BBB, 29 Jamadil Awwal 1438H. = 26 Februari
2017M. (Ahad):
Nama lengkap baginya ialah Abu Muhammad
`Abdullah bin Muhammad al-Murta`sh al-Nisaburi dari bahagian Mahallah al-Hirah
dan ada dikatakan dari Malqabadz. Dia bersahabat dengan Abi Hafs* al-H*addad dan Abi `Uthman al-H*addad.
Dia berjumpa dengan Al-Junayd dan bersahabat dengannya. Dia menetap di Baghdad
hingga menjadi salah seorang Shaykh di `Iraq dan menjadi imam bagi mereka. Kata Abu `Abdullah al-Razi, adalah shaykh-shaykh di `Iraq
berkata, ``Keajaiban di `Iraq di dalam tasawuf ada tiga: Isharat al-Shibli,
Ungkapan Al-Murta`ish dan Hikayat Jaa`far al-Khuldi.
Adalah Abu Muhammad bin al-Murta`ish
bermukim di Masjid al-Tanwiriyyah di Baghdad dan meninggal (di Baghdad) pada tahun (m. 328H.).
Ungkapan-ungkapan Al-Murta`ish:
Berkata Al-Murta`ish kemahuan (al-iradah)
ialah mengawal nafsu terhadap apa yang dikehendaki dan penerimaan terhadap
suruhan Allah Ta`ala dan redha dengan apa yang datang qadha` ke atasnya.
Dikatakan kepadanya bahawa si pulan
berjalan di atas air, maka dia berkata, padaku orang yang dapat menentang hawa
nafsunya adalah lebih besar dari yang berjalan di udara.
Aku mendengar Muhammad bin `Abdullah
al-Razi berkata, aku mendengar Aba
Muhammad al-Murta`ish berkata,
``Tenang hati kepada yang lain dari Tuan (Al-
Maula) menyegerakan akibat dari Allah di
dunia.``
Katanya, berkata Al-Murta`ish, ``Berlalu
hakikat sesuatu, dan kekal nama-namanya, maka nama wujud dan hakikat-hakikat
menghilang, dakwaan-dakwaan tentang rahsia-rahsia tersembunyi, lidah-lidah
membicarakannya dengan fasih, perkara-perkara yang berhubung dengan-hak
digunakan, secara dekat hilang apa yang diperkatakan dan dakwaan-dakwaan. Tiada
kedapatan lagi lisan yang memperkatakan dan tiada yang mendakwa mendapat
pujian.``
Aku mendengar Ahmad bin Muhammad bin
Zakariyya berkata, aku mendengar Ahmad bin `At*a` berkata, aku mendengar
Al-Murta`ish berkata, ``Aku tidak menghadap Allah Ta`ala dengan rahsia yang
khas, melainkan pada zahir yang am.``
Aku mendengar Ahmad bin `Ali bin Jaa`far
berkata, `Adalah aku bersama Al-Murta`ish duduk, maka berkata seorang lelaki, `` Sesungguhnya malam
memanjang, nyaman udara, maka Al-Murta`ish memandang kepadanya, dia diam
beberapa ketika, kemudian dia berkata, ``Aku tidak tahu apa yang dikata, selain
dari aku berkata, ``Aku mendengar dari setengah tukang cerita, pada malam-malam
begini dia berlagu:
Aku tidak tahu adakah panjang malam atau
tidak
Bagaimana bulan purnama tergantung nampak
Jikalau bercabang cahaya memanjang malam
Dan bintang benderang mengelirukan siang
Ssungguhnya bagi `ashiqin terasa
pendek malam
Kepanjangannya hanya menggusarkan berjiwa
gersang.
Dengan sanad yang sama berkata Al-Murta`ish,
waswas menjadikan penanggungnya tercengang, sedang ilham, membawa kepada penambahan
faham dan keterangan.
Dan dengan sanad yang sama kata
Al-Murta`ish, ``Usul tauhid tiga perkara,
Ma`rifat Allah Ta`ala dengan Rububiyyah,
Ikrar kepadaNya dengan Wahdaniyyah dan menafikan lawan denganNya secara
keseluruhan.
Dengan sanad yang sama kata
Al-Murta`ish, ``Seafdhal-afdhal amalan
mentashihkan `ubudiyyah bagi mushahadah
dan melazimkan khidmat menurut Sunnah.``
Dengan sanad yang disoal Al-Murta`ish,
``Dengan apakah mencapai hamba cintakan Allah ? Maka katanya, Benci kepada
perkara yang dibenci Allah, iaitu dunia dan hawa nafsu.``
Dengan sanad yang sama katanya disoal
Al-Murta`ish sekali lagi, ``Dengan apakah mencapai hamba kecintaan, maka
katanya,``Mendekati auliya` Allah, menyeterui akan seteru-seteruNya kemudian
duduk bersama yang duduk di dalam majlis
mereka, maka dinsyidkan bait-bait berikut:
Menyerupai
seteruku, menjadiku keliru
Adalah nasibku daripada nasib engkau itu
Menyedarkanku tentang kekerdilan
Tidak mungkin yang menipu capai kejayaan.
Dengan sanad yang sama berkata
Al-Murta`ish, ``Memperbaiki muamalat ialah dengan dua cara, iaitu sabar dan
ikhlas. Sabar dengan ujian dan ikhlas
murni dalaman.
Aku mendengar Shaykh Aba Sahl, Muhammad bin
Sulaiman al-Faqih berkata, berkata seorang lelaki kepada Al-Murta`ish,
``Wasiatkan daku``. Maka katanya,
``Pergilah kepada orang yang lebih baik bagi engkau berbanding dengan ku dan
tinggallah aku kepada orang yang lebih bagiku daripada engkau.``
Aku mendengar Aba al-Farja bin al-S*ani`
berkata, diriwayatkan Al-Murta`ish pada sepuluh terakhir, dia keluar dari
masjid jami`, maka dikatakan kepadanya, ``Apa
sebab yang mengeluarkan engkau dari masjid ? Maka katanya, ``Untuk
melihat qari-qari dan melihat ketaatan
mereka membesarkannya (Al-Qur`an).
Dengan sanad yang sama berkata
Al-Murta`ish, ``Berpeganglah di atas jaminan Allah pada engkau dari segi rezeki
dan bersungguhlah pada menunaikan apa yang difadhukan kepada engkau, engkau
tenang dengan kekhususannya.``
Dan dengan sanad yang sama, kata
Al-Murta`ish, ``Cenderung kepada sebab-sebab menyebabkan terputus hati dari
bergantung pada penyebab bagi
sebab-sebab.``
Demikian pendapat Al-Murta`ish yang bernas.
Sekian.
No comments:
Post a Comment