February 24, 2017

KATA-KATA ABU BAKAR AL-SHIBLI - SEBAHAGIAN


BBB, 26 Jamadil Awwal 1438H. =  23 Februari  2017 (Khamis):
Nama penuh bagi Abu Bakar al-Shibli ialah Dulaf Ibn Jahdar al-Shibli. Dikatakan namanya Jaa`far bin Yunus, sebagaimana didengar oleh Husain bin Yahya al-Shafi`e, dia menyebut sedemikian, demikian katanya aku melihat di Baghdad, sebagaimana tertulis di atas kuburnya. Dia berketurunan Khurasan (dari Ashrushanah), tetapi dilahir  (di Samurra) dan mendapat pendidikan di Baghdad. Dia bersahabat dengan Al-Junayd dan orang yang sezaman dengannya dengan berbagai shaykh. Dia adalah satu-satunya pada zamannya yang tinggi dari segi hal dan keilmuan. Menyertainya di dalam Majlis taubat ialah Khair  al-Nassaj.  Ia adalah menurut madzhab Maliki dan faqih di dalam madzhab berkenaan. Beliau lanjut umur sehingga  87 tahun dan meninggal di Baghdad pada Dzil Hijjah tahun (m. 334H.). Dikuburkan di perkuburan Khabarzan.
Aku mendengar al-Ustadz Aba `Ali al-Daqqaq r.h.a. berkata, bahawa Al-Shibli  mengurangkan tidur kerana tumpuan kepada ibadat.
Aku mendengar Shaykh Aba `Abd al-Rahman  al-Sulami berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas al-Baghdadi berkata, adalah Shibli r.h.a. berkata pada akhir-akhir hayatnya,
Berapa daripada tempat kalau ku mati padanya
Nescaya aku dengannya menjadi pengingat jua.
Adalah Shibli bila tiba bulan Ramadhan dia meningkatkan ketaatan dan dia berkata, ``Bulan Ramadhan adalah bulan diperbesarkan Tuhan, semoga aku antara yang awal membesarkannya. Demikianlah kata Al-Qushairy sebagaimana didengar hikayat dari Abi `Ali tentangnya.
Menurut `Abdul Rahman Al-Sulami di dalam Tabaqat al-Sufiyyahnya, Al-Shibli mempunyai sanad Hadith yang bersambung kepada Rasulullah s.a.w., iaitu:
Bercakap kepada kami `Abdul Wahid bin al-`Abbas, bercakap kepada kami `Ali al-Jamal berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Shibli berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Mahdi al-Misri, bercakap kepada kami `Amru bin Abi Salamah, bercakap kepada kami S*adafah bin `Abdullah, daripada T*alhah bin Zaid daripada Abi Farwah al-Rahawi daripada `At*a` dari Abi Sa`id berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w. kepada Bilal bermaksud:
``Takutlah kepada Allah dalam keadaan faqir dan jangan menemuiNya dalam keadaan (rasa) kaya. Berkata ia, ``Wahai Rasulullah, Bagaimana bagiku yang demikian ? Bersabda Baginda,
``Apa yang diminta dari engkau, maka jangan ditegah, apa yang direzekikan kepada engkau jangan engkau sembunyikan, Katanya (Bilal), Wahai Rasulullah, ``Bagaimana denganku yang demikian ?
Maka bersabda Baginda, ``Demikianlah, dan jika tidak maka api neraka !.``
Aku mendengar  Mansur bin `Abdullah al-Harawi berkata, ``Aku mendengar Shibli yang dikatakan baginya,  ``Bahawa Aba Turab menyebut, bahawa dia lapar di luar kawasan perkampungan, maka diangankan melihat seluruh kawasan itu makanan dan katanya ``Seorang hamba mendapat rahmat sampai kepada tempat yang sebenar, necaya dia adalah sebagaimana  bermaksud, ``Aku di bawah bayang  kasih Tuhanku,  dia memberiku makan dan minum.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,  aku mendengar `Umar al-Muzawwiq berkata, aku mendengar Al-Shibli, dia disoal tentang ``Menunai janji, maka katanya, ``Ianya ikhlas dengan percakapan dan tiada rahsia oleh kebenaran.``
Aku mendengar Aba Bakr, Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata,, aku mendengar Shibli berkata, `` Apa yang engkau sangka ilmumu  sebagai ilmu  `ulama` ia adalah tohmah.``
Dan katanya, aku mendengar  dikatakan, ``Adalah Shibli apabila melihat kepada sahabat-sahabat yang bermusafir maka dia melihat kepada barang-barang bawaaan pelayaran, maka katanya, ``Keperluan yang tidak dapat dipisahkan, walaupun sebenarnya adalah gangguan !``
Aku mendengar Aba al-Qasim al-Nasr Abadhi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Tasawuf ialah  membetulkan pancaindera engkau dan mengawal nafas-nafas engkau.``
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata, ``Tasawuf ialah berjinakan dan berlembutan.``
Aku mendengarnya berkata,  aku mendengar Muhammad bin al-Fadhl berkata, aku mendengar Al-Shibli ditanya, ``Bila seseorang itu menjadi murid ?``. Maka katanya, ``Apabila bersamaan halnya ketika di dalam bermusafir, di dalam hadir (kebiasaan), di dalam nyata dan ghaib.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Hasan al-Baghdadi berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Kamu  dalam peliharaan` dan aku ``ditegakkan.``.
Aku mendengar Aba al-Qasim, `Abdullah bin Muhammad al-Dimashqi berkata,
``Adalah aku pada suatu hari berada di dalam halaqah pengajian Al-Shibli, tetapi dia menangis dan tidak bercakap. Maka seorang lelaki bertanya,
``Wahai Aba Bakr, ``Adakah  ini adalah tangisan keseluruhan ? Maka dia menjawab secara berpuisi, katanya:
Apabila dia mencela atau yang lain turut mencela daku
Mengadu tentang perbuatanku dan membilang kejahatanku
Manakah yang sepanjang masanya marah dan mengejek
Aku cuba melakukan kebaikan pada setiap hari terbaik.
Demikian sebahagian dari kata-kata Al-Shibli.

Sekian.

No comments:

Post a Comment