February 12, 2017

KATA-KATA AHMAD BIN MUHAMMAD BIN MASRUQ


BBB,  14 Jamadil Awwal 1438H. = 11 Februari 2017M. (Sabtu)
Nama lengkapnya ialah Abu al-`Abbas Ahmad bin Muhammad bin Masruq dari ahli T*us dan tinggal di Baghdad. Dia meninggal pada tahun (m. 298H. atau 299H.). Dia bersahabat dengan Al-Harith al-Muhasibi, Sari al-Saqati, Muhammad bin Mansur al-T*usi dan Muhammad Husain  al-Burjulani. Dia adalah tergolong dari kalangan terawal  shaykh-shaykh sufi yang berkedudukan tinggi. Dia dirujuk sebagai Ibn Masruq atau Abu al-`Abbas.
Abu al-`Abbas bin Masruq mempunyai sanad yang berhubung dengan Rasulullah s.a.w. iaitu:
Mengkhabarkan kami oleh Abu Muhammad, `Abdullah bin Muhammad bin `Abdullah bin `Abdul Rahman al-Sha`rani al-Sufi berkata, bercakap kepada kami oleh Abu al-`Abbas, Ahmad bin Muhammad bin Masruq al-T*usi, bercakap kepada kami Muhammad bin al-Husain al-Burjulani, bercakap kepada kami Ibn Lahi`ah daripada Bakr bin Sawadah daripada Ziyad bin Nu`aim, daripada Warqa` bin `Amrin al-Hadhrami, daripada Ruwaifi` bin Thabit,  daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda, bermaksud: ``Siapa bersalawat ke atasku dan berkata, Allahumma, turunkanlah ke atas Baginda maqam yang terpuji yang mendekatkan di sisi Engkau pada hari kiamat, adalah dia di dalam shafaatku.``
Berkata Ibn Masruq, `` Siapa yang bermuraqabah kepada Allah Ta`ala pada setiap lintasan hatinya Allah memelihara pada setiap gerak anggotanya.``
Kata Ibn Masruq lagi, ``Membesarkan kehormatan orang mu`minin adalah dari kehormatan Allah Ta`ala dan dengannya menyampaikan hamba kepada hakikat taqwa.``
Kata Ibn Masruq lagi, ``Pokok ma`rifat disiram dengan air fikrah dan pokok lalai disiram dengan air  kejahilan.  Pokok taubah disiram dengan air kekesalan dan pokok mahabbah disiram dengan air keselarasan dan muafakat.``
Berkata Ibn Masruq, ``Apabila tamak pada ma`rifat dan tidak berlaku penilaian dari segi peningkatan secara bertahap, maka engkau sebenarnya di dalam kejahilan.``
``Apabila engkau menuntut sebarang kehendak sebelum sahih dari segi taubat, maka engkau di dalam lalai daripada apa yang engkau tuntut.``
``Aku mendengar Yahya bin Yahya al-Shafi`e berkata, aku mendengar Ja`far bin Muhammad bin Nasir berkata, disoal Abu al-`Abbas  bin Masruq, ``Apa itu tawakkal ?`` Maka katanya, ``Pergantungan hati terhadap Allah.``.
Dengan sanad ini juga dia disoal lagi tentang tawakkal, maka katanya, ``Engkau berusaha pada yang bagi engkau dan bukan bagi engkau dan keluar engkau daripada yang bukan bagi engkau kepada yang bagi engkau dengannya.``
Dengan sanad ini juga Abu al-`Abbas bin Masruq ditanya tentang tasawuf, maka katanya, pengosongan rahsia daripada yang tidak dapat tidak daripadanya dan pergantungan pada yang tidak dapat tidak denganNya.``
Dengan sanad yang sama Abu al-`Abbas ditanya mengenai  sima` ruba`iyyat (Pendengaran susunan puisi ruba`iyyat), maka katanya, Adalah hati kita hati yang tidak jinak dari segi ketaatan, mengungkapkannya satu keberatan, ku bimbang kalau kita menganggapnya satu kemudahan (rukhs*ah), maka kita melangkah kepada rukhs*ah. Aku melihat ruba`iyyat adalah bagi mereka yang istiqamah dari segi zahir dan batin, kuat hal dan sempurna ilmu.``
Aku mendengar Abu Bakr al-Razi berkata, aku mendengar Ja`far al-Khuldi berkata, ``Aku menyoal Aba al-`Abbas  bin Masruq masalah yang berhubung dengan akal. Maka katanya kepadaku, ``Wahai  Aba Muhammad, brangsiapa yang tidak sampai kepada pencapaian (`akal), daripada akalnya, bagi akalnya, dia binasa dengan akalnya.``
Dengan sanad yang sama disoal Abu al-`Abbas ``Siapa itu zahid ?`` Maka katanya, ialah yang  dia tidak mmilikinya , pergantungan pada Allah tanpa sebab.``
Berkata Abu al-`Abbas, ``Banyak memandang kepada perkara batil menghilangkan ma`rifat tentang Haqq dari hati.``
Dengan sanad yang sama kata Abu al-`Abbas, ``Orang yang dita`dib Tuhannya, tidak mengalahkannya oleh sesuatu.``
Berkata Abu al-`Abbas, ``Engkau  dalam kepupusan  umur sejak engkau keluar dari perut ibumu.``
Dengan sanad ini berkata Abu al-`Abbas, `` Orang mu`min dikuatkan dengan  dzikir Allah dan orang munafiq dikuatkan dengan makan.``
Dengan sanad yang sama kata Abu al-`Abbas, ``Siapa tahqiq dengan taqwa, kecil baginya segala  rintangan dunia.``
Dengan sanad ini, kata Abu al-`Abbas, ``Engkau membesarkan kehormatan orang mu`minin  adalah dari membesarkan kehormatan Allah Ta`ala dan dengannya menyampaikan seseorang hamba kepada penghayatan hakikat taqwa.``
Dengan sanad yang sama kata Abu al-`Abbas, ``Dengan taqwa tidak seorang  sengaja memanjangkan penglihatan kepada bunga-bunga dunia, dan tidak terfikir dengan hati padanya.``
Dengan sanad yang sama kata Abu al-`Abbas, `` Apa yang ditakuti oleh al-`arif ialah hilangnya kebenaran.``
Dengan sanad yang sama berkata Abu al-`Abbas, `` Barang siapa kesukaannya pada bukan yang haqq, maka akan mewarisinya duka, dan barang siap yang jinaknya bukan pada khidmat Allah, sesungguhnya jinaknya,  jinak yang liar !``
Menasyidkan daku  oleh  Al-Husain bin Ahmad bin Musa, berkata, menasyidkan daku Ibn Mukhallad bagi Abi al-`Abbas:
Sebelum ini nafsuku terpaut pada yang keji dan mulia
Aku mengikut apa yang berlaku tanpa kira  bicara
Hinggalah peristiwa pahit menimpa membawa redhaku
Hari-hari berlalu makin menebal  keinsafan itu.

Sekian.  

No comments:

Post a Comment