BBB,
23 Jamadil- Awwal 1438H. = 20
Februari 2017M. (Isnin):
Ibarahim al-Ruqiyy adalah dari kalangan
shaykh sufi terbesar di Sham. Dia adalah dari teman Al-Junayd dan Ibn al-Jalla`.
Dia meninggal pada tahun (m. 326H.). Kata Ibrahim al-Ruqiyy:
``Ma`rifat ialah menthabitkan kebenaran
tanpa ada kewahaman (luar dan dalam).
Dia berkata, ``Qudrat adalah z*ahir dan
penglihatan mata-mata (a`yun) terbuka, tetapi cahaya penglihatan adalah
lemah.``
Katanya lagi, ``Selemah-lemah makhluk
adalah dari kelemahan menolak syahwatnya dan sekuat-kuat makhluk adalah dari kekuatan menolaknya.``
Dan katanya, ``Alamat cintakan Allah
berkesan pada ketaatannya dan pengikutannya terhadap Nabinya s.a.w.``
Manakala Mumshadz al-Dainuri (Al-Sulami) – di baca oleh Al-Qushairy
Mumshad. Adalah dari kalangan pembesar sufi. Bersahabat dengan Yahya al-Jalla`.
Tinggi pencapaiannya di dalam keilmuan tasawuf. Terkenal sebagai salah seorang
pemuda di `Al-Jibal` (nama tempat) dan nyata kecerdasannya. Abu Zar`ah
menyebutnya meninggal pada tahun (m. 299H.).
Kata Mumshadz, ``Adab murid ialah
melazimkan menghormati shaykh-shaykh
sufi dan berkhidmat kepada kawan-kawan dan keluar dari sebab-sebab dan memelihara
adab-adab shara` pada dirinya.
Dan kata Mumshadz, ``Aku tidak saja semata-mata masuk ke atas seorang dari
shaykh-shaykhku, melainkan aku kosong
daripada hartaku, aku tunggu barakat
yang mungkin datang kepadaku daripada melihatnya dan daripada kalamnya.
Sesungguhnya siapa yang masuk kepada seseorang shaykh dengan peluangnya,
mungkin terputus dari barakat melihatnya dan duduk bersamanya dan bercakap
dengannya.``
Dengan maksud pertemuan adalah semata-mata
secara ikhlas, tanpa bertujuan sesuatu yang menjadi harapan dalaman.
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku
mendengar Mumshadz berkata,
Jalan kebenaran adalah jauh dan sabar
bersama kebenaran adalah bersangatan ujian.``
Dengan sanad yang sama berkata Mumshadz
``Meghimpun pengertian ma`rifat, ialah sebenar-benar iftiqar kepada Allah Ta`ala.``
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz,
``Jikalau engkau menghimpun hikmat kalangan yang awal dan kalangan yang akhir
dan engkau mendakwa ahwal bagi pimpinan daripada auliya`, maka engkau tidak
sampai kepada darajah al-`Arifin hingga
bertempat sirr engkau kepada Allah Ta`ala. Dan engkau mempercayainya apa
yang dijamin oleh Allah kepada engkau.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata, aku
mendengar Faris al-Dainuri berkata,
``Keluar Mumshadz dari pintu sebuah rumah, maka disalak
kepadanya oleh seekor anjing, maka kata Mumshadz, ``La ilaha illa Allah``, maka
mati anjing di tempat itu juga.``
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz,
``Alangkah huduhnya lalai dari ketaatan terhadap yang tidak lalai
tentang kebajikan engkau.
Alangkah huduhnya lalai daripada mengingati
terhadap yang tidak lalai dari menyebut engkau.``
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz,
``Kosong hati pada mengosongkan dari apa
yang engkau berpegang dengannya oleh ahli dunia daripada kelebihan dunia mereka
itu.``
Aku mendengar Aba Bakr al-Razi berkata,
``Bagi orang `arif ada cermin, apabila dia
melihat padanya, maka bertajalli baginya Tuannya.``.
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz,,
``Tidaklah menulis yang sahih kepada yang
sahih dan tidak bertemu sahih dengan yang sahih dan dia tidak mendustakannya
pada hakikatnya.``
Dengan sanad ini kata Mumshadz, ``Siapa
yang bagi Allah himmahnya, tidak memutuskannya oleh qadar dan dia tidak
terjatuh di dalam kesalahan.``
Dengan sanad ini kata Mumshadz, ``Aku melihat di dalam persafiranku, seorang
shaykh yang kelihatann baik, maka kataku, ``Wahai Tuan, beri pesanan kepadaku
sebagai bekalan.`` Maka katanya,
``Peliharalah himmahmu, kerana himmah adalah permulaan bagi sesuatu, siapa yang
pada permulaan himmahnya baik dan benar padanya, maka eloklah barang yang
selepasnya dari segi amalan dan ahwal.``
Dengan sanad yang sama kata Mumshadz,
``Adab murid empat perkara: Hormat kepada guru-guru, khidmat kepada
kawan-kawan,, keluar daripada sebab-sebab dan menjaga adab-adab shara` di atas
dirinya.``
Dengan isnad yang sama kata Mumshadz,
``Bersahabat dengan orang yang baik, mewariskan di dalam hati kebaikan, dan
bersahabat dengan orang yang jahat mewariskan di dalam hati kerosakan.``
Dan dengan sanad yang sama, katanya, disoal
Mumshadz, tentang tawakkal, maka
katanya,
``Tawakkal ialah mengawal diri dari
ketamakan daripada tiap-tiap sesuatu yang cenderung hati dan dirimu
kepadanya.``
Dan dengan sanad yang sama kata Mumshadz,
``Roh-roh para anbiya` di dalam hal kashaf, manakala roh-roh para s*iddiqin
pada kedekatan dan pandangan (qurbah dan it*la`).
Demikian pendapat Ibrahim al-Ruqiyy dan Mumshadz al-Dainuri.
Sekian.
No comments:
Post a Comment