February 20, 2017

UNGKAPAN ABU AL-HASAN BIN AL-S*ANI` AL-DAINURI


BBB,  22 Jamadil-Awwal  1438H. = 19 Februari 2017 (Ahad):
Abu al-Hasan bin al-S*ani` al-Dainuri, nama lengkapnya ialah `Ali bin Muhammad  bin Sahl. Tinggal di Mesir dan meninggal di sana (m. 330H). Dia adalah salah seorang dari shaykh-shaykh sufi pada zamannya, sebagaimana  dikatakan:
Aku mendengar Aba `Uthman al-Maghribi berkata, ``Aku tidak pernah melihat pada orang yang kulihat dari kalangan shaykh-shaykh lebih bercahaya daripada Abi Ya`qub al-Nahrajuri dan tidak ada sebanyak kehaibatan daripada Abi al-Hasan bin al-S*ani` al-Dainuri.
Sebagaimana Abu `Uthman ditanya tentang  Abu al-Hasan,  dikatakan:
``Aku bertanya Abu al-Hasan adakah dia dari kalangan salikin ?``, maka katanya,
``Dia adalah dari kalangan yang bekerja (al-mu`amilin) dari kalangan yang ikhlas (al-mukhlisin) dalam muamalah.``
Abu al-Hasan al-Dainuri  mempunyai sanad di dalam Hadith yang menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w.
``Mengkhabarkan daku `Umar bin Muhammad bin `Iraki al-Misri sebagai ijazah, bahawa `Ali bin Sahl al-Zahid al-Dainuri  bercakap kepada mereka, berkata bercxakap kepadaku `Abdullah bin Muhammad bin Bashshar berkata, bercakap kepada kami Muslim bin Ibrahim, bercakap kepada kami Hammad bin Salamah, bercakap kepada kami `Ali bin Zaid daripada `Uqbah, daripada S*ahban daripada Abi Bakrah daripada Nabi s.a.w. pada firman Allah  Ta`ala bermaksud:
``Sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian.`` (Al-Waqi`ah: 39-40). Sabda Baginda, ``Kedua-duanya dari umat ini.``.
Disoal Abu al-Hasan Ibn al-S*ani` al-Dainuri daripada dalil dengan penyaksian terhadap yang ghaib, maka katanya, bagaimana dapat dijadikan dalil dengan sifat yang tidak sama umpamanya dan tidak bergerak seumpamanya.
Mengkhabarkan kami oleh `Umar bin Muhammad bin `Iraki berkata, disoal Abu al-Hasan daripada sifat murid. Maka katanya sifatnya sebagaimana firman Allah `Azza wa Jalla bermaksud:
``Hingga apabila bumi yang luas ini terasa sempit kepada mereka, dan hati mereka pula menjadi sempit, serta mereka yakin bahawa tidak ada tempat untuk mereka lari dari kemerkaan Allah, melainkan kembali kepadaNya.`` (Al-Taubah: 118).
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Hasan:
``Siapa yang berterusan didominasi masalah keduniaan yang mengganggu, maka hendaklah dia ingat
Kedukaan yang berterusan, nescaya dia dapat istirihat daripadanya.
Dengan sanad yang sama, berkata Abu al-Hasan, dia disoal, ``Apakah yang wajib bagi kawan-kawan apabila mereka berhimpun ?, maka katanya,
``Berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Hendaklah mereka berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.``  (Al-`As*r:  3).
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali berkata, aku mendengar AL-Duqqi berkata, berkata Abu Hasan Ibn al-S*aigh, ``Sayugia bagi murid meninggalkan dunia dua kali, dengan meninggalkannya pada satu kali dengan kemewahan dan kenikmatan dan warna warni berbagai makanan dan minuman dan semua yang ada padanya. Dan apabila dikenal dengan meninggalkan dunia kelebihan dan kemuliaan, maka sayugia ditutup yang demikian halnya dengan menerima keahlian supaya tidaklah sebutannya, pada peninggalan dunia, sebagai dosa yang dia lebih besar dari menerimanya kepada dunia dan tuntutan padanya atau fitnah yang lebih besar daripadanya.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Hasan, ``Daripada rosaknya tamak oleh kerana angan-anagan dan harapan.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Hasan, ``Adalah setengah shaykh kami berkata, ``Siapa yang mendedahkan  bagi yang dikasihi, akan berlaku ujian, bala kepada dirinya.``
Dengan isnad yang sama berkata Abu al-Hasan, ``Ahli mahabbah di dalam nyalaan api shauqnya pada yang dikasihi, mereka nikmat dalam bakaran cinta seperti  bayangan nikmat syurga.
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-Hasan, ``Cinta engkau pada diri engkau dialah yang merosakkannya.``
Dengan sanad yang sama disoal Abu al-Hasan, ``Apakah itu ma`rifat ?`` Maka katanya, ``Melihat apa yang dikenal pada sekalian ahwal dan lemah dari menunaikan kesyukuran ni`mat, daripada segala wajah dan mengucap  tentang tiada dan kekuatan, pada tiap suatu, melainkan dengan Allah.``
Dan dengan sanad yang sama disoal Abu al-Hasan, ``Dengan apakah yang memberi kesenangan bagi yang bercinta dalam mahabbah ?`` Dan dengan apakah yang merehatkan hatinya dari goncangan ?
Maka dijawab secara berpuisi:
Kalau aku minum serbat, tidaklah aku terasa
Aku tidak terkaya dari engkau, walaupun kaya.
Dengan sanad yang sama kata Abu al-Hasan, ``Al-Ahwal seperti lintasan kilat, apabila bertempat, maka ianya sebagai sesuatu yang baru bagi diri dan menyesuaikan sebagai tabiat diri.``
Demikian ungkapan Abu  al-Hasan  bin Al-S*ani` al-Dainuri yang antaranya begitu mencabar untuk dimengerti.

Sekian.

No comments:

Post a Comment