BBB, 14
Zulhijah 1436 = 30 September 2015 (Isnin):
Mimpi memainkan peranan penting di dalam Kisah Nabi Yusuf. Sungguhpun mimpi ada yang bersifat karut dan tidak memberi erti apa-apa, tetapi mimpi yang berlaku peda Rasu-Rasul adalah `Mimpi Benar` juga ta`wilannya benar. Mimpi-mimpi berlaku pada Nabi Allah Ibrahim a.s. yang bermimpi Baginda menyembelih anaknya Ismail (al-Saffat: 102-103) yang dari peristiwa ini bermulanya tradisi berqurban pada Hariraya Idul Adhha. Nabi Yusuf juga menyatakan mimpinya kepada ayahnya Ya`kub, bahawa baginda melihat dalam mimpinya yang beliau melihat (bermimpi) sebelas bintang, matahari dan bulan semuanya dilihat sujud kepadanya (12.4). Ayahnya (Nabi Ya`kub) merasa bimbang dan menasihati Yusuf agar tidak menceritakan tentang mimpinya kepada saudara-saudaranya, bimbang kiranya akan berlaku angkara-angkara yang akan dilakukan oleh saudara-saudara Yusuf terhadap dirinya (12.5). Di dalam kisah Nabi Yusuf ini, Baginda sendiri disebut diajar oleh Allah dan diberi kemahiran untuk menta`wilkan mimpi-mimpi dan juga peristiwa-peristiwa (12.6).
Bagi orang biasa ta`wil mimpi menjadi satu
kaedah keilmuan yang dipelajari bagi menta`wilkan mimpi-mimpi yang ta`wil
berkenaan mungkin benar dan mungkin tidak benar. Bahkan perkembangan
daripadanya melahirkan ilmu yang dikenali dengan ilmu qiafah dan firasat yang
boleh memberi tafsiran sifat-sifat
fizikal seseorang dan kaitan dengan tingkah laku mereka (Taj al-Salatin,
Selenggaraan Khalid Hussain, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1966: 187-191).
Nabi Yusuf mengalami mimpi pada zaman
remajanya, Baginda juga diajar dan hasil dari pengajaran yang diterima dari
Allah melayakkan Baginda menta`wil mimpi-mimpi. Demikianlah semasa Yusuf berada
di dalam penjara, Al-Qur`an merakamkan ayat yang bermaksud:
``Dan masuklah bersama-samanya ke penjara dua
orag khadam raja (seorang pelayan minuman raja, seorang pembuat roti diraja),
salah seorang di antaranya (bertanya kepada Yusuf dengan ) berkata,
``Sesungguhnya aku mimpi melihat diriku memerah anggur`` dan berkata pula
seorang lagi, ``Sesungguhnya aku mimpi melihat diriku menjunjung roti atas
kepalaku, yang sebahagiannya dimakan oleh burung, (kemudian keduanya berkata),
``Terangkanlah kepada kami akan ta`birnya. Sesungguhnya kami memandangmu dari
orang-orang yang berbuat kebaikan (untuk umum) – (12. 36).
Nabi Yusuf telah memberi jawapan ta`wil mimpi
bagi kedua-duanya (keduanya dituduh meracun raja), bahawa seorang terselmat
(pembuat roti), manakala seorang yang benar-benar melakukan usaha meracun raja
melalui minuman dihukum bunuh (12.41).
Selepas takwilan yang dibuat terhadap mimpi
kedua-dua pelayan diraja itu, Yusuf terus berada di penjara beberapa tahun
lamanya (12.42).
Tersebutlah kisah tentang Raja Mesir pada masa
itu bermimpi, bahawa Baginda bermimpi, tujuh ekor lembu yang gemuk memakan
tujuh ekor lembu yang kurus, bersama mimpi itu juga Baginda melihat tujuh
tangkai gandum yang subur menghijau dan tujuh tangkai lagi yang kering kontang.
Mimpi itu diberitahu Baginda kepada pembesar-pembesar Baginda dan bertanya
kiranya ada di antara mereka yang mahir berkenaan dengan ta`wil mimpi.
Pembesar-pembesar berkenaan menganggap mungkin mimpi berkenaan sebagai teknan
perasaan. Tidak ada antara mereka yang mampu memberi ta`wilan terhadap mimpi
yang berlapisan itu (12. 43-44).
Berita berkenaan sampai kepada tukang masak
yang menyediakan roti kepada raja yang terlepas dari hukuman dalam pembicaraan
cubaan membunuh raja. Lantas beliau mengingati peristiwa yang berhubung dengan
mimpi mereka ketika bersama di dalam penjara. Maklumat tentang Yusuf yang mahir
berkenaan ta`wil mimpi itu, disampaikan kepada Baginda. Pekerja itu menawarkan
diri untuk menemui Yusuf yang diharap dengan kemahirannya menta`wil mimpi akan
dapat memberi jawapan terhadap mimpi yang dialami oleh Raja Mesir itu. Lantas
pekerja itu dihantar menemui Yusuf yang masih di dalam penjara itu (12. 45)..
Pertemuan pekerja dengan Yusuf digambarkan
oleh Al-Qur`an, bermaksud:
``(Apabila pekerja berjumpa dengan Yusuf
berkatalah ia kepadanya),``Yusuf, wahai orang yang benar ! Ta`birlah kepada
kami tentang mimpi, melihat tujuh ekor lembu yang gemuk, dimakan oleh tujuh
ekor lembu yang kurus, dan tujuh tangkai biji-bijian (gandum) yang hijau, serta
tujuh tangkai lagi yang kering, (ta`birkanlah supaya aku kembali kepada
orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka mengetahui akan ta`birnya
(12.46)..
Berhubung dengan mimpi berkenaan Yusuf
menta`birkan, maksud:
``Yusuf menta`bir, ``Hendaklah kamu menanam
bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu tuai,
biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya, kecuali sedikit dari bahagian yang kamu
gunakan untuk makan. Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun yang
bersangatan kemarau yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya,,
kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (sebagai benih). Kemudian datang pula
sesudah itu tahun yang padanya orang
ramai beroleh (rahmat) hujan dan padanya mereka dapat memerah hasil (anggur,
zaitun dan sebagainya (12.47-49).
Pekerja yang telah diutuskan supaya menemui
Yusuf di penjara, amat sukacita dan yakin dengan kebenaran ta`wilan Yusuf yang
dari pengalamannya bersama Yusuf, bahawa dia adalah seorang yang jujur,
berpengetahuan dan amat bijaksana. Bahkan penemuannya kali ini lebih
mengkagumkannya dengan wataknya sebagai seorang yang warak yang terpancar
darinya peribadi yang tinggi lagi mulia.
Pekerja berkenaan kembali ke istana dan
melaporkan berhubung dengan ta`wilan yang dibuat oleh Yusuf dengan penuh rasa
konfiden akan kebenarannya. Adapun Raja Mesir juga mendengar dengan penuh minat
dan perhatian bersama pembesar-pembesarnya. Mereka dapati takwilan yang besar
lagi penting bagi negara mesir dan rakyatnya serta masa depan mereka. Oleh
kerana isu yang berhubung dengan mimpi baginda itu penting dan takwilan yang
dibuat oleh Yusuf amat menyentuh masa depan negara dan rakyat Baginda, maka
Baginda memerintah pegawai-pegawai Baginda pergi menemui Yusuf di penjara dan
secara terhormat menjemput Yusuf ke istana bagi membincangkan persoalan yang
berhubung dengan ta`wilan mimpi Baginda dan membincangkan
kemungkinan-kemungkinan dan persediaan yang harus dibuat bagi menghadapi
pertukaran musim yang akan berlaku.
Episod `Yusuf Dalam Penjara` memberi kewajaran
jalan cerita dengan perubahan plot dari kehidupan sebagai anak angkat pembesar
Al-Aziz, kepada Isu Zulaikha dan penjara adalah rentetatan kewajaran yang akan
membersihkan nama Yusuf, bahkan dengan bakal pertemuan Yusuf dengan Raja Mesir akan
lebih merubah kedudukan dan masa depan Yusuf.
Sekian.
No comments:
Post a Comment