BBB, 12 Jamadil=Awwal 1438H. = 9 Februari 2017M. (Khamis):
Kalangan sufi seterusnya yang disenaraikan
oleh Al-Qushairy ialah Abu Sa`id al-Kharraz. Nama lengkapnya ialah Abu Sa`id
bin Ahmad bin `Isa al-Kharraz berasal dari Baghdad. Dia bersahabat dengan Dhu
al-Nun al-Misri, Aba `Abdullah
al-Nabaji, Aba `Abdullah al-Bisri. Juga bersahabat dengan Sari al-Saqati dan
Bishr al-Harith dan lain daripada mereka itu. Dia meninggal tahun (m. 277H.).
Dia adalah imam bagi kaumnya (sufi). Dikatakan dia adalah orang yang terawal
bercakap tentang konsep (Ilmu tentang Fana` dan Baqa`).
Dia mempunyai sanad Hadith yang sampai
kepada Rasulullah s.a.w.
Mengkhabarkan kami Abu al-Fath* Yusuf bin
`Umar bin Masrur al-Zahid di Baghdad berkata, bercakap kepada kami `Ali bin
Muhammad al-Misri, bercakap kepada kami Abu Sa`id, Ahmad bin `Isa al-Kharraz
al-Baghdadi al-Sufi, bercakap kepada kami `Abdullah bin Ibrahim al-Ghifari,
bercakap kepada kami Jabir bin Sulaim, daripada Yahya bin Sa`id, daripada
Muhammad bin Ibrahim daripada `Aishah r. `anha berkata, bersabda Rasulullah
s.a.w. bermaksud``Keji akhlak tercela
dan kejahatan kamu terburuk bagi kamu
dari segi akhlak.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain
berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba
al-`Abbas al-S*ayyad berkata,, aku mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata,
``Aku bermimpi melihat Iblis masa tidur dia
melalui pada sudut, maka aku katakan kepadanya, ``Datang, apa hal engkau ?``
Maka katanya aku bekerja untuk kamu, kamu menolakku , aku tidak mengkhianatkan
manusia. Maka kataku apakah yang engkau
lakukan di dunia. Tidak lain dari pengkhianatan terhadap manusia. Tatkala ia berpaling
dariku, dia berkata bahawa di kalangan kamu
ada yang lemah. Aku berkata, ``Apakah dia ? Katanya bersahabat dengan
orang-orang yang terpesona dan keliru
dengan yang `baharu` .
Berkata Abu Sa`id al-Kharraz, aku
bersahabat dengan sufi, maka tidak berlaku di kalanganku dan di kalangan antara
mereka perselisihan. Berkata mereka itu, mengapa , kerana aku bersama mereka dan
bersama diriku.``
Berkata, ditanya Abu Sa`id tentang `Al-uns`, apakah dia ?` Maka katanya menggembirakan
hati dengan mendekati Allah Ta`ala, dan sukacita dengannya, bahagia dengan ketenangannya, aman bersamanya dengan
berbagai tarikan, mendapat keselesaan
dari kelilingnya, dia di dalam cahaya mesra, lembut dan tidak melalui
gangguan.``
Abu mendengar Abu Bakar al-Razi berkata,
aku mendengar Aba Bakr al-Zaqqaq berkata,, ``Adalah Abu Sa`id tidur, dia jaga
dan berkata, ``Kamu tulislah daripada apa yang aku dapat di dalam mimpi, ``Allah Ta`ala menjadikan
ilmu sebagai dalil kepadaNya untuk dikenali, Dia menjadikan hikmah sebagai
rahmat daripadaNya kepada kamu supaya engkau jinak denganNya. Maka ilmu dalil
kepada Allah, ma`arifat menunjukkan kepada Allah, dengan ilmu dicapai maklumat,
dengan ma`rifat dicapai perkara-perkara ma`ruf, ilmu dengan belajar, ma`rifat dengan
ta`arruf, maka ma`rifat berlaku dengan
mencapai kebenaran, ilmu berlaku dengan ta`rif makhluk, kemudian terhasilnya
darinya faedah-faedah berterusan.
Bercakap kepada kami oleh Ahmad bin
Muhammad bin Ya`kub al-Harawi berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin `At*a`
berkata, bercakap kepada kami Abu Salih, berkata, kata Abu Sa`id al-Kharraz,
``Umpama diri seperti air yang tenang bersih
dan jernih, maka jika engkau gerakkannya, maka zahirklah yang dibawahnya yang
terselindung, demikianlah diri zahir ketika diuji secara langsung atau scara
komplikated. Siapa yang tidak mengenal apa yang ada pada dirinya, bagaimana dia
boleh mengenal Tuhannya ?``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi
berkata, aku mendengan Aba Muhammad al-Hariri berkata, aku mendengar Aba Sa`id
al-Kharraz berkata, ``berdasarkan pada makna sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
``Terikat hati kasih terhadap orang yang membuat baik kepadanya``, Alangkah ajaib bagi siapa yang tidak melihat
kebaikan yang dilakukan siapa-siapa, bagaimana dia boleh melihat kebajikan dari
Allah kepadanya ?``
Aku mendengar Nas*r bin Abi Qasr berkata,
aku mendengar Qasim budak bagi Al-Zaqqaq berkata, aku mendengar Aba Sa`id
al-Bakri berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Kharraz berkata,
``Tiap-tiap yang batin yang menyalahi yang
zahir, maka dia adalah batal.``
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Ja`far
berkata,, aku mendengar Ahmad bin `Ali al-Kattani berkata, aku mendengar Aba
Sa`id al-Kharraz berkata, ``Bagi arifin khazanah-khazanah merupakan ilmu-ilmu
yang asing, berita-berita yang anih,
mereka bercakap dengan lisan abadi, dan mereka mengkhabarkannya dengan ibarat
yang azali.``
Aku mendengar `Ali bin `Abdullah berkata,
aku mendengar Aba al-`Abbas al-T*ah*h*an berkata, berkata Abu Sa`id al-Kharraz,
``Cinta mengadu kepada kekasih tentang segala perkara, dia tidak berpisah
dengannya oleh sesuatu, dia mengikut kesannya dan mengingati selalu. Dia
berpuisi:
Tertanya-tanya tentangnya, adakah sebarang
berita ?
Tidakkah terasa ni`mat sejak berita
kehadiran mendekat
Kalaulah aku ketahui di mana khemah
keluarganya di tegak
Di mana tempat di mana dia berihat sebelum berangkat
Namun terasa senang berhembus bayu
dari tapak perkhemahan
Disubuh itu aku menunggu tibamu nescaya
menghilang rindu.
Demikain ungkapan Abu Sa`id al-Kharraz.
Sekian.
No comments:
Post a Comment