February 11, 2017

BERPERI KATA ABU `ABDULLAH AL-MAGHRIBI


BBB, 13 Jamadil Awwal 1438H. = 10 Februari 2017 (Juma`at):
Nama penuhnya ialah Abu `Abdullah Muhammad bin Isma`il al-Maghribi, panggilan ringkasnya ialah `Abdullah al-Maghribi. Sebagaimana dinisbahkan namanya kepada `Al-Maghribi` dapat difahamkan tokoh sufi ini berasal dari Maghribi, kawasan di utara Afrika. Dia adalah guru bagi Ibrahim al-Khawass dan Ibrahim bin Shaiban dan murid bagi `Ali bin Razin. Dia dikatakan berumur lanjut sehingga 129 tahun. Mati di atas bukit T*ur Sina dan dikuburkan di situ bersama kubur ustaznya `Ali bin Razin. Dia meninggal pada tahun (m. 279H.), tapi ada mengatakan (m.299H.). Menurut Al-Sulami yang kemudian itu sahih insya Allah sebagaimana juga pendapat Al-Qushairy.
`Abdullah al-Maghribi mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w. sebagaimana terdapat di dalam Tabaqat al-Sufiyyah oleh `Abdul Rahman al-Sulami.
Mengkhabarkan kami Muhammad bin `Abdullah bin `Abdil `Aziz al-T*abari berkata, mengkhabarkan kami Ibrahim bin Shaiban, bercakap kepada kami Abu `Abdullah al-Maghribi, bercakap kepada kami `Amru bin Abi Ghailan, bercakap kepada kami `Abdu al-A`la  Ibn Hammad, bercakap kepada Hammad bin  Salamah daripada Thabit, daripada Anas:
``Bahawa seorang lelaki menziarah saudara lelaki baginya pada sebuah kampung, maka dipertemu Allah dalam  perjalanan dengan pemerintah, tatkala ia sampai kepadanya , dia ditanya, ke mana engkau mau pergi ? Maka katanya aku mau menemui saudara di dalam kampung ini, maka ditanya, Adakah engkau mempunyai warisan kau nikmati darinya ? Maka katanya, `Tidak !`` Lantaran aku cintakannya kerana Allah !  Dia berkata, ``Akulah Rasulullah kepada engkau, bahawasanya Allah mengasihi engkau, sebagaimana engkau mengasihiNya.``
Berkata `Abdullah al-Maghribi,  ``Seafdhal-afdhal amalan ialah menjaga waktu dengan tepat sebagaimana di jadualkan.``
Katanya lagi, Sebesar kehinaan manusia ialah faqir yang membesarkan  orang kaya dan tawadhu` kepadanya. Dan sebesar-besar makhluk dari segi kemuliaan orang kaya yang merendah diri kepada faqir dan menjaga kehormatan mereka itu.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, ``Aku mendengar Ibrahim bin Shaiban berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Maghribi berkata, `` Para abdal ialah di Sham, para Nujaba` di Yaman dan para akhyar di `Iraq.``
Aku mendengar Aba Bakr berkata, aku mendengar Ja`afar berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Maghribi berkata, ``Faqir semata-mata dari dunia, walaupun tidak melakukan sebarang pekerjaan mempunyai fadhilat-fadhilat, sedzarah daripadanya lebih afdhal daripada mereka yang beribadat dengan bersungguh-sungguh tetapi bersama keduniaan.
Dengan sanad di atas, berkata `Abdullah al-Maghribi, ``Tidak kulihat sesuatu yang menginsafkan daripada dunia,, jikalau engkau mengkhadamkannya dia berkhidmat kepada engkau dan jika kau tinggalkannya, maka dia meninggalkan engkau.``
Mempuisikan Abu al-Farj al-Wart*ani, berkata mempuisikan daku Abu `Ali al-Musil bagi Abi `Abdillah al-Maghribi:
Wahai yang mengira kesalahan lepas  sebagai dosa
Bagaimana mohon keuzuran agar tidak berganda dosa
Janganlah dosaku setiap masa bertambah pula
Ku mohon penghapusan bersih lembaran barmula.

Aku mendengar `Abdullah bin`Ali bin Yahya berkata, aku mendengar Aba `Abdullah al-Maghribi berkata, Ahli al-Khusus bersama Allah Ta`ala tiga  kedudukan.
Kaum yang terkena bala, maka agar tidak berada di dalam kebimbangan mereka diminta bersabar, mereka tidak senang dengan ujian dan tidak tenteram dada mereka dari qadha`.
Kaum yang berada di dalam keadaan keliling dalam suasana maksiat, dia brusaha mempertahankan keluarganya dari pengaruh kelilingan agar mereka sekeluarga selamat.
Kaum yang menerima cabaran keliling bermasalah, tetapi mereka yang insaf sama berusaha mengislahkan keadaan yang hasilnya kebaikan dapat dinikmati oleh semua.
Dan kaum yang dari awal sedar dan mengambil inisiatif mengislahkan masyarakat dari awal sehingga dapat mencegah dari lahirnya gejala masyarakat. Hidup mereka  bermuafakat dan berkat.
Dengan sanad yang sama kata `Abdullah al-Maghribi, ``Ada yang mendakwa bersifat `ubudiyyah, tapi ada padanya kepentingan, maka sebenarnya dia dusta dengan dakwaannya. Dakwah sebenarnya tidak ada bersamanya kepentingan, bahkan fana dari tujuan, Ia adalah kerana Allah. Tiada dikaitkan namanya sebagai sebutan atau hiasan. Tiada nama, tiada gelaran. Bercakao tentang ini `Abdullah menangis dan mempuisikan rangkap-rangkap berikut:
Tanpa mendakwa atau mengaitkan nama
Untuk disebut dan disanjung  bersama
Adalah kesedaran demi kerana Allah
Bagi kebaikan agar semua di dalam islah.
Dengan sanad yang sama kata `Abdullah al-Maghribi, Fuqara` yang redha mereka ialah kepercayaan-kepercayaan Allah di buminya dan hujjah Allah di tengah sekalian hambaNya. Dengan mereka ter tolaknya bala dari makhluk.``
Dengan sanad yang sama kata `Abdullah al-Maghribi, `Faqir yang sebenar mengembalikan segala kepada yang disandar kepadaNya (Allah). Dia Yang Kaya kepadaNya berhajat segala.
Dengan sanad yang sama, murninya fuqara` ini kata Abdullah, ``Mereka  fana  tanpa  tujuan melainkan  kerana Allah dan terbakar oleh  semata cinta kerana Allah.``

Sekian.

No comments:

Post a Comment