BBB, 10 Jamadil Awwal 1438H. = 07 Februari
2017 (Selasa):
Tokoh sufi seterusnya yang disusun oleh
Al-Qushairy, ialah Muhamnad bin `Ali al-Tirmidzi dan kunyahnya ialah Abu
`Abdullah. Dia adalah dari kalangan shaykh sufi terbesar di Khurasan pada
zamannya. Dia bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi, Amjad bin
al-Khudhrawayh, Ibn al-Jala` dan lain dari mereka. Dia juga menghasilkan
karangan-karangan yang masyhur. Dia juga banyak menyalin Hadith dan termasuk sebagai
rawinya. Contoh Hadith yang Muhammad `Ali
al-Tirmidzi sebagai salah seorang rawi
di dalam sanad Hadith berikut:
``Bercakap kepada kami Al-Qadhi Abu
Muhammad, Yahya bin Mansur, berkata, bercakap kepada kami Abu `Abdullah
Muhammad Ibn `Ali al-Tirmidzi, bercakap kepada kami Muhammad bin Rizam
al-Ubulli, bercakap kepada kami Muhammad bin `At*a` al-Hujaimi, bercakap kepada
kami Muhammad bin Nas*r daripada `At*a`
bin Abi Rabah, daripada Ibn `Abbas berkata:
``Bertilawah Rasulullah s.a.w. ayat ini
bermaksud, ``Wahai Tuhanku , perlihatkan daku, nescaya aku melihat kepada
Engkau.`` (Al-A`raf: 143).. Maka berkata, berkata ia wahai Musa, bahawasanya
dia tidak melihatku secara hidup, melainkan dia mati, dan tidak yang kering,
melainkan bergolek dan tidak yang basah, melainkan pecah. Dan adapun yang
melihatku ialah ahlu syurga yang tidak mati penglihatan mereka itu dan tidak
rosak jasad mereka itu.
Disoal Muhammad bin `Ali tentang sifat
makhluk, maka dia berkata, ``Lemah lahir dan dakwaan meluas.``
Dan berkata Muhammad bin `Ali, ``Aku tidak
mengarang sehuruf daripada tadbirku dan tidak dinisbah kepadaku sesuatu
darinya, akan tetapi apabila bersangatan tertekan aku berhibur dengannya
(menulis).
Mendengar Mansur bin `Abdullah berkata,
berkata Muhammad bin `Ali al-Tirmidzi, ``Tidaklah berjaya di sana dengan banyak
amalan, adapun kejayaan di sana ialah dengan ikhlas amalan dan
mengelokkannya.``
Dengan sanad ini berkata Muhammad bin `Ali,
``Daripada syarat menjadi khadam ialah tawadhuk dan penyerahan.``
Dengan sanad ini juga berkata Muhammad bin
`Ali, ``Manusia di dalam mendengar hikmat ada dua:
Yang berakal dan yang bekerja. Maka yang
berakal takjub, dia suka dengan apa yang
didengar. Adapun yang berkerja berbolak balik seolah hatinya hidup
melenggok.``
Dengan isnad ini berkata Muhammad bin `Ali,
``Tiada tanggungan di dunia lebih berat daripada bumi,, kerana bahawasanya
siapa yang diberkati dia dipercayai dan siapa yang renggang dia terpisah.
Dan dengan sanad yang sama kata Muhammad
bin `Ali, ``Memadalah seorang yang mengalami keaiban menggembirakannya daripada
apa yang memudharatkannya.``
Aku mendengar dari Aba al-Husain al-Farisi
berkata aku mendengar al-Hasan bin `Ali berkata, aku mendengar Muhammad bin
`Ali al-Tirmidzi berkata, ``Do`a orang
mengesakan Allah dengan salawat lima, rahmat ke atas mereka, menyediakan bagi
mereka warna-warni bagi tamu bagai sambutan raya, daripada semua suasana dan
kelebihan, sesuatu daripada hadiah, menyediakan makanan, minuman sebagai pengantin bagi muwahhidin.``
(Kandungan ungkapan di atas tidak
mencerminkan situasi ketasawufan, tapi diperturunkan lantaran banyak petikan
seterusnya berasaskan sanad di atas).
Dengan sanad ini berkata Muhammad bin `Ali,
``Orang berakal ialah mereka yang takut kepada Tuhannya dan muhasabah tentang
dirinya.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin
`Ali, ``Siapa yang jahil tentang sifat-sifat kehambaan, maka dia lebih jahil
tentang sifat-sifat Ketuhanan.
Dengan sanad yang sama kata Muhammad `Ali,
``Lima jenis kebaikan bagi lima keadaan, kebaikan bagi anak-anak ialah belajar
menulis di madrasah, kebaikan bagi pencuri ialah di dalam penjara, kebaikan
wanita ialah di rumah, kebaikan bagi
pemuda ialah belajar ilmu, kebaikan bagi yang dewasa ialah di masjid.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin
`Ali, Allah Ta`ala menjamin kepada hambanya rezeki dan memfardhukan kepada
mereka bertawakkal.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad
bin`Ali, ``Hakikat cintakan Allah ialah berterusan mesra mendzikiriNya.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin `Ali,
``Orang mu`min bermanis muka berhati mulia, sedang orang munafik keruh wajah dan berhati gundah.``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin
`Ali, ``Dunia pengantin raja-raja, cermin para zuhhad, raja-raja menanggung
tanggungjawab dipersoal dan para zuhhad memerhati kekejian, maka
ditinggalkan,``
Dengan sanad yang sama kata Muhammad bin
`Ali, ``Jadikan muraqabah engkau bagi yang ghaib dari perhatiannya kepada
engkau. Dan jadikanlah syukur engkau bagi siapa yang tidak terputus nikmat
diterima dariNya dan jadilah khudhu`
engkau bagi siapa yang engkau tidak keluar dari milikNya dan kekuasaanNya.
Dengan sanad yang sama, berkata Muhammad
bin `Ali, ``Kawallah hati dengan sempurna takut dan kawallah nafsu dengan
sempurna taqwa.``
Dengan sanad ini disoal Muhammad bin
`Ali, ``Adakah orang yang bercakap –
seperti berceramah tidak bimbangkan kekejian
akibat ? Katanya sepatutnya dia gerun dan bimbang (dari kesilapan).
Selalunya keluar berguguran percakapan.
Perlu ada persediaan dan saringan persendirian.
Ssungguhnya Allah tidak suka kepada perkara yang boleh membawa kepada
kekeruhan.
Demikian ungkapan-ungkapan Abu `Abdullah
Muhammad bin `Ali al-Tirmidzi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment