BBB,
03 Jamadil-Awwal 1438H. = 31 Januari 2017M. (Selasa):
Nama lengkapnya ialah Abu `Abdullah Ahmad
bin Yahya al-Jala`, berasal dari Baghdad. Tinggal di Ramlah dan Damshiq. Dia
adalah dari kalangan Shaykh terkenal di Sham, berkesempatan bersahabat dengan
Abu Turab al-Nakhshabi, Dzu al-Nun al-Misri dan
Abu `Ubaid al-Busri. Antara gurunya ialah Muhammad bin Da`wud al-Duqqi. Dia adalah seorang yang alim lagi wara`.
Adalah dikatakan, ``Bahawa imam sufi adalah
tiga dan tiada keempat, iaitu Al-Junayd
al-Baghdadi, Abu `Uthman di Naisaburi dan Abu `Abdullah bin al-Jala` di Sham.
Berkata
Ibn al-Jala` , ``Siapa yang bersamaan padanya puji dan keji, maka dia
orang yang zahid. Siapa yang menunaikan kewajipan-kewajipan fadhu pada awal-awal
waktu, maka dia adalah orang `abid dan siapa melihat perbuatan-perbuatan
keseluruhan daripada Allah `Azza wa
Jalla, maka dialah orang muwahhid, dia tidak melihat melainkan `Wahid`.
Berkata Muhammad bin `Abdullah al-Razi
berkata, aku mendengar Aba `Amrin al-Dimashqi berkata, aku mendengar Aba
`Abdullah al-Jala` berkata:
``Kebenaran menuntut disertai kekuatan di
dalam percakapan dan kekuatan sokongan . Siapa yang berusaha menegakkan
kebenaran kadang mengundang bala dengan berbagai ujian. Jauhilah kamu dari
menuntut kedudukan sebagai orang penting (besar).``
Dan dengan sanad yang sama di atas berkata,
aku mendengar Aba `Abdullah berkata,
``Siapa yang sampai dengan diri ke martabat
di atas, maka dia akan jatuh, siapa yang tidak
berebutan, dia kekal dengan kedudukan.``
Dan dengan sanad yang sama dia berkata, telah menanyanya
seorang lelaki, ``Apakah syarat bersahabat dengan makhluk, maka katanya, ``Jika
engkau tidak diganggu kedudukan dia tidak menyakitkan dan jika engkau
tidak menyukakannya dia merosakkan kamu.``
Katanya, berkata Abu `Abdullah, ``Jangan mempersiakan (merosak) hak saudara
engkau, berusahalah bagi mengekalkan mawaddah dan kebenaran, kerana Allah
Ta`ala memfardhukan ke atas setiap orang mu`min hak-hak, maka jangan mempersia-siakan,
melainkan orang yang tidak menjaga hak-hak Allah.``
Katanya, disoal Abu `Abdullah, Bagaimanakah dengan
malam-malammu yang mesra ? Maka dijawab oleh Abu `Abdullah secara berpuisi:
Siapa yang tak bermalam dan kekasih liar
hatinya
Tidaklah diketahui bagaimana debaran dadanya.
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Jaa`far
berkata, aku mendengar al-`Abbas bin al-`Is*am berkata, aku mendengar Aba
`Abdullah bin al-Jala` berkata,
``Seseorang hamba memerlukan sesuatu yang
boleh dia mengenal dengannya sesuatu.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi
berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali berkata, berkata seorang lelaki kepada
Abi `Abdillah, ``Apa pendapat engkau tentang seorang lelaki yang masuk ke
kampung tanpa bekalan ? Dia menjawab, `` Maka ini adalah tindakan rijal Allah
`Azza wa Jalla, Dia berkata, ``Kalau dia
mati ? Dia berkata, hukuman dan pampasan terhadap pembunuh !.
Berkata Abu `Abdullah, ``Perhatian kamu terhadap rezeki semata-mata boleh
melupakankan engkau dari Yang Berkuasa dan engkau mengharapkan kepada makhluk
sahaja.``
Kata Abu `Abdullah, ``Perkara yang haqq
dicampur dengan yang batil boleh mengeluarkan dari harga kebenaran. Kebenaran
seharusnya bersih dari kebatilan.``
Berkata Abu `Abdullah lagi, ``Pengubahan
dari yang haqq menyekat dari penujuan jalan yang benar dan tidak aman bagi
seseorang bagi penyampaian bagi tujuan. Jangan jadi makhluk tercari-cari jalan yang betul dan baik.
Bahkan jangan jadikan mereka di dalam keadaan z*ann dengan kebenaran, kerana ia
boleh terbawa kepada kebatilan. Maka mereka tidak sampai kepada yang dituju dan
jangan biarkan mereka di dalam kekeliruan dan tiada jalan penyelesaian dan
pencerahan.``
Berkata Abu `Abdullah, ``Dunia luas
meninggi, banyak rahmat dan kurnia
Ilahi. Kiranya disembunyi dari mereka kenyataan nescaya kamu hilang kepercayaan.
Berpuisi Abu `Abdullah sebagaimana ungkapan
berikut:
Kita ketemui di dalam negeri yang kita
bertandang
Mereka mengucap selamat datang dan hormat
jiran.
Bermaksud jika kita seorang yang baik,
memberi manfaat kepada orag ramai, maka kita dihormati orang dan dengan sifat
dan sikap sedemikian, ke mana pergi
dihormati dan diselamat datang, bahkan diberi keselesaan dan dapat hidup scara
berjiran.
Berkata, bahawa Abu `Abdullah disoal tentang kebenaran (Al-Haqq)
, maka katanya:
``Apabila Yang Haqq itu Satu, maka wajiblah
yang menuntutNya terhadap Yang Satu.``
Berkata Abu `Abdullah, ``Munajat para
arifin terhadap Allah, tidak terhadap yang lainNya. Para murid juga menuju jalan sebagaimana mereka kepadaNya,
namun fana mereka di dalam penujuan.``
Berkata Abu `Abdullah, ``Siapa meninggikan
himmahnya terhadap al-kaun ciptaan dia sampai kepada Yang Mencipta al-kaun
berkenaan, siapa yang himmahnya tertumpu kepada Yang Haqq, dia –insya Allah
sampai kepada yang Haqq. Sesugguhnya Yang Haqq adalah Termulia dan Terunggul
dan hilang berdepan denganNya yang syirik.
Demikian ungkapan Abu `Abdullah di dalam berbagai kategori
ungkapan dari yang biasa kepada yang estetik, dari yang selapisan
kepada yang intuitif dan falsafah mendalam.
Sekian.
No comments:
Post a Comment