February 3, 2017

PENDAPAT MUHAMMAD BIN AL-FADHL AL-BALAKHI


BBB, 05 Jamadil Awwal 1438H. =  02 Februari 2017M. (Khamis):
Tokoh sufi seterusnya yang disusun oleh Al-Qushairy ialah Muhammad bin al-Fadhl al-Balakhi yang nama penuhnya ialah Muhammad bin al-Fadhl bin al-`Abbas bin Hafs* yang kunyahnya ialah Abu `Abdullah berasal dari Balakh, tetapi dia dikeluarkan daripadanya kerana persoalan madzhab dan tinggal di Samarqand dan mati padanya (m. 319H.).
Dia bersahabat dengan Ahmad bin Khudhrawayh dan lain-lain daripada kalangan shaykh-shaykh. Dia adalah setinggi kedudukan shaykh Khurasan. Abu `Uthman al-Hiri amat cenderung kepada ketokohannya berbanding dengan shaykh-shaykh yang lain. Sebagai bukti kata-kata Abu `Uthman daripada riwayat berikut:
``Aku mendengar Muhammad bin `Ali al-Hiri berkata, aku mendengar Aba `Uthman berkata, ``
``Kalau ada padaku tenaga, nescaya aku berpindah kepada Muhammad bin al-Fadhl, maka tenteramlah dalaman diriku melihatnya.``
Muhammad bin al-Fadhl mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.
Bercakap kepada kami Abu al-Harith `Ali bin al-Qasim al-Khat*t*abi di Marwi  Amla`berkata, bercakap kepada kami Abu `Abdullah, Muhammad bin al-Fadhl al-Balakhi al-Zahid al-Sufi di Samarqand, bercakap lepada kami – datang Qutaibah bin Sa`id, bercakap kepada kami Al-Laith bin Sa`ad daripada Sa`id bin Abi Sa`id al-Maqbari daripada bapanya, daripada Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Tidaklah dari kalangan anbiya` dari seorang nabi melainkan sesungguhnya diberi daripada ayat-ayat yang tidak seumpamanya yang beriman dengannya oleh manusia. Adapun yang  didatangkan wahyu,, maka diwahyukan Allah kepadaku, maka aku harap aku mendapat pengikut yang ramai pada hari kiamat.``
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar Shaykh `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a., aku mendengar Ahmad bin Muhammad al-Farra` berkata, ``Aku mendengar Aba Bakr bin `Uthman berkata,, Menulis Abu `Uthman al-Hiri kepada Muhammad bin al-Fadhl menyoalnya, ``Apa alamat celaka ?``  Maka katanya, tiga perkara: Iaitu diberi ilmu tapi haram tidak beramal. Diberi  amalam tapi haram dari ikhlas dan diberi  peluang bersahabat dengan para salihin, tetapi tidak menghormati mereka itu.``

Aku mendengar Muhammad bin Husain berkata, aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Muhammad bin Al-Fadhl berkata,
``Hilang Islam oleh empat, mereka tidak beramal dengan apa yang mereka mengetahui, mereka beramal dengan apa yang mereka tidak tahu, dia tidak belajar sedang  dia tidak tahu dan menegah manusia dari belajar.``
Seterusnya ungkapan-ungkapan  Muhammad bin Al-Fadhl.
``Aku mendengar Mansur bin `Abdullah berkata, kata Muhammad bin al-Fadhl:
``Manusia paling `arif dengan Allah ialah yang bersangatan mujahadah dengan perintah-perintah Allah. Dan mereka yang menurut Sunnah Nabi s.a.w.
Katanya, kata Muhammad bin al-Fdhl,  ``Dunia ialah perut engkau, maka sekadar mana zuhud engkau dengan perut engkau, sekadar itulah zuhud engkau di dunia.``
Katanya, ``Aku mendengar Muhammad bin al-Fadhl berkata, ``Amat menghairankan daripada orang yang merentasi perlembahan- padang pasir dan gunung ganang bagi meyampaikan ke rumah Allah (Baitullah)dan kawasan Haram. Lebih  menghairankan bagaimana dia tidak dapat merentasi diri dan nafsunya yang boleh menyampaikan ke hatinya, kerana padanya ada kesan-kesan keagungan Ilahi.``
Berkata Muhammad bin Al-Fadhl, ``Enam perkara yang menandakan jahil seseorang:
1)      Marah  tidak menentu                              2) Bercakap perkara yang tidak bermanfaat
3)      Memberi kepada yang bukan tempat   4) Membocorkan rahsia
5)      Percaya kepada semua orang                  6) Dia tidak mengenal kawan dari seterunya.
Berkata Muhammad bin Al-Fadhl, ``Kesilapan orang alim lebih memberi mudarat dari kesengajaan orang jahil.``
Berkata Muhammad bin Al-Fadhl, ``Siapa yang merasa manisnya dengan ilmu, maka dia tidak sabar dengannya.``
Tambahnya, ``Ilmu ada tiga jenis, Ilmu dengan Allah, Ilmu daripada Allah dan ilmu bersama Allah.``
Maka ilmu dengan Allah ialah mengenal sifat-sifat dan nu`utihi.
Ilmu daripada Allah, ialah ilmu zahir dan batin, halal dan haram dan suruh dan tegah pada hukum
Dan ilmu bersama Allah, ialah ilmu tentang takut dan harap, mahabbah dan shauq.
Ditanya Muhammad bin Al-Fadhl, ``Apakah buah shukur ?``, katanya, ``Cinta kepada Allah dan takut daripadaNya.``
Kata Muhammad bin Al-Fadhl, ``Dzikir lisan adalah kaffarat dan darajat, manakala dzikir hati ialah bertambahan dan berdekatan.``
Kata Muhammad bin Al-Fadhl, `` Muwafakat berasalnya cinta,, asal perhubungan  meninggalkan penekanan, asal faqr mengenali taqsir dan asal kekukuhan di atas kebenaran ialah berterusan faqr kepada Allah.
Demikian pendapat  Muhammad bin Al-Fadhl tentang berbagai perkara.

Sekian.

No comments:

Post a Comment