BBB, 21 Jamadil Awwal 1438H. = 18
Februari (Sabtu):
Abu Bakar al-Wasit*i, beliau adalah Abu Bakar al-Wasit*i Muhammad bin Musa berasal dari tempat bernama
Farghanah. Sebab itu beliau juga dikenali sebagai Ibn al-Farghanah. Beliau
adalah dari kalangan ulama` utama dan
besar kedudukan, bersahabat dengan
Al-Junayd dan Abu al-Husain al-Nuri. Dia juga sebagai shaykh bagi kaumnya,
tiada yang banyak bercakap tentang asal usul tasawuf sebagaimana beliau
bercakap. Dia juga alim di dalam ilmu Usul dan ilmu zahir. Dia masuk ke
Khurasan dan bermastautin di Kurah, Marwi dan meninggal di sini pada tahun (m.
320H.).
Berkata Al-Wasiti, ``Takut dan harap adalah
dua punca yang menegah daripada keji adab.``
Berkata Al-Wasiti, ``Mutala`ah tentang
gantian ketaatan melupakan pada fdhilat ketaatan.``
Berkata Al-Wasiti, ``Apabila Seseorang itu
terbawa kepada kehinaan, maka ianya terbawa kepada pergaulan yang menjatuhkan
kedudukannya.``
Aku mendengar Muhammad bin al-Husain berkata,
aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin `Abdil `Aziz al-Maruzi berkata, aku
mendengar Al-Wasiti r.h.a. berkata, ``Tiada ikhlas bagi yang buruk adab, diri
mereka terdedah kepada kejahatan dan kehinaan. Hidup dalam kepicikan. Dengan
tiada ibadat tertutup, lantas jiwa adalah sebagai sarang kejahatan seperti marah dan takabbur. Sumber
makan dari yang haram, maka hasilnya sebagai sumber kejahatan. Firman Allah:
``Allah membinasakan (mematikan) mereka, bagaimana mereka boleh berpaling dari
kebenaran ? (Al-Taubah: 30).
Aku mendengar Ustaz `Ali al-Daqqaq r.h.a.
bercerita tentang Al-Wasit*i yang pada satu hari Juma`at melalui depan sebuah
kedai kasut dalam menuju ke masjid, tiba-tiba tali kasutnya terputus, maka
ditawarkan oleh tuan kedai kasut itu untuk membaiki tali kasutnya. Tawaran itu
diterima. Maka bertanya Al-Wasiti kepada tuan kedai kasut itu, mengapa
tiba-tiba tali kasutnya putus ? Pertanyaan tidak dijawab tuan kedai, Sebaliknya
Al-Wasiti memberitahu, bahawa oleh kerana dia tidak mandi sunat pada pagi
Juma`at itu. Tuan kedai itu memberitahu, Tuan ! Di situ ada bilik mandi,
persilakan untuk mandi. Al-Wasiti pun mandi.
Moral dari cerita mungkin bersifat bergurau
secara benar, atau menyampaikan pengajaran bahawa sunat mandi untuk berjuma`at
untuk menjaga kebersihan yang memang dituntut bila mau ke solat Juma`at.
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah
al-Wa`iz* berkata, Aku mendengar Aba Bakr Muhammad bin Musa Ibn al-Farghani
al-Wasit*i di Marwi berkata, ``Saksilah dengan mushahadah yang haqq kepada diri engkau. Dan jangan engkau melihatnya
sebagai mushahadah bagi orang lain.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata,
``Dibalakan kita berzaman, kerana tidak beradab dengan adab-adab Islam, kita
tentunya tidak menurut adab al-Jahiliyyah dan
tidak dikenali sebagai orang yang mempunyai marwah.``
Katanya dan aku mendengarnya berkata,
``Tawanan oleh beberapa jenis. Yang tertawan dirinya oleh nafsunya, yang
tertawan oleh syaitan dan hawanya, ditawan oleh harta material, dalam kata dan lintasan.
Mereka adalah orang-orang fasiq, selama penyaksian sedemikian meninggalkan
kesan mengganggu kalbu secara ingatan, maka dia menutupnya, jauh dari `ayn
haqiqat, tidak wara` sebagai kalangan yang wara`, tidak zuhud sebagai kalangan
yang zuhud, kerana gangguan yang menghalang pada rahsia diri. Siapa yang berusaha berpaling dari gangguan
dan menghayati kewarakan walau sedikit cuma, maka dia dapat melihat jalan benar
pada kewarakan dan hakim pada adabnya.``
Katanya, dan aku mendengar ianya berkata,
``Sefaqir fuqara` siapa yang dilindung oleh haq akan hakikat haqnya
daripadanya.``
Katanya, dan aku mendengarnya berkata, ``
Cinta membawa kepada shauq dan shauq membawa kepada uns, siapa yang luput
daripada shauq dan uns sesungguhnya dia hilang daripada cinta.``
Katanya dan aku mendengar dia berkata,
``Bagaimana boleh dilihat kelebihan itu kelebihan, sedang ia tidak aman
daripada tipu daya.``
Katanya, dan aku mendengar dia berkata, ``Al-Muwahhid (yang mengesakan
Allah) tidak melihat melainkan segalanya dari tindakan rububiyyah Allah, kepadaNya
tumpuan `ubudiyyahnya semata-mata kepadaNya, di dalamnya terkamir qadar dan
bahagian.``
Aku mendengar Aba `Uthman Sa`id bin (Abi)
Sa`id berkata, aku mendengar Ahmad bin Muhammad bin Hatim al-Darabadarji
berkata, aku mendengar Al-Wasiti berkata, ``
``Waktu kurang dari sesaat, engkau
mengalami sama ada ni`mat atau azab, sebelum waktu itu, engkau mengalami hal
dalam waktu berkenaan. Apa yang selepas itu engkau tidak mengetahui baik atau
sebaliknya.``
Aku mendengar Shaykh Aba `Abdullah al-Hadhrami al-Faqih berkata,
aku mendengar Aba al-`Abbas al-Sayyari berkata, aku mendengar Aba Bakr
al-Wasit*i berkata:
``Mereka yang berdzikir dengan dzikir
mereka kadang lebih lalai daripada orang yang lupa dari berdzikir, kerana
dzikirnya sama.``
Dan aku mendengar Aba al-Hasnuni berkata, berkata Abu Bakar al-Wasiti, ``Manusia (yang
mendapat hidayah) ada tiga lapisan (kurniaan):
Lapisan pertama yang diberi Allah kepada
mereka cahaya hidayah. Mereka terpelihara daripada kufur, syirik dan nifaq.
Lapisan kedua: Mereka diberi cahaya `inayah,
mereka terpelihara dari dosa kecil dan besar.
Lapisan ketiga: Mereka yang dikurniai dengan kifayah, mereka
terpelihara daripada lintasan-lintasan yang merosakkan dan dan tindak tanduk
orang yang lalai.``
Demikian pandangan kesufian Abu Bakar
al-Wasit*i untuk direnungi.
Sekian.
No comments:
Post a Comment