February 4, 2017

AHMAD BIN NASR AL-ZAQQAQ DAN `AMRU BIN `UTHMAN AL-MAKKI


BBB, 06 Jamadil-Awwal 1438H. =03 Februari 2017M. (Juma`at):
Abu Bakar Ahmad bin Nasr al-Zaqqaq al-Kabir adalah teman semasa Al-Junayd, iaitu dari kalangan sufi terkenal di Mesir.
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar Muhammad bin Husain r.h.a. berkata, aku mendengar Husain bin Muhammad berkata, aku mendengar Al-Kattani berkata, ``Apabila meninggal Al-Zaqqaq terputus hujjah para fuqara` bagi memasuki Mesir.
Kata Al-Zaqqaq, ``Siapa yang tidak bersahabat dengan orang yang bertaqwa di dalam kefakirannya, dibimbangi dia memakan perkara yang haram.``
Kata Al-Qushairy, ``Aku  mendengar Shaykh Aba `Abdil Rahman al-Sulami r.h.a. berkata, `Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah bin `Abdil `Aziz berkata, Aku mendengar Al-Zaqqaq berkata,
``Aku sesat bersama kesesatan Bani Isra`il  selama lima belas hari, apabila berjumpa jalan, menerima ku  insan tentera, maka dia memberiku minuman daripada air. Maka kembalilah kekuatan di dalam hatiku selama tiga puluh tahun.
Demikian maklumat berkenaan Abu Bakar bin Nasr al-Zaqqaq al-Kabir yang hanya berpandu pada maklumat Al-Qushairy di dalam Al-Risalat al-Qushairiyyahnya dan tidak kedapatan di dalam  Tabaqat al-Sufiyyah oleh Al-Sulami yang biasa jika terdapat tokoh yang dibicarakan, biasanya dibicarakan dengan lebih detail dan panjang.
Manakala  Abu  `Abdullah `Amrin bin `Uthman al-Makki, nama lengkapnya ialah `Amru bin `Uthman bin Kurabi bin Ghus*s*as*. Kunyahnya ialah Abu `Abdullah. Dia bersahabat dengan Al-Junayd dan Abu Sa`id al-Kharraz dan lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh sufi,  dia bertemu dengan  `Abdullah al-Nabaji. `Amrin bin `Uthman al-Makki seorang yang alim di dalam bidang usul dan tariqat dan mampu mengungkapkan kata-kata yang indah. `Amrin bin `Uthman meninggal di Baghdad tahun (m. 291H.).
`Amru bin `Uthman al-Makki mempunyai sanad kepada sahabat Rasulullah s.a.w., iaitu:
Bercakap kepada kami oleh Abu Bakar, Muhammad bin `Abdullah bin Shadzan, berkata, bercakap kepada kami Abu Bakar, Muhammad bin Ahmad al-Asbahani al-`Uqaili, bercakap kepada kami `Amru bin `Uthman al-Makki, bercakap kepada kami Abu Bakar al-`Aidzi  al-Makhzumi, bercakap kepada kami Abu `Abdullah al-Makhzumi dan Abu Ya`qub. Keduanya berkata al-Buwait*i, bercakap kepada kami Ibn `Uyainah, daripada al-A`mash darpada Mansur, daripada Abi Wa`il, daripada `Abdullah bin Mas`ud berkata, ``Adalah kami berkata, sebelum difardhukan pembacaan  al-tashahhud, ``Al-Salam `ala Allah dan al-Salam ke atas fulan.``
Kami mendengar Muhammad bin `Abdullah al-Razi berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Ahmad al-Qanadili berkata, kata `Amru bin `Uthman al-Makki, Bertaubat adalah wajib di atas semua dosa dan orang yang melakukan ma`siat, kecil atau besar dosa, tiada bagi seorang keuzuran bagi meninggalkan taubah selepas terjatuh kepada ma`siat, kerana yang melakukan ma`siat keseluruhan Allah berjanji dan tidak gugur daripada mereka itu janji (wa`id), melainkan dengan taubat. Ini adalah maksud yang diterangkan bahawa taubat itu fardhu.
Dengan sanad yang sama di atas, kata `Amru, ``Ketahuilah bahawa setiap apa yang ditohmah oleh hati engkau, atau yang berlari dalam fikiran engkau, atau tergaris pada permukaan hati engkau dari kebaikan atau keburukan atau kejinakan, yang bercahaya, keindahan dan keburukan, terang atau berbayang, nyata atau khayal, Allah menyebutnya Allah Mengetahui lebih  jauh mendahului  daripada yang demikian itu, bahkan Dia lebih Besar, Lebih Tinggi dan Lebih Agung. Tidakkah engkau mendengar akan fitrmanNya yang bermaksud:
``Tiada seumpamanya sesuatu. Dan Dia Amat Mendengar lagi Amat Melihat`` (Al-Shura: 11).
FirmanNya lagi bermaksud: ``Da tidak beranak dan tidak diperanakkan dan  tidak ada siapa yang setara denganNya .`` (Al-Ikhlas: 3 -4).
Dengan sanad yang sama kata `Amru bin `Uthman, ``Maruah ialah melupakan kesilapan kawan-kawan.``.
Dengan sanad yang sama berkata `Amru:
``Marifat ialah berterusan kasih kepada Allah Ta`ala, berterusan takut kepadaNya berterusan mendepaniNya, berterusan hati mendzikirkannya. Dia adalah ilmu berhubung dengan hati dengan mengurangkan kemahuan dan kehendak, tapi melebihkan kefahaman.
Dan Kata `Amru, bahawa ma`rifat ialah sihat dari segi tawakkal kepada Allah Ta`ala.``
Berkata `Amru, bahawa ri`ayah adalah bersahabat (beserta) engkau pada setiap ahwal seperti di dalam ibadat hinggalah engkau  kembali kepada Allah, demikian juga dengan taqwa.
Berkata Amru, benar dalam wara`adalah kemestian seperti kewajipan sabar di dalam wara`. Makna benar ialah i`tidal dan adil.
Berkata `Amru, ``Ketahuilah bahawa mahabbah termasuk di dalam redha,, tidak ada mahabbah tanpa redha dan tidak ada redha melainkan dengan mahabbah, kerana engkau tidak cinta melainkan kepada perkara yang engkau redha  dan meredhai.``
Tambah `Amru, Al-Raja`termasuk pada mentahqiqkan redha.``
Aku mendengar Muhammad bin Ja`afar al-Baghdadi berkata, ``Aku mendengar Aba `Ali al-Isfahani berkata, aku mendengar  `Amri bin `Uthman al-Makki berkata,
``Tidakku bersahabat dengan seseorang yang lebih memberi manfaat dari segi persahabatan dan melihatnya lebih daripada Abi `Abdillah al-Nabaji.``
Demikian kata-kata dari dua tokoh, iaitu Ahmad bin Nasr al-Zaqqaq  dan `Amri bin `Uthman al-Makki.

Sekian.

No comments:

Post a Comment