BBB, 23
Zulhijah 1436 = 07 September 2015 (Isnin):
Tafsir Fi Zilal Al-Qur`an boleh disifatkan sebagai antara tafsir besar. Terdiri dalam 6 jilid (Cetakan Dar- Shuruq, Al-Qahirah-Beirut (1400H.= 1980M.) berjumlah 4018 halaman. Sebelum diterbitkan oleh Dar al-Shuruq pernah diterbitkan oleh penerbit-penerbit lain. Haq kepengarangan secara rasmi diambilalih dan diwarisi pengurusannya oleh adik Syed Qutb, iaitu Muhammad Qutb sebagaimana difahamkan dari surat Muhammad pada awal bagi penerbitan pada jilid pertama yang hak menerbitkan diberi kepada Penerbit Dar al-Shuruq Beirut. Ini sebagai makluman dari Dar-Shuruq dan tiada kata-kata alu-aluan dari penerbit selain dari maklumat bersifat surat dari Muhammad Qutb adik kepada Syed Qutb. Berikut dari surat ini terdapat Pendahuluan yang dibuat oleh Muhammad Qutb yang sebagai seorang sasterawan beliau mengungkap secara kreatif-intuitif bermaksud:
Pendahuluan (Terjemahan Penulis):
Bismi`l-Lahi`r-Rahmani`r-Rahim
Pada Zilal Al-Qur`an.
Kitab yang dengannya pentafsir hidup, dengan
roh dan fikiran dan perasaan bahkan kehidupannya keseluruhan.
Hidup pengarangnya detik demi detik, buah
fikiran demi buah fikiran dan lafaz demi lafaz.
Lebih menarik ia adalah intisari ujian
kehidupan dalam alam keimanan.
Sesungguhnya kini tafsir ini dikembalikan
kepada pewaris yang asal, di tangan penerbit yang amanah.
Dia berikrar mementingkan penyebaran bernas
fikiran mendahului daripada menghimpun keuntungan.
Sesungguhnya menyebarkan bernas fikiran risalah
tertinggi, mengatasi ketamakan pendapatan.
Maka jadilah cetakan permulaan diterbitkan
oleh Dar Al-Shuruq, selepas perkecohan panjang percetakan tanpa keizinan.
Dia muncul dengan bentuknya yang baharu
seperti ini.
Tahiyyat dari kami dengan rihlah menyeberangi
permukaan bumi.
Kepada Pengarang yang Syahid.
Muhammad Qutb.
Demikian, tiada kata-kata alu-aluan dari
penerbit, selain ungkapan intuitif dari Muhammad Qutb.
Berikutnya adalah Kata-Kata Pendahuluan dari
Pengarang/Pentafsir secara yang agak panjang memakan ruang sebanyak 8 halaman.
Sekali lagi Syed Qutb yang juga seorang Penulis, Pentafsir dan Sasterawan juga
mengungkapkan Kata-Kata Pendahuluan secara kreatif-intuitif-rohaniah dan
imaginatif. Antaranya:
Bismi`l-Lahi`r-Rahmani`r-Rahim
``Kehidupanku Di Bawah Bayangan Al-Qur`an
adalah satu nikmat. Nikmat yang tidak dapat merasainya melainkan yang
mengecapinya. Nikmat yang menghantarkan umur dengan keberkatan dan kebersihan.
Dan al-Hamdulillah, sesungguhnya, tertumpu
kehidupanku Di Bawah Bayangan Al-Qur`an penghujung dari kehidupan. Kukecapi
nikmat kehidupan yang tidak kunikmati sebelumnya dalam kehidupanku. Kukecapi
nikmat ini mengiringi umurku dengan berkat dan kebersihan.
Sesungguhnya seperti ku mendengar Allah
Subhanahu wa Ta`ala bercakap kepadaku dengan ini Al-Qur`an.. Akulah hamba yang kecil lagi kerdil.
Kemuliaan insan dengan kemuliaan yang tinggi lagi mulia. Meningkat umur dengan
meningkatnya tanzil ? Yakni ke maqam yang mulia yang menjemput kepada insan
oleh Pencipta Yang Mulia.
Demikianlah Syed Qutb mengulangi ungkapan ayat `Kehidupanku - `Ishtu`- Aku telah hidup, sejumlah 9 kali yang diikuti dengan ungkapan bersifat
intuitif, imaginatif, kreatif dan rohani. Antaranya katanya lagi (pilihan):
Kehidupanku Di Bawah Bayangan Al-Qur`an
kumerasakan kesesuaian yang indah antara gerakkerja insan sebagaimana
dikehendaki Tuhan dan gerakan alam sebagaimana diciptakan Allah ...
Kehidupanku Di Bawah Bayangan Al-Qur`an,
tenang diri, aman kedudukan dan tenteram damir.
Demikianlah dalam ungkapannya pentafsir
membawa ayat-ayat Al-Qur`an sebagai pengukuh ungkapan misalnya bila berbicara
tentang kekuasaan Allah dibawa ayat bermaksud (Dialah Berkuasa di atas
hambanya. Dia bersifat Hakim lagi Khabir). Bila berbicara dengan pergantungan
pada Allah dibawa ayat bermaksud (Barangsiapa bertakwa kepada Allah diberinya
jalan keluar dan diberikan rezeki tanpa disangka-sangka). Demikianlah ayat-ayat
Al-Qur`an selalu dipetik sebagai sandaran pembicaraan.
Sudut pandangan Syed Qutb, bahawa pentafsir
melihat segala peraturan yang dicipta Allah, sebenarnya pada hakikatnya adalah,
``Insan dengan kainat ciptaan Allah, dengan `aynnya, dengan fitrahnya dan
kecenderungannya dan persediaannya, sebenarnya dia mengambil dan mengikut
`Manhaj Ilahi` yang telah digariskan kepadanya yang dalam perjalanan kualiti
boleh meningkat kepada kesaempurnaan yang nisbi sifatnya. Manhaj berkenaan
dibawa oleh Al-Qur`an. Manhaj Ilahi adalah Manhaj Hakiki bagi pembinaan
kewujudan ini.
Kata Syed Qutb, ``Penghujung dari hayatku – Di
Bawah Lindungan Al-Qur`an` mencapai keyakinan yang kukuh dan teguh. Dan
sebaik-baiknya ialah kembali kepada Allah sebagaimana ditajalli seperti Di
Bawah Bayangan Al-Qur`an. Kata Syed Qutb lagi:
``Sesungguhnya syariat Allah kepada insan
hanya sebahagian kecil dari kanunnya yang bersifat keseluruhan.`
(Syed Qutb, Fi Zilal al-Qur`an, Jil. 1, Dar
al-Shuruq, Qahirah-Beirut: 1400/1980: 11-18).
Intisari yang merumuskan pandangan Syed Qutb
dari tumpuan dan penghayatannya terhadap Al-Qur`an, bahawa tiada lain melainkan
Al-Qur`an ialah Manhaj yang digaris Allah menjadi panduan bagi kehidupan untuk
kejayaan dunia dan akhirat. Tekuni dan hayatilah Al-Qur`an yang ditafsirkannya.
Sekian.
No comments:
Post a Comment