan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa. Dan berbagai lagi.
Sekian.