February 17, 2017

PANDANGAN `ABDULLAH BIN MUHAMMAD AL-KHARRAZ DAN BANNAN AL-HAMMAL


BBB, 19 Jamadil-Awwal 1438 = 16 Februari 2017 (Khamis):
`Abdullah bin Muhammad al-Kharraz, ialah Abu Muhammad `Abdullah bin Muhammad al-Kharraz dari kalangan shaykh-shaykh sufi terkenal, berasal dari Al-Rayy, berpindah ke Makkah dalam tempoh beberapa tahun lamanya dan bersahabat antaranya dengan Abu Hafs* al-Naisaburi,  Abu `Amran al-Kabir dan dikatakan sahabat-sahabat Abu Yazid membesarkan kedudukannya. Dia terkenal sebagai ahli wara`, menegakkan kebenaran dan amat prihatin terhadap makanan yang halal. Dia meninggal sebelum 10 tahun  300H. ( sebelum. 290H.).
Aku mendengar Aba Nas*r al-T*usi berkata, aku mendengar Muhammad bin Da`wud al-Dinuri yang dikenali dengan Al-Duqqi berkata, ``Aku masuk menemui `Abdullah al-Kharraz, aku tidak menjamah makanan sejak empat hari, maka katanya, salah seorang daripada kamu tidak makan beberapa hari, dia mengulang-ngulang menyebut lapar, kemudian dia berkata, bagaimana begitu, dan adalah tiap-tiap diri penentuan, boleh hilang  dengan tumpuan kepada  Allah. Tidakkah engkau melihat sedemikian  banyak berlaku ?
Katanya, berkata `Abdullah, ``Lapar ialah makanan orang-orang zahid dan dzikir makanan orang-orang `arif.``
Katanya, berkata `Abdullah, ``Kehambaan pada zahir dan kemerdekaan dari segi batin adalah dari akhlak yang mulia.``
Katanya, dan berkata `Abdullah, ``Siapa yang memulia dengan perkara kepentingan dunia, maka dia seboklah dengan apa yang dilakukan dengannya.``
Katanya dan berkata `Abdullah, ``Dengan ibarat dikenali `ulama`, dengan isyarat dikenali hukama` dan dengan lat*a`if (kehalusan) bertempat oleh pemuka dari shaykh-shaykh.``
Katanya, dan berkata `Abdullah, ``Himmah berbeza dalam dua tempat. Ada yang himmahnya pada tahap tinggi dengan kedudukan dan tempat yang istimewa dia menikmati kemewahan dan perhiasan, tetapi tidak sama dengan yang duduk bersama maulanya, iaitu tuan dari kalangan shaykh-shaykh dengan melihat kepada  wajahnya yang mulia.``
Katanya dan disoal `Abdullah daripada alamat sabar, maka katanya, ``Tinggalkan aduan dan menyembunyikan dharurat dan balwa.``
Katanya dan berkata `Abdullah, ``Hamba adalah lemah dari mencapai citanya, melainkan melalui Tuannya.``
Katanya dan berkata `Abdullah, ``Memelihara rahsia ialah tanpa berpaling kepada yang lain, adalah alamat penerimaan terhadap Allah Ta`ala.``
Manakala Bannan al-Hammal, beliau adalah Bannan bin Muhammad bin Hamdan bin Sa`id, Kunyahnya ialah Abu al-Hasan. Beliau berasal dari Wasit dan menetap di Mesir dan meninggal di sana pada Ramadhan tahun (m. 316H.) Dia dari kalangan shaykh tasawuf terkenal,  bercakap dan mempertahankan kebenaran, menyuruh membuat ma`ruf, menegah dari perkara munkar. Banyak maqamat (ungkapan kesufian) terkenal dan ungkapan-ungkapan yang diingat.  Dia bersahabat dengan Al-Junayd bin Muhammad dan lain-lain dari kalangan shaykh-shaykh pada zamannya. Dia adalah guru kepada Abu al-Husain al-Nuri.
Bannal al-Hammal mempunyai sanad Hadith hingga kepada Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami oleh Al-Hasan bin Rashiq sebagai ijazah, bahawa Bannan bin Muhammad al-Hammal al-Zahid yang berasal dari Wasit.  Abu al-Hasan bercakap kepada kami, berkata, bercakap kepada kami Bakkar bin Qutaibah al-Qadhi, bercakap kepada kami Abu Daud daripada Hisham daripada Yahya bin Abi Kathir daripada Abi Rashid daripada Abd al-Rahman bin Shibl berkata, ``Aku mendengar Nabi s.a.w. bersabda, ``Bahawa yang melakukan dosa besar mereka adalah penghuni –penghuni neraka. Mereka berkata, ``Siapa mereka itu wahai Rasulallah ?`` Sabda Baginda, `Perempuan`. Mereka berkata, Ya Rasulallah ! Tidakkah mereka ibu-ibu kami, saudara-saudara perempuan kami dan isteri-isteri kami ? Bersabda Baginda , Ya ! Akan tetapi mereka apabila dikurniakan sesuatu tidak mereka bersyukur dan apabila mengalami bala mereka tidak bersabar.``
Disoal Bannan mengenai hal kesufian, maka katanya, percaya kepada yang  dijaminkan, menunaikan suruhan, menjagakan rahsia dan menjauhi perkara yang tidak baik dalam kehidupan.
Dengan sanad, berkata Abu Muhammad (al-Bannan), ``Setinggi-tinggi himmah bagi satu kaum dan sampai kepada darajah al-awsat ialah do`a dan himmah para `arifin ialah dzikir.``
Berkata Abu Muhammad, `Siapa yang menyangka dialah menghasilkan sesuatu amalan yang besar atau kecil dia adalah sesat, kerana Nabi s.a.w. bersabda bermaksud ``Tidak menjayakan  salah seorang daripada kamu dengan amalannya.`` Maka jika tidak berjaya bagi yang melakukan bagaimana dapat dicapai tujuan ? Siapa yang bergantung kepada kurnia Allah, maka yang demikianlah yang diharap bagi penyampaian.``
Berkata Abu Muhammad,, ``Dzikir engkau bergantung pada engkau, hingga bersambung dzikir engkau dengan dzikirnya, dengan demikian baru terangkat dan melepaskan dari halangan, apa yang bersertaan berlaku, kalau tidak  hilang. Tinggallah yang asal, hilang cabangan seolah-olah tidak berlaku.``
Berkata Abu Muhammad, ``Dilihat kepada usul dengan menggunakan yang furu`. Sahih yang furu`bergantung pada usul. Tidak ada jalan bagi maqam mushahadah. Adapun usul ialah dengan membesarkan apa yang dibesarkan Allah dari yang pertengahn hinggalah kepada furu``.
Katanya, berkata Al-Bannan, ``Siapa diselimuti lemah kehinaan dia mati dari kemampuan bermushahadah, siapa diselimuti dengan kemuliaan yang dikadarkan, maka dia hidup dari penyaksian. Dan menjadi sebab bagi kehidupan diri. Ini menjadi perbezaan antara diri dan roh.
Dan katanya, berkata Al-Bannan, ``Melihat sebab-sebab secara berterusan memutuskan dari mushahadah terhadap yang menjadikan sebab-sebab. Dengannya boleh membawa kepada kebatilan.``
Demikian pandangan  oleh Abdullah Muhammad al-Kharraz dan Bannan al-Hammal yang dapat dinilai  dan difahami.

Sekian.

No comments:

Post a Comment