February 9, 2017

PESANAN BERNAS ABU BAKAR AL-WARRAQ


BBB, 11 Jamadil-Awwal 1438H. =  08 Februari 2017M. (Rabu):
Tokoh sufi seterusnya ialah Abu Bakar al-Warraq. Nama penuhnya ialah Muhammad bin `Umar al-Hakim  yang berasal dari Tirmidz dan menetap di Balakh. Dia bertemu dengan Ahmad bin Khadhrawayh dan bersahabat dengannya dan dia juga bersahabat dengan Muhammad bin Sa`ad bin Ibrahim al-Zahid dan Muhammad bin `Umar bin Hushnam al-Balakhi. Dia menghasilkan kitab-kitab terkenal di dalam bidang riyadhat, mu`amalat dan adab.
Abu Bakar mempunyai sanad di dalam riwayat Hadith yang sampai kepada Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami oleh `Ali bin al-Husain al-Balakhi, berkata, bercakap kepada kami Muhammad bin Muhammad bin Hatim, bercakap kepada kami Abu Bakar Muhammad bin `Umar al-Warraq al-Balakhi, pada keistimewaan wanita, katanya,  mengkhabarkan kepada kami Abu `Imran, Musa bin H*izam, bercakap kepada kami Abu Usamah, daripada `Umar bin Hamzah, daripada `Abdul Rahman bin Abi Sa`id, daripada Abi Sa`id al-Khudri berkata:
Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: ``Bahawasanya daripada sebesar-besar amanah di sisi Allah, lelaki yang mencurah rahsia pada perempuannya dan dia (perempuan) mencurahkan rahsia kepada nya (suaminya), kemudian  [tanpa amanah] dia menyebarkan rahsia  isterinya.``
Aku mendengar Shaykh Abu `Abdul Rahman al-Sulami berkata, aku mendengar  Aba Bakr al-Balakhi berkata, aku mendengar  Aba Bakr al-Warraq berkata, ``Jikalaulah dikatakan bagi orang tamak, , ``Siapa bapa engkau ? Dia berkata, syak pada yang ditakdirkan. Dan jikalau dikatakan, apakah pekerjaan engkau ?, maka dikatakan, ``Melakukan kehinaan, dan jikalau dikatakan, apakah puncak tujuan engkau ? Maka dikatakan `Larangan`.
Adalah Abu Bakar al-Warraq menegah sahabat-sahabatnya dari bermusafir dan melancung, dan dia berkata, ``Kunci segala keberkatan ialah sabar di tempat kehendak engkau, sehingga sahlah bagi engkau iradat, apabila sahlah iradat berkenaan, maka zahirlah kepada engkau permulaan berkat.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ahmad bin Ya`kub al-Tirmidzi berkata, aku mendengar Aba Dharr al-Tirmidzi berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata,
``Manusia ada tiga kategori: `ulama, umara` dan qurra`. Apabila rosak umara` rosaklah sumber kehidupan, apabila rosak `ulama rosaklah ketaatan dan apabila rosaklah qurra` maka rosaklah akhlak.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi, berkata,, aku mendengar Aba Bakr, Ahmad bin Sa`id berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata, ``Shukur ni`mat pertanda minat dan menjaga kehormatan.``
Dan aku mendengar dia berkata, aku mendengar Ahmad bin Muzahim berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata, ``Bagi hati ada enam perkara, hidup dan mati, sihat dan sakit, jaga dan tidur, hidupnya pertunjukan matinya kesesatan, sihatnya bersih dan jernih, sakitnya keruh dan berkaitan masalah, dan jaganya ingat dan tidurnya lalai.``
Tiap-tiap satu daripada yang demikian ada alamat:
Tanda hidup, gemar, berkemahuan dan bekerja dengan keduanya, dan yang mati di sebalik sedemikian.
Dan alamat  sihat ialah kuat dan lazat dan sakit di sebalik sedemikian.
Dan alamat jaga  dengar dan lihat, dan tidur di sebalik yang demikian.
Katanya, berkata Abu Bakr, ``Sebok berurusan dengan makhluk dan berhias  menjadi sekatan daripada minat, siapa yang tidak mengenal `minat`  tiada mengenal tujuan.``
Katanya, berkata Abu Bakr, `Orang yang berakal, para ikutan dan zuhhad, elok pergaulan jadi teladan, dan yang kasar hendaklah dengan keelokan sabar.``
Setrusnya (dengan mengambil rawi terakhir)
Muhammad bin Hamid berkata, kukatakan kepada Abi Bakr al-Warraq, ``Ajarkan kepadaku sesuatu yang dapat aku mendekati Allah Ta`ala dan yang mendekatkan aku dengan manusia. Maka katanya, ``Adapun yang mendekati engkau kepada Allah, maka mohonlah daripadaNya, adapun yang mendekati engkau kepada manusia tinggalkan perkara yang menyusahkan mereka.``
Berkata Ghaylan al-Samarqandi, aku mendengar Aba Bakr al-Warraq berkata, ``Siapa yang memada bercakap berhubung dengan ilmu tanpa zuhd dan fiqh dia boleh terbawa kepada zindiq, siapa memada dengan zuhd tanpa berfiqh dan ilmu al-kalam boleh terbawa kepada bid`ah, siapa memada dengan fiqh tanpa zuhd dan ilmu al-kalam boleh membawa kepada fasiq. Siapa mahir dalam keseluruhan ilmu berkenaan dia selamat.``
Al-Hasan bin `Alawiyyah berkata, berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Siapa yang betul ma`rifat kelihatan haibat dan digeruni.``
Berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Para ulama` selepas nabi,, tiada selepas nubuwwah melainkan hikmah, iaitu hukum-hukum mengenai berbagai perkara dan seawal alamat hikmah panjang diam, dan bercakap menurut kadar hajat.``
Berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Alamat orang mu`min ada empat perkara, percakapannya peringatan, diamnya berfikir, pandangannya ibrah dan amalannya kebajikan.``

Berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Perselisihan membawa kepada perseteruan dan perseteruan mengundang bala.``
Berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Jangan bersahabat dengan yang memuji engkau yang bukan sebenarnya pada diri engkau, apabila dia marah dia mengeji kau dengan yang tiada pada engkau.``
Dan berkata Abu Bakr al-Warraq, ``Keyakinan cahaya yang menerangkan segala ahwal dan mengangkatkannya kepada darajat yang lebih tinggi.``
Demikianlah pesanan-pesanan bernas Abu Bakar al-Warraq.

Sekian.

No comments:

Post a Comment