February 16, 2017

KEISTIMEWAAN UNGKAPAN IBRAHIM AL-KHAWAS*S*


BBB, 18 Jamadil Awwal 1438H. =  15 Februari 2017M. (Rabu):
Nama penuh bagi Ibrahim al-Khawas*s*  ialah Ibrahim bin Ahmad bin Isma`il , kunyahnya ialah Abu Ishaq. Dia adalah salah seorang yang menerokai konsep `Tawakkal`. Dia adalah salah seorang shaykh sufi pada zamannya. Dia adalah salah seorang sahabat Al-Junayd dan al-Thauri, mendalami bidang siyyahat dan riyadhat dan dia memperkatakannya (sharh) secara panjang lebar. Dia meninggal di Jami` di al-Rayy pada tahun (m. 291H.). Pengurusan jenazahnya dan pengkebumiannya dilakukan oleh Yusuf bin al-Husain.
Berhubung dengan ungkapan Ibrahim  al-Khawas*s*:
Aku mendengar Muhammad bin al-Razi berkata, ``Sakit  Ibrahim al-Khawas*s*  di al-Rayy, di Masjid al-Jami`. Dia sukar berdiri  dan adalah apabila berdiri dia masuk di dalam air dan mandi dan kembali ke masjid, dia solat dua raka`at, maka dia kembali ke air mandi  sekali lagi  hingga dia meninggal, r.h.a. sedang dia di dalam air.
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar Muhammad bin al-Husain al-Baghdadi berkata, aku mendengar  Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ibrahim al-Khawass berkata,
``Bukanlah ilmu dengan banyaknya riwayat, sesungguhnya orang alim itu siapa yang mengikut ilmu dan menggunakannya dan mengikuti dengan sunnah-sunnah, walaupun dia sedikit ilmu.``
Aku mendengar  Muhammad bin al-Husain berkata, aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Ja`far berkata, aku mendengar al-Azdi berkata,  aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s*  berkata,
``Ubat penyakit hati lima perkara, ``Membaca Al-Qur`an dengan tadabbur, kosongkan perut, qiyam al-laili, tadharru` ketika bersahur, dan duduk (belajar) dengan orang `alim.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain al-Baghdadi berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad al-Khuldi berkata, aku mendengar  Ibrahim al-Khawas*s*  berkata, ``Siapa yang tidak bersabar dia tidak berjaya.``
Katanya, ``Aku mendengarnya  (Ibrahim al-Khawas*s*) berkata, ``Siapa yang tidak menangis oleh dunia ke atasnya, maka tidak ketawa oleh akhirat dengannya.``
Aku mendengar Aba Nas*r, Muhammad bin Ahmad bin Ya`kub al-T*usi berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad berkata, ``Aku  bermalam satu malam bersama Ibrahim, aku terjaga, maka aku melihat dia sedang bermunajat hingga ke pagi, dia berpuisi:
Hening petang dalam pertemuan ada kerehatan
Adakah  sembuh kesakitan dengan adanya kawan ?
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba `Uthman al-Adami berkata, aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s*  berkata, dia disoal tentang wara`, maka dia berkata ``Bahawa tidak bercakap kepada seseorang melainkan perkara yang hak.`` sama ada ia marah atau redha, dan adalah yang diberi kepentingan ialah redha Allah Ta`ala.``
Katanya, berkata Ibrahim, ``Ilmu semuanya di dalam dua kalimah, ``Kami tidak berkemampuan apa yang  dimemadakan (kufita) dan tidak kami persiakan apa yang dituntut memada (ma ustukfita).
Katanya, berkata Ibrahim, ``Yang berhijrah dengan modal harta yang lainnya adalah orang yang muflis.``
Aku mendengar Ibrahim al-Khawas*s*  berkata, ``Hendaklah jadikan hatimu suatu yang tenang, genggammu yang kosong, maka diri boleh pergi ke mana sahaja.``
Aku mendengar  Aba Bakr berkata, aku mendengar Abu Bakr al-Zanji berkata, aku mendengar Ibrahim berkata, ``Aku melihat seorang tua memanjat, selepas tujuh belas hari dengan sebab-sebab tertentu di atas tanah, maka seorang shaykh bersamanya menegahnya, dia enggan dari menerima, maka dia jatuh dan tidak bangkit oleh  sebab-sebab yang membatasnya.``
Katanya, berkata Ibrahim, ``Di atas qadar kemuliaan mu`min menunaikan suruhan Allah dipakaikannya oleh Allah kemuliaanNya, dan bermukim kemuliaannya di dalam hati-hati orang-orang muminin yang demikian firman Allah bermaksud:
``Bagi Allah `izzah  dan bagi RasulNya  dan bagi orang mu`minin.`` (Al-Munafiqun: 8 ).
Katanya, berkata Ibrahim, ``Akibat hati tersangat  akibat,  maqamnya tertinggi maqam, karamatnya terafdhal karamat, dzikirnya semulia-mulia dzikir, dzikirnya menarik cahaya, padanya berlaku percakapan, dia adalah khusus mengenai ingatan dan kecaman.``
Katanya, berkata  Ibrahim,
Terpilih daripada orang terpilih dari hambanya, bukan dari kedepan mereka itu kepadanya, tetapi dari iradah baginya pada mereka itu., kemudian dia tahu apa yang keluar dari mereka  itu, apa yang lahir di kalangan mereka. Firman Allah `Azza wa Jalla bermaksud:
``Dan demi  sesungguhnya, kami telah meilih mereka dengan berdasarkan ilmu..`` (Al-Dukhan: 32).
Ya`ni daripada kami dengan apa yang ada di kalangan mereka dari pelbagai perkara yang berlainan, kerana siapa yang membeli suatu bekas dia mengetahui aib  yang tidak dipulangkan.
Kita mau tahu konsep tawakkal yang  menjadi pendekatannya yang khusus sebagaimana disebut mengenai latar belakangnya, namun tiada ungkapan mengenai konsep tawakkal berkenaan dan tiada pula pembicaraan oleh pensharh mengenainya.
Demikianlah ungkapan-ungkapan Ibrahim al-Khawas*s*  yang dapat dibicarakan secara ringkas dan terhad.


Sekian.

No comments:

Post a Comment