February 14, 2017

UNGKAPAN ABU MUHAMMAD AL-JARIRI SUKAR DIFAHAMI


BBB,  16 Jamadil-Awwal  1438H. = 13 Februari 2017M. (Isnin):
Nama penuhnya ialah Abu Muhammad Ahmad bin Muhammad bin al-Husain al-Jariri, kunyahnya dinisbahkan kepada bapanya, iaitu Abu al-Husain. Menurut  `Abdullah bin Ahmad al-Baghdadi yang dia mendengar dari Abi al-Hasan al-Sibrawani bahawa nama Al-Jariri ialah Al-Hasan bin Muhammad. Menurut Al-Qushairy, bahawa Abu Muhammad al-Hariri ialah daripada ketua-ketua sufi yang bersahabat dengan Al-Junayd dan bersahabat dengan Sahl bin `Abdullah. Dia berkedudukan selepas Al-Junayd. Dia adalah `alim di dalam tasawuf dan tinggi dari segi hal. Dia meninggal tahun (m. 311H.)
Muhammad al-Jariri mempunyai sanad Hadith kepada Rasulillah s.a.w.
Mengkhabarkan kami `Ali bin Muhammad al-Qazwini al-Sufi, berkata, bercakap kepada kami Ahmad bin Nas*r  ibn `Ali al-Qazwini, berkata, mengkhabarkan kepada kami Abu Muhammad al-Jariri al-Sufi, bercakap kepada kami Ahmad bin Muhammad bin Shakir, bercakap kepada kami Nas*r bin `Ali bercakap kepada kami  `Abd al-A`la berkata, bercakap kepada kami `Ubaidullah bin `Umar daripada Nafi`, daripada Ibn `Umar berkata, bersabda  Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Apabila menjilat anjing bejana (bekas) salah seorang daripada kamu, maka hendaklah ia membasuhnya tujuh kali, sama ada di awal atau di akhirnya dengan tanah.``
Aku mendengar Aba `Abdullah al-Shirazi berkata, ``Aku mendengar Ahmad bin `Ata` al-Rudzbari  berkata, mati al-Jariri, setahun selepas itu aku melalui (selepas setahun), aku dapati dia tersandar duduk dan dua lututnya kepada dadanya dan dia menunjukkan (isyarat satu – Allah) dengan jari telunjuknya.
Aku mendengar Muhammad bin Husain r.h.a. berkata, aku mendengar, Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Aba Muhammad al-Jariri berkata, ``Siapa yang dikuasai nafsu dia menjadi tawanan pada hukum syahawat terkepung di dalam penjara hawa nafsu  dan diharam Allah Ta`ala ke atas hatinya sebarang faedah, maka dia tidak dapat mengecapi kalam Haqq Ta`ala dan tidak menghiasinya walaupun banyak dan berulang-ulang sebutan oleh lisannya, kerana firman Allah Ta`ala bermaksud:
``Akan ku palingkan dari ayat-ayatku bagi mereka yang takabbur di bumi dengan tidak haqq.`` ( Al-A`raf:  146).
Dan berkata Al-Jariri, ``Melihat kepada usul dengan menggunakan cabang-cabang, dan membetulkan cabang-cabang dengan membentangkan usul. Tidak ada jalan kepada maqam mushahadah usul melainkan dengan membesarkan apa yang dibesarkan Allah daripada ranting dan dahan.``
Berkata Ahmad bin Muhammad bin Shakir, ``Adalah bersama kami di dalam masjid Ibrahim bin Auza`ah al-Asbahani, maka dia berkata kepada Nas*r bin  `Ali, Wahai Aba `Amrin, jangan bercakap berkenaannya, kerana ianya tidak mempunyai asal. Aku tidak mengetahui adakah ia Hadith atau tidak.
Aku mendengar Aba Nas*r, `Abdullah bin `Ali al-Sarraj berkata, mengkhabarkan daku Abu al-T*ayyib al-Makki, daripada Abi Muhammad al-Jariri berkata: ``Bersegera mendapat ilmu secara tepat adalah wasilah, dan berdiri pada batas kebenaran adalah kejayaan, tidak bergantung pada ilmu terhad adalah pembuka jalan, tidak semua diberi jawapan bagi semua soalan adalah kebijaksanaan, tidak berpegang pada semua dakwaan penceramah adalah pengawasan, takut kehilangan apa yang disampaikan secara fasahah tidak semestinya  dalam kawalan, mendengar  inti yang disampaikan tidak semudah jangkaan, penerimaan semasa talaqqi adalah keberanian dan meluaskan  persoalan semasa berbincang menambahkan kefahaman.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Aba Muhammad al-Jariri dia ditanya tentang pembaca-pembaca, maka katanya, ``Dia adalah orang yang menuntut akhirat dan berusaha ke arahnya dengan usahanya dan berpaling dari dunia dan kesebokan dengannya.``
Aku mendengar Aba al-Husain berkata, aku mendengar Aba Muhammad berkata, ``Mendirikan agama, menjaga badan melalui antara tiga perkara, memada, mengawasi dan menjaga. Maka siapa memada dengan Allah eloklah dirinya, siapa yang beringat daripada apa yang ditegah betul perjalanannya, saiapa yang mengawasai apa yang tidak selaras dia menjaga tabiatnya, bersifat memada membuka jalan ma`rifat membawa kepada elok kejadian dan puncak penjagaan  sederhana tabiat.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Muhammad, ``Puncak himmah bagi orang awam ialah menyoal, dan pemyampaian darjah pertengahan ialah do`a dan dan himmah bagi arifin ialah dzikir.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu Muhammad, Siapa yang menganggap amalan dari amalnya dia menjangka tercapai maksud ia adalah sebaliknya yang dia sesat dari segi jalan, kerana Nabi s.a.w. bersabda bermaksud:
``Tidaklah menjayakan seseorang oleh amalnya.``
Apa yang tidak sampai apa yang diusaha, bagaimana dia boleh sampai kepada tujuan. Dan siapa yang sah pegangannya kepada kelebihan Allah, inilah yang diharap kepada penyampaian.``
Dengan sanad yang sama kata Abu Muhammad,
``Raja` adalah jalan bagi kezuhudan dan takut ialah jalan kepahlawanan !``
Aku mendengar Ab Bakr, Muhammad bin `Abdullah al-T*abari berkata, berkata seorang lelaki kepada Muhammad al-Jariri, ``Aku ,  dan terbuka bagiku hampran di atas hamparan al-uns (Jinak), aku tergelincir dari tempat, maka aku terhijab dari maqamku, bagaimana jalan kepadanya ? Tunjukkan daku untuk menyampaikan kepadanya. Maka menangis Abu Muhammad lantas ia berkata,
``Wahai  saudara, semua hendaklah menurut garisan yang digariskan. Aku berpuisi beberapa bait sebagai  menjawab soalan:
Tetaplah di tempatmu, semuanya kesan-kesan
Menangis yang dikasihi duka dan rindu memendam
Berapa lama engkau berada bertanya-tanya  berita
Daripada ahlinya, kawan dan kalangan sama merasa
Maka dia menjawab kepadaku tinggalkan  hawa
Tinggalkan orang yang didamba dia adalah berjumpa.

Demikian ungkapan Muhammad al-Jariri yang sukar difahami.

Sekian.

No comments:

Post a Comment