February 22, 2017

KHAIRU AL-NASSAJ DAN PENDAPAT


BBB,  24 Jamadil-Awwal 1438H. = 21 Februari 2017 (Selasa):
Khairu al-Nassaj ialah panggilan kepada  watak yang nama sebenarnya ialah Muhammad bin Isma`il al-Samiri, kunyahnya ialah Abu al-Hasan. Dia berasal dari Samurra dan menetap di Baghdad. Dia bersahabat dengan Aba Hamzah al-Baghdadi dan bertemu dengan Sari al-Saqati dan dia bertanya Sari al-Saqati beberapa masalah dalam majlisnya. Dia juga dikatakan kawan bagi Al-Nuri dan tabaqahnya. Dia adalah ustadz bagi jamaah sufi. Bertaubat di dalam majlisnya Ibrahim al-Khawass dan juga al-Shibli. Umurnya dikatakan panjang sehingga 120 tahun, tapi tidak  disebut baik oleh Al-Qushairy atau Al-Sulami tentang tarikh kematiannya.
Gelaran `Khair al-Nassaj` (Sebaik Tukang Tenun – atau Penenun Yang Baik) adalah diberi kepada Khair al-Nassaj, kerana bahawasanya pada satu masa dia keluar untuk menunaikan haji, maka ianya diambil oleh seorang lelaki semasa ianya di pintu kota Kufah. Maka kata Pengambil berkenaan, ``Engkau menjadi hambaku, dan nama engkau ialah `Khair`  ``- Dia seorang yang berkulit hitam. Dia tidak membantah terhadap apa yang dikatakan oleh pengambil itu. Lelaki Pengambil itu telah  menjadikan nya pekerja penenun sutera bertahun-tahun lamanya.
Setiap kali Lelaki Pengambilnya memanggil, ~Wahai Khair !`, maka dijawabnya secara lembut , ``Labbaik``. Selepas beberapa tahun, lelaki yang mengambilnya menjadi hamba  itu sedar akan kesilapannya. Maka pada suatu hari, kata lelaki itu kepada Khair al-Nassaj,
``Aku tersilap, engkau bukan hamba dan bukan nama Khair. Lelaki itu berlalu meninggalkannya ! Namun demikian nama `Khair al-Nassaj` - Tukang Tenun Yang Baik`  kekal. Bahkan kata , Khair al-Nassaj, ``Aku tak ubah nama yang dinamakan dengannya diriku oleh seorang muslim !``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Qazwini berkata, aku mendengar Aba al-Husain al-Maliki berkata,
``Aku bertanya seorang lelaki Hadhramaut tentang Khair al-Nassaj dan suruhan terhadapnya. Maka katanya, ``Bila tiba solat Maghrib dia pengsan, kemudian pulih dan membuka dua matanya. Dia mengisyarat kepada penjuru pintu rumah dan berkata,
``Berdirilah, nescaya Allah mengampunkan engkau, sesungguhnya engkau adalah seorang hamba yang diperintah ! Apa yang disuruh engkau dengannya, janganlah luputkan. Tinggallah aku dengan apa yang disuruh dengannya. Kemudian pergilah dengan apa yang engkau disuruh dengannya.
Dia berdoa sambil mengambil wudhu` dan bersolat. Kemudian dia rentang dua tangannya dan berkejip dua matanya. Dia bersyahadah dan meninggal !``.
Berkata Khair al-Nassaj, ``Takut ialah cemeti Allah yang dapat memperbaiki diri yang bertabiat dengan kekejian adab !``
Mengkhabarkan daku setengah daripada sahabat kami, bahawa Khairu al-Nassaj pernah bermimpi, maka dia ditanya tentang mimpinya, ``Apa yang dia lakukan terhadap engkau ?``
Maka katanya, ``Jangan engkau tanya aku tentang perkara ini, tetapi aku istirahah dari dunia yang banyak menggelincirkan !``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,  aku mendengar Khair al-Nassaj berkata, ``Siapa yang mengenal kadarnya di dunia, dia mendapat haknya di akhirat. Siapa yang jahil tentang haknya di akhirat terputus dari habuannya di dunia.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, ``Sabar adalah dari akhlak lelaki yang unggul, dan redha adalah dari akhlak kalangan yang mulia.``.
Katanya, berkata Khair al-Nassaj, `` Terang dada orang yang muttaqin, terbuka penglihatan orang yang muhtadin, dengan cahaya hakikat keimanan.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, ``Barang siapa bermulahaz*ah kesyukuran bertambah kenikmatan.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, `` Siapa yang mendahului dengan langkah yang tak terhasil, dia adalah mujtahid sebenar.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, ``Ikhlas ialah yang tidak diterima amal, melainkan oleh pengamal, dengan amalannya.``
Katanya, dan berkata Khairu al-Nassaj, ```Amal yang tidak sampai kepada puncak (kesempurnaan), dia dilihat cuai, lemah dan daif.``
Katanya berkata Khairu al-Nassaj, ``Tidak ada sebab lebih mulia dari sebab orang yang dijadikan Allah Ta`ala dengan tangannya, dan dia tidak mengingkarinya, dan tidak ada ilmu yang lebih mulia dari ilmu yang diajarkannya Allah Ta`ala dengan nama keseluruhan, maka dia tidak memanfaatkannya pada waktu berlarinya qadar dan qadha` ke atasnya, dan tidak ada ibadat yang lebih sempurna dan tidak ada ibadat yang lebih bayak dari Iblis, tetapi tidak menjayakannya yang demikian dari apa yang mendahuluinya.``
Katanya, berkata Khairu al-Nassaj, ``Tauhid,  antaranya pendapat bahawa  tiap-tiap makhluk adalah kurang, dengan sebab berdirinya dengan yang lain dan berhajatnya kepada yang lain. Firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Wahai manusia kamu adalah fuqara` yang berhajat kepada Allah.`` (Fat*ir: 15). Yakni berhajat kepadaNya pada setiap nafas.
``Dan Allah Dialah Maha Kaya (Fatir: 15) daripada kamu dan daripada tauhid kamu dan daripada amalan kamu (Al-Hamid  - Yang Terpuji) (Fatir: 15) yang menerima dari engkau yang Dia tidak berhajat kepadanya dan menthabitkan  engkau ke atas barang yang engkau berhajat kepadanya.``
Katanya,  berkata Khairu al-Nassaj, ``Warisan perbuatan engkau apa yang layak apa engkau lakukan. Maka carilah kelebihan warisan, sebagaimana firman Allah bermaksud:
``Katakanlah (wahai Muhammad), kedatangan Al-Qur`an itu adalah semata-mata dengan limpah kurnia Allah dan kasih sayangNya. Maka dengan isi kandungan Al-Qur`an itulah hendaknya mereka bersukacita, kerana ia lebih baik dari apa yang mereka himpunkan.`` ( Yunus: 58)..
Demikian pendapat Khairu al-Nassaj.``

Sekian.

No comments:

Post a Comment