February 6, 2017

ABU `UBAID AL-BISRY DAN SHAH AL-KARMANI: KATA-KATA PANDUAN


BBB, 08 Jamadil-Awwal 1438H. =  05 Februari  2017M. (Ahad):
Abu `ubaid al-Bisry adalah dari kalangan `ulama` sufi silam, dia bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi.
Berkata Al-Qushairy, aku mendengar Muhammad bin al-Husain r.h.a. berkata, aku mendengar `Abdullah bin `Ali berkata, aku mendengar Al-Duqqi berkata, aku mendengar Ibn al-Jala` berkata, ``Aku bertemu enam ratus shaykh, tetapi aku tidak melihat melebihi empat orang, iaitu:
1`) Dzu al-Nun al-Misri  2)  Bapaku   3) Abu Turab al-Nakhshabi  4) Abu `Ubaid al-Bisry.
Aku medengar Shaykh Aba `Abdul Rahman al-Sulami r.h.a. berkata, aku mendengar Ahmad bin Muhammad al-Baghawi berkata, aku mendengar Muhammad bin Mu`ammar berkata, aku mendengar Aba  Zar`ah al-Hasani berkata, ``Adalah Abu `Ubaid al-Bisry pada satu hari di Jarjar mengajar, tempatnya antaranya dengan Al-Hajji tiga hari, ketika di situ dia didatangi dua orang lelaki, maka kata mereka berdua, ``Wahai Aba `Ubaid tuan masih mampu menunaikan haji ?``  Maka katanya, `Tidak` kemudian berpaling kepadaku dan berkata, ``Shaykh engkau ini lebih berkemampuan dari mereka berdua, dimaksudkan dirinya.``
(Maklumat tentang tokoh di atas adalah terhad).
Tokoh seterusnya yang disusun oleh Al-Qushairy ialah, Shah al-Karmani:
Beliau ialah Abu al-Fawaris Shah bin Shuja`  al-Karmani. Dia, menurut Al-Sulami adalah dari turunan anak raja. Shah bersahabat dengan Abu Turab al-Nakhshabi, Abu `Ubaid al-Bisry dan Abu `Abdullah bin al-Darra` al-Basari. Dia dikatakan berasal dari Marwi, pernah ke Naisaburi bagi menziarah Abu Hafs dan bersamanya Abu `Uthman al-Hiri. Adalah dia dari kalangan pemuda dan dari kalangan generasinya. Beliau menghasilkan risalah-risalah terkenal dan menggubah  `Al-Muthallathah` (Bentuk Tiga-Tiga) yang dinamakan `Cermin Hukama`. Dia meninggal sebelum (m. Sebelum 300H.).
Antara ungkapan Shah  al-Karmani ialah, ``Alamat taqwa ialah wara`  dan alamat wara` ialah menjauhi dari perkara shubahat. Dia juga berkata kepada sahabatnya, ``Jauhilah dari orang yang berdusta dan khianat dan mengacum (ghibah) dan lakukan perkara yang terbaik bagi kamu.``
Al-Qushairy  mendengar al-Shaykh Aba Abdul Rahman al-Sulami berkata,, aku mendengar datukku Ibn Najid berkata, berkata Shah al-Karmani, ``Barang siapa memelihara matanya daripada perkara yang haram, menahan diri dari syahwat dan menjaga batinnya dengan berterusan bermuraqabah dan dari segi zahirnya mengikut  al-Sunnah dan membiasakan dirinya memakan perkara yang halal, maka dia insya Allah tidak silap dari segi firasat.
Katanya, ``Aku melihat khat datukku, Abi Amrin Ismail bin Majid, berkata Shah bin Shuja`  al-Karmani, ``Tumpuan orang `arif kepada tiga perkara:
``Meneliti kepada ma`budnya, berjinak, mulahaz*ah bagi mencapai faedah dengan bersyukur kepadanya,  mengingati dan waspada dari dosa dan mengaku  dengan dosa  yang membawanya bertaubat.``
Berkata Shah, ``Siapa yang bersahabat dengan engkau dan bermuwafakat dengan apa yang disukai dan berlainan dengan apa yang engkau benci, maka sesungguhnya dia bersahabat dengan hawa nafsumya. Dan siapa yang bersahabat dengan hawa nafsunya, dia menuntut kerehatan dunia.``
Berkata Shah, ``Lakukan ketaatan dan bersihkan sebaik mungkin dan lihat mana-mana yang keji untuk diperbaiki.``
Aku mendengar Aba al-Husain al-Farisi berkata, aku mendengar Aba `Ali  al-Ansari  di As*t*akhri berkata, aku mendengar Shah bin Shuja` al-Karmani berkata,
``Bagi ahli yang mempunyai kelebihan ada kelebihan yang tidak mereka lihat, maka jika mereka lihat tiada lagi kelebihan itu, dan bagi ahli wilayah ada wilayah selama mereka tidak melihatnya.  Apabila mereka melihat, maka tiada lagi wilayah baginya.``
Kata Shah al-Karmani lagi, ``Yang terpuji adalah dari tabiat orang yang merdeka dan terkeji pula dari tabi`at kehinaan. Kita menyembah Allah dari kerana taat dan cinta kepadaNya.``
Berkata Shah al-Karman, ``Cinta wali-wali Allah Ta`ala  adalah dalil cinta terhadap Allah Ta`ala.``
Katanya lagi, ``Berpaling dari kebenaran menandakan kedurhakaan.``
Katanya lagi, ``Alamat cenderung kepada yang batil ialah mendekati orang-orang yang batil.``
Katanya lagi, ``Siapa yang mengenal Tuhannya, dia bersungguh mohon keampunanNya dan mengharapkan fadhilatNya.``
Kata Shah al-Karmani, ``Alamat berhikmat mengenali kadar kedudukan manusia.``
Berkata Shah lagi (secara lebih lengkap), ``Alamat taqwa adalah wara`, dan alamat wara`tidak melibatkan diri pada perkara-perkara shubuhah. Alamat takut ialah dukacita, alamat raja` ialah elok dari segi ketaatan dan alamat zuhud ialah pendek angan-angan.``
Berkata Shah al-Karmani, ``Tidaklah seorang itu takjub dengan dirinya,melainkan makin tertutuplah diri dari Tuhannya.``
Berkaa Shah al-Karmani, ``Siapa yang mengenal Tuhannya, maka dia lupa selain daripadaNya, siapa yang jahil tentang Tuhannya dia bergantung kepada selain dariNya. Siapa yang berpegang dengan ilmu dia berjaya, siapa yang berpegang dengan kejahilan dia gagal dan binasa.``
Dan berkata Shah al-Karmani, ``Orang yang jahil dalam kegelapan kejahilannya. Bagaimana pula jika ada yang alim di dalam kegelapan ilmunya dan kegelapan ilmu yang salah lebih lagi.``
Demikianlah berbagai-bagai ilham yang diterima para sufi berkenaan yang antaranya begitu baik dan mengkagumkan.  Kata-kata mereka dapat dijadikan panduan dan hiasan di dalam kehidupan dan amalan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment