BBB,
25 Jamadil Awwal 1438H. = 22
Februari 2017M. (Rabu):
Abu Hamzah sebagaimana dinisbahkan pada
namanya -`Al-Khurasai` adalah tinggal di
Khurasan. Asalnya dari Naisabur dari satu tempat bernama Mulqabadz. Dia adalah bersahabat
dengan Al-Junayd
Dan bermusafir bersama Abu Turab
al-Nakhshabi dan Abi Sa`id al-Kharraz. Dia member i fatwa di kalangan shaykh
dan terwara` di kalangan mereka itu. Beliau meninggal (m. 290H.).
Berkata Abu Hamzah, ``Siapa yang merasa dan
mengingati mati, dia suka menggunakan baki hayatnya dengan baik. Dia sedar
dengan setiap sesuatu adalah fana.``
Abu Hamzah berkata, ``Al-`Arif ialah yang
berwaspada dengan hidupnya hari demi hari dan teliti dengan perbelanjaan
kehidupan hari demi hari.``
Seorang lelaki telah meminta wasiat dari
Abi Hamzah, maka katanya,
``Bersedialah dengan bekalan untuk
pelayaran (musafir). Bekalan engkau untuk pelayaran ialah apa yang ada di
tangan engkau.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Aba al-Tayyib al-Makki berkata,
Aku mendengar Aba Hamzah al-Khurasani berkata, ``
``Aku kekal melarang diriku menanggung
beban bermusafir, setiap tahun hanya
sekadar seribu farsakh, tiap hari dari naik matahari hingga kepada jatuhnya (ghrubnya). Apa yang halal bagiku aku
hadkan.
Aku mendengar Aba al-`Abbas al-Baghdadi ,
berkata, aku mendengar Aba Jaa`far al-Farghani berkata,, berkata Abu Hamzah
al-Khurasani:
``Siapa yang menasihat dirinya mulia diri
dengannya, siapa yang sebok dengan yang lain, maka hina diri dengannya.``
Dengan sanad yang sama, maka dikatakan
bahawa Hamzah disoal tentang `al-uns`` maka katanya,
``Sempitkan dada dari mu`asharah bersama
makhluk..``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Hamzah
al-Khurasani, ``Yang dagang liar dari jinak berhubungan.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Hamzah
al-Khurasani, ``Orang yang `arif takut hilang daripada apa yang dikurniai,
orang yang takut, takut hilang daripada apa yang dijanji. Dan orang yang arif
mempertahankan kehidupannya hari demi hari dan mengambil kehidupannya hari demi
hari.``
Dengan sanad yang sama disoal Abu Hamzah
al-Khurasani, ` `Siapa sufi ?`` Maka
katanya,
``Orang membersih daripada segala kotoran,
maka tidak kekal padanya kotoran
berlain-lainan dari segi hal.``
Aku mendengar Aba al-`Abbas berkata, aku
mendengar Aba Jaa`far al-Farohani berkata, berkata Abu Hamzah, ``Siapa yang
tidak mementingkan dirinya, maka dekat hatinya muwafaqat dengan Tuannya.``
Dengan sanad ini yang sama, aku mendengar Ab Hamzah, sesungguhnya ia
ditanya seorang lelaki, maka katanya, ``Wasiatkan padaku,, maka berkata Abu
Hamzah,, ``Bersedialah dengan bekalan engkau untuk bermusafir yang antara diri
engkau, maka seolah-olah aku bersama engkau dan engkau dalam jumlah, yang
bertolak dari kediaman engkau, maka bersedialah dengan diri engkau dan jangan
turun padanya – Apabila turun ahli sufi rumah mereka, supaya dia tidak kekal
berduka cita.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Hamzah
kepada setengah sahabatnya,
``Takutlah dari tidak berlaku adil,
harapkan kurnia kelebihan, engkau tidak aman dari tipu daya, kalaupun di dalam
syurga, di dalam syurgalah berlaku kepada bapa engkau Adam apa yang berlaku,
terkadang terputus dari kaum padanya,
maka dikatakan kepada mereka maksud dari ayat Al-Qur`an:
``Makan dan minumlah kamu akan makanan dan
minuman sebagai ni`mat yang lazat dan baik kesudahannya dengan (amalan-amalan
salih) yang telah kamu kerjakan pada masa yang lalu (di dunia).`` (Al-Haqqah:
24).
Maka seboklah mereka dengan makan dan
minum, tidak ada tipu daya di atas dari
ini dan dan tidak keinginan (hasrat) lebih besar daripada itu.``
Dengan sanad ini berkata Abu Hamzah
al-Khurasani, ``Siapa yang dikhaskan Allah Ta`ala dengan pandangan kasihan
belas, maka inilah pandangan yang diturunkan pada tempat-tempat diturunkan ahli al-sa`adah dan
dihiaskan dengan kebenaran zahir dan batin.``
Dengan isnad ini juga ditanya Abu Hmzah
al-Khurasani, ``Adakah bercabang kasih orang yang kasih kepada sesuatu yang
lain dari yang dikasihinya ?, maka katanya `Tidak`, kerana bala itu berterusan,
kesukaan terputus-putus, dan kelaparan bersambung yang tidak diketahui
melainkan oleh yang mengalamai bahananya.``
Dan dia berpuisi:
Keras hati yang keras tanpa sendu
Setiap bala derita bersama penemu.
Dengan sanad yang sama katanya, mendengar
Abu Hamzah terhadap sahabatnya dan dia sedang mencela setengah kawan-kawannya
di atas kenyataan wajdan, bahkan dikuasai hal ke atasnya dan menzahirkan
rahsianya di dalam majlis yang padanya berlaku percanggahan pendapat, maka kata
Abu Hamzah, ``Ringkaskan wahai saudara, soal wajd yang berlaku ada perbezaan,
jangan jadikan semua tempat bersamaan dan `ayn sebagai `uyun yang satu, tiada
cela dengan pengalaman perseorangan berlainan dengan secara ramai yang boleh
membawa percanggahan. Seeloknya sebagai ungkapan (puisi) Ibn Rumi
Biarlah yang mencintai jangan dikeji kerana
Sekeji ubat menyakitkan bukan pada tempat
Janganlah padam apa yang dialami dengan
kecelaan
Bagai api yang membakar kemudian sukar
dipadam.
Demikian pendapat Abu Hamzah al-Khurasani
yang dapat direnungkan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment