February 2, 2017

PELBAGAI PENDAPAT ABU MUHAMMAD RUYM BIN AHMAD


BBB,  04 Jamadil-Awwal 1438H. = 01 Februari 2017M. (Rabu):
Susunan tokoh sufi seterusnya yang disenaraikan oleh Abu al-Qasim bin Hawazin di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyahnya ialah Abu Muhammad Ruym bin Ahmad bin Yazid, kunyahnya Abu Muhammad dan dipanggil Ruym bin Ahmad. Dia berasal dari Baghdad  dan merupakan Shaykh Sufi yang penting. Dia adalah faqih menurut madzhab Da`wud al-Isbahani. Dia adalah seorang pembaca Al-Qur`an terkenal.  Muhammad Ruym meninggal (m. 303H.). Ruym mempunyai sanad Hadith kepada Nabi s.a.w.
Dicakapkan kepadaku oleh Ruym bin Ahmad al-Sufi di Baghdad, katanya, bercakap kepada kami Yazid bin Sinan al-Basri, bercakap kepada kami S*afwan bin `Isa, bercakap kepada kami Suyaid Abu Hatim daripada Qatadah daripada Anas bin Malik, bahawa seorang laki-laki melaknat burghuth (ikan) disisi Nabi s.a.w., maka bersabda Nabi, ``Jangan kamu melaknatnya kerana dia menmgejutkan  (menyedarkan) seorang nabi daripada nabi-nabi supaya bangun agar bersolat.``
Berkata Ruym berhubung dengan hakim, katanya, ``
``Menghukum hakim agar meluaskan ke atas saudara-saudaranya tentang hukum hakam dan dia menyempitkan ke atas dirinya dari segi hukum, lantaran kerana wara`.``
Al-Shaykh `Abdul Rahman al-Sulami berkatra,, aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakr berkata, aku mendengar Aba `Abdullah bin Khafif berkata, aku bertanya Ruym, kataku, ``Wasiat/nasihatkan aku,, maka katanya, ``Perkara ini melibatkan ruh, kalau kemungkinan engkau masuk kepadanya bolehlah, kalau tidak janganlah  melibatkan dalam ketasawufan.``
Berkata Ruym, ``Duduk engkau dengan berbagai lapisan manusia lebih selamat bagi engkau duduk dengan sufi, kerana tiap-tiap perlakuan menurut aturan dan aturan duduk.  Puak ini berbicara tentang hakikat. Mereka menuntut semua makhluk dengan diri mereka semuanya mematuhi zahir shari`at dan menuntut mereka itu dengan hakikat wara` dan berterusan dalam kebenaran di dalam kedudukan mereka dengan keadaan tahqiq mereka agar tidak dicabut iman daripada hati mereka.``
Kalangan sufi ada yang negembara dengan tujuan ibadah dan da`wah. Mereka menjaga adab-adab bernusafir sebagaimana Ruym disoal.
Mendengar Muhammad bin `Abdullah bin `Abdul Aziz bin Shadzan berkata, ``Aku mendengar Ruym disoal tentang adab bermusafir,, maka katanya, ``Jangan melampaui himah dan cita-cita melebihi langkah dan di mana dia singgah itulah tempat ia menetap.``
Mendengar Muhammad berkata, aku mendengar Ruym bin Ahmad berkata,
``Sentiasalah para sufi di dalam kebaikan dengan apa yang mereka capai, tapi apabila dia cuba mengungkapkan dia menempah kemusnahan.``
Berkata Ruym, ``Allah Ta`ala meghaibkan sesuatu dengan sesuatu,  Dia meghaibkan kebencian dengan kelembutanNya, dia meghaibkan keseteruan dengan kelat*ifanNya da dia meghaibkan balasan dengan kemuliaanNya.
Ditanya kepada Ruym, adakah beroleh manfaat anak dari kebaikan dua ibu bapanya ?
Maka katanya, ``Siapa yang tidak bermula dari dirinya, maka tidak memberi manfaat kepada yang lain, bahkan siapa yang tidak berhubung dengan Tuhannya, maka tidak bagi dirinya. Maka dia berpuisi:
Sesungguhnya kayu gaharu tidak berbau, walaupun sedahan
Mengeluarkan bau-bauan dinikmati manusia perlu bakaran
Disoal Ruym tentang ungkapan puisi, maka katanya, Siapa yang mempuisikan tentang dirinya (memuji diri) maka dia adalah perkara batil.
Disoal Ruym tentang hakikat faqr, maka katanya, ``Mengambil sesuatu sebahagian darinya, dan berusaha mensedikitkan dari yang banyak ketika berhajat.``
Tentang menghukum kata Ruym, `Apabila terdapat kenyataan, buat hukumkan secara jelas. Waspada dari segi pendirian. Galakkan dengan tadbir dan peraturan.
Mendengar Al-Husain bin Yahya al-Shafi`e berkata, aku mendengar Ja`afar bin Muhammad al-Khawass berkata, aku mendengar Ruym berkata, ``Dengan ikhlas mengangkatkan kelebihan amalan.``
Ditanya Ruym tentang sifat kemaafan, maka katanya, ``Bahawa engkau menerima keuzuran  kawan di atas kesilapan dan jangan bermuamalah hingga menyebabkan berulang kesilapan.``
Mendengar Abu al-Husain al-Farisi berkata, ``Aku mendengar Ibrahim bin Fatik  berkata, berkata Ruym, ``Sabar ialah meninggalkan pengaduan.``
Berkata Ruym, `` Sabar menambahkan taqwa.``
Berkata Ruym, ``Keyakinan adalah bagai mushahadah.``
Berkata Ruym, ``Tawakkal ialah menggugurkan harapan pada bantuan, hanya harapan pada Tuhan.``
Ditanya Ruym tentang mahabbah, maka katanya ialah, muwafaqat di dalam semua hal lalu dia berpuisi:
Kalau dikata bagi sebarang arahan ku dengar dan taat
Aku katakan pada yang mengarah marhaban dan selamat.
Seterusnya bila ditnya tentang shauq, maka katanya,
``Engkau shauq lanjutan dari kesan kasih dan engkau bagai fana menyaksikannya.
Demikianlah pendapat Ruym di dalam kepelbagaian persoalan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment