February 15, 2017

LUAHAN PENDAPAT ABU AL-`ABBAS BIN `AT*A` AL-ADAMI


BBB,  17 Jamadil-Awwal 1438H. = 14 Februari  2017M. (Selasa):
Abu al-`Abbas bin `At*a` al-Adami, nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Sahl bin `At*a` al-Adami,  adalah dari kalangan shaykh sufi terkenal dan `ulama` mereka itu. Adalah Al-Kharraz memuliakan kedudukannya. Dia adalah dari teman Al-Junayd dan bersahabat dengan Ibrahim al-Marastani. Dia mendalam dari segi pemahaman terhadap Al-Qur`an dan mempunyai keistimewaan berhubung dengannya. Dia meninggal pada tahun (m. 309H.)
Ibn `At*a` al-Adami mempunyai sanad di dalam riwayat Al-Hadith:
Mengkhabarkan kami `Abdul Wahid bin Ahmad al-Hashimi, di Baghdad, berkata, bercakap kepada kami Abu Nu`aim. Ahmad bin `Abdullah bin Ahmad, bercakap kepada kami `Abdullah bin `Ali bin Hubaish al-Maqri al-Sufi, bercakap kepada kami Abu al-`Abbas, Ahmad bin Muhammad bin Sahl bin `At*a`, bercakap kepada kami Yusuf bin Musa, bercakap kepada kami Hashim bin al-Qasim, bercakap kepada kami `Abdul Akhir bin Dinar daripada Zaid bin Aslam, daripada `At*a` bin Yasar, daripada Abi Waqid al-Laythi berkata, ``Telah datang Rasulullah s.a.w. le Madinah dan manusia berkerumun (yajubbun) pada  bonggak (asnimat) unta dan mereka memotong  bahagian  (ilyat) kambing, maka bersabda Rasulullah s.a.w., Jangan potong dari binatang, sedang dia hidup – Maka dia boleh mati.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Aba Sa`id al-Qurashiyy berkata, aku mendengar Ibn `At*a` berkata:
``Siapa yang melazimkan dirinya dengan adab-adab shari`ah Allah memberi cahaya ke dalam hatinya dengan cahaya ma`rifat. Dan tidak ada maqam yang lebih mulia  dari maqam menurut Kekasih s.a.w. dari segi suruhan-suruhannya, perbuatan-perbuatannya dan akhlaknya.``
Dan berkata Ibn `At*a`, ``Sebesar-besar kelalaian ialah kelalaian hambanya dari Tuhannya `Azza wa Jalla dan lalainya dari suruhan-suruhanNya dan larangan-laranganNya dan lalainya daripada adab-adab mu`amalatnya.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Shirazi r.h.a. berkata, aku mendengar `Abdul Rahman bin Ahmad al-Sufi berkata, aku mendengar Ahmad bin `At*a` berkata,
``Tiap-tiap apa yang disoal daripadanya, maka tuntut pada kejayaan ilmu, maka jika engkau tidak dapatinya, maka tuntut pada medan hikmah, maka jika engkau tidak dapati, maka pertimbangkan dengan tauhid, maka jika engkau tidak dapati pada ketiga-tiga tempat, maka pukullah dia pada wajah syaitan.``

Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata, aku mendengar Muhammad bin `Abdul `Aziz berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a`  berkata,
``Pada Baitullah Maqam Ibrahim,, di dalam hati ada kesan-kesan Allah Ta`ala. Dan bagi rumah ada rukun-rukun, bagi hati ada rukun-rukun, rukun di rumah dari batu-batu binaan dan rukun hati logam-logam cahaya ma`rifat.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a`  berkata,
``Allah menciptakan para nabi bagi mushahadah, kerana firman Allah Ta`ala bermaksudf:
``Atau dia menggunakan pendenganrannya  dengan bersungguh-sungguh  (kepada pengajaran) dengan menumpukan hati dan fikiran padanya (menyaksikan).`` (Qaf: 37)
Dan Dia menciptakan para auliya` bagi berjiran seperti  sabda Nabi s.a.w. bermaksud (muliakan jiran engkau) dan Dia menciptakan orang-orang salih bagi melazimkan diri dengan mereka itu, seperti firman Allah bermaksud, ``Dan melazimkan mereka itu dengan kalimah taqwa.`` (Al-Fath: 26) dan Allah menciptakan orang awam bagi mujahadah seperti firman Allah Ta`ala bermaksud: ``Dan mereka yang berjihad pada jalan kami nescaya kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami.`` (Al-`Ankabut: 69).
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata, ``Ilmu yang terbesar ialah haibah dan malu`, siapa yang kosong daripadanya dia tiada mendapat kebajikan.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas bin `At*a` berkata,
``Tiga disertai dengan tiga, Fitnah disertai dengan kemahuan, mihnah disertai dengan ikhtiar dan balwa disertai dengan da`wa.``
Aku mendengar  Aba al-Husain berkata, aku mendengar  Ibn `At*a` berkata, (berpuisi)
Kuletakkan diriku dengan kerendahan  dan tenang
Di sisi yang tinggi dan  rasa diri penuh kebesaran
Apabila tanpa kerendahan di samping yang kaya
Beza,  bagiku tiada , di samping yang faqir dan yang kaya.
Aku mendengar Aba al-Husain berkata, aku mendengar Aba al-`Abbas berkata, ``Keinsafan ialah barang yang antara dengan Allah dan hamba tiga perkara, pada pertolongan, kesungguhan dan adab.
Daripada hamba pertolongan dan daripada Allah kedekatan (al-qurbah)
Daripada hamba kesungguhan dan daripada Allah taufiq
Dan daripada hamba adab dan daripada Allah kemuliaan (al-karamah).
Dikata, berkata Abu al-`Abbas bin `At*a`:
Siapa beradab dengan adab salihin, maka dia layak menerima hamparan karamah (kemuliaan).
Siapa beradab dengan adab auliya` dia layak dengan hamparan kedekatan (al-qurbah)
Siapa beradab dengan adab al-siddiqin dia layak dengan hamparan mushahadah
Dan siapa beradab dengan adab para anbiya`, maka dia layak dengan hamparan uns dan penerimaan.
Demikian luahan pendapat Abu al-`Abbas bin `At*a` al-Adami.

Sekian.

No comments:

Post a Comment