February 13, 2017

PENDAPAT `ALI BIN SAHL AL- AS*BAHANI UNTUK DIRENUNGI


BBB, 15 Jamadil-Awwal  1438H. = 12 Februari 2017 (Ahad):
Nama lengkap `Ali bin Sahl al-As*bahani, ialah juga `Ali bin Sahl bin al-Azhar, kunyahnya ialah Abu al-Hasan. Dia adalah dari kalangan `ulama` sufi terawal di As*bahan. Dia adalah dari kalangan teman Al-Junayd dan berutus surat dengannya. Dia bersahabat dengan Muhammad Yusuf bin Ma`dan  dan menemui Abu Turab al-Nakhshabi.
Kata Al-Qushairy, aku mendengar dari Muhammad bin al-Husain r.h.a. berkata, aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin `Abdullah al-T*abari berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl berkata, ``Bersegera pada melakukan ketaatan adalah alamat mendapat taufiq dan mengelak dari berlaku perselisihan,  juga  alamat elok jagaan dan menjaga rahsia juga alamat waspada dari dakwa-dakwa gejala manusia. Siapa yang tidak betul pada peringkat permulaan iradatnya  adalah alamat tidak betul dari segi akibatnya (akhirnya).``
Aku mendengar Muhammad berkata, aku mendengar `Ali berkata,
``Orang yang lalai tidak terkeluar (kelalaiannya) dari ilmu Allah, orang yang mengingati  hidup mereka di dalam rahmat Allah, orang yang arif hidup mereka dalam lutf (kelembutan)  Allah, orang yang benar  mereka hidup mendekati Allah, orang yang cinta (al-muhibbu)  mereka hidup dalam kejinakan (al-uns) Allah  dan shauq kepadaNya.``
Aku mendengar Aba Nasr al-T*usi berkata, aku mendengar Aba Ja`far al-As*bahani berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl berkata:
``Kehadiran  lebih afdhal daripada yakin, kerana kehadiran adalah berjejak pada tempat dan yakin adalah lintasan fikiran.``
Aku mendengar Aba  Nasr berkata, aku mendengar Aba Salmi al-As*fahani berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl berkata,
``Haram ke atas orang yang mengenal Allah berpaling (berubah) kepada sesuatu yang lain daripadaNya.``
Aku mendengar Aba Nas*r berkata,  aku mendengar Aba Sullam berkata, aku mendengar Aba Ja`far al-Haddad berkata, aku mendengar `Ali bin Sahl berkata,
Daripada waktu Adam hingga berlakunya kiamat, manusia berkata,  ``Hati !, Hati !`` Aku suka kalau ada seorang laki-laki yang dapat menggambarkan kepadaku, ``Apa  itu hati, bagaimana hati ! Maka aku tidak melihatnya.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali,
``Jinak dengan Allah, bahawa engkau liar daripada makhluk, melainkan dari ahli wilayah Allah.  Maka  sesungguhnya jinak dengan ahli wilayah Allah dia adalah jinak dengan Allah.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali,
Jangan engkau tertipu daya daripada orang yang bersifat `ahmaq` yang banyak berpaling (melayan) dan bersegera memberi jawaban (menunjukkan kepandaian).
Dengan sanad yang sama berkata `Ali,
``Akal bersama ruh keduanya menyeru  kepada akhirat, menyalahi hawa nafsu dan syahawat, maka yang demikian dinamakan ruh.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali,  ``Orang yang menggunakan malam-malamnya (ibadat) , ialah menumpukan kepada Allah dari berbagai-bagai aspek.``
Dengan isnad yang sama berkata `Ali,
``Siapa yang hatinya memahami dia mewarisi kandungan dunia dan anak-anaknya, maka siapa yang hatinya jahil dia mengikut keseronokan yang tidak kekal. Maka dia berpuisi:
Semoga aku mati, maka aku dapat istirihat, maka sesungguh
Setiap  ku kata aku mendekatkan  apa yang aku jauh.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali, ``Al-Faqih ialah orang yang tidak termasuk di bawah apa yang dinisbahkan  kepadanya.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali, ``Aku berlindung dengan Allah dan kamu juga dari kesombongan (ghurur) amalan yang elok beserta rosaklah dalaman dari segi asrar.``
Dengan sanad  yang sama berkata `Ali, Al-Tasawwuf ialah membersih dari apa yang lain dan berhias daripada selainnya.
Dari sanad yang sama berkata `Ali, ``Akal dan hawa nafsu bertentangan, penyertaan akal ialah taufiq dan kawan hawa  ialah kehinaan dan `al-nafs` berdiri antara keduanya, mana-mana yang berjaya dia mengalahkan lawannya.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali, ``Aku mencari bantuan orang kaya, aku dapatinya pada ilmu, aku mencari bantuan dari kemegahan aku dapatinya pada kefaqiran, aku minta bantuan pada kebersihan (sufi) aku dapati dari kezuhudan, aku mencari dari kurang dari gangguan, aku dapati pada diam dan aku minta bantuan dari kerehatan, aku dapati pada pengasingan.``
Dengan sanad yang sama berkata `Ali, ``ku melihat manusia ditawan oleh kebesarn diri dan cakap yang mempesona. Mereka tidak melihat pada diri yang dianggap lebih dan yang bercakap mempesona itu serta pegangan akidah tauhidnya.``
Dengan sanad yang sama, sesungguhnya disoal  `Ali dari hakikat tauhid, maka katanya, ``Dekat dari yang disangka, tetapi jauh dari segi hakikat. Lantas beliau berpuisi:
Aku katakan kepada sahabatku, dia mentari, cahayanya dekat
Tapi untuk mencapainya  begitu jauh dan tak mungkin didapat.

Demikianlah pendapat `Ali bin Sahl Al-As*bahani untuk direnungi.

Sekian.

No comments:

Post a Comment