BBB, 27 Jamadil-Awwal 1438H. = 24 Februari 2017 (Juma`at):
Sebagaimana pernah disebutkan, bahawa antara
tokoh terawal yang membicarakan tokoh sufi mendahului Al-Qushairy dengan
Al-Risalat al-Qushayriiyyah dan Al-Sulamii di dalam Tabaqat al-Sufiyyah ialah Abu Nasr al-Sarraj dengan kitabnya
Al-Luma`. Beliau membicarakan tentang kata-kata lapan orang tokoh sufi terkenal, iaitu tentang
Abu Yazid al-Bistami, al-Shibli, Al-Junayd, Al-Husain al-Nuri, Abu Hamzah
l-Sufi, Abu Bakr `Ali bin Hasan, Muhmmad bin Musa al-Farghani dan al-Wasit*i.
Tumpuan pembicaraan di sini adalah lebih
terhadap pendapat dan kata-kata
Al-Shibli, Pembicaraan yang agak panjang
diberi oleh Al-Sulami di dalam Tabaqat al-Sufiyyah. Pembicaraan lebih tertumpu
kepada ungkapan-umhkapan yang antaranya
bersifat kontroversi.
Seterusnya berhubung dengan Shibli, katanya,
``Aku
mendengar dari Aba Sa`id al-Razi berkata, aku mendengar bahawa Shibli
disoal tentang `Zuhd`, maka katanya.
``Memusingkan hati dari sesuatu kepada Tuhan Yang Satu.``
Katanya, aku mendengar Shibli berkata, ``Siapa
yang mengenal Allah khudhu` padaNya oleh
tiap-tiap suatu, kerana bahawasanya dia menentukan kesan pemilikanNya
padanya.``
Dan dengan sanad yang sama, katanya, aku
mendengar Shibli ditanyai tentang, ``Apa itu dunia ?
Maka katanya, ``Periuk yang bergelegak,
bagaimana memenuhinya.``
Dan dengan sanad yang sama, katanya, aku
mendengar Al-Shibli ditanya tentang hawa nafsu, dengan apa dapat mengawal hawa
nafsu, Katanya dengan riyadhiyyat dan bersifat qana`ah.
Dengan sanad yang sama katanya,, `Aku
mendengar Shibli berkata, ``Jika tiada terlintas al- kaun terhadap Allah
Ta`ala, bagaimana terlintas pada al-kaun dengan hati sebagaimana siapa yang mengenal al-mukawwan ?
Aku mendengar Aba al-`Abbas Muhammad bin al-Hasan bin al-Khabbab berkata, aku mendengar
setengah sahabat Shibli berkata,, ``Aku melihat Shibli pada waktu tidur
(bermimpi), maka aku katakan kepadanya, ``Wahai Aba Bakr, Siapa yang
membahagiakan sahabat engkau, bagaimana nasihat engkau ?. Maka katanya, ``Yang
terbesar kalangan mereka ialah yang menjaga kehormatan Allah (patuh), lebih
dengan berdzikir kepada Allah, mereka mendirikan haq Allah, menyegera mereka
itu berlumba pada mendapatkan keredhaan Allah, mengenal mereka dengan
kekurangan diri dan lebih banyak mereka itu membesarkan dengan apa yang
mengagungkan Allah daripada kehormatan hambanya.
Aku mendengar Aba Sa`id al-Razi berkata,
``Berkata seorang lelaki kepada Al-Shibli, ``Do`akan Allah untukku``. Maka dia
menjawab secara berpuisi:
Berlalu zaman, manusia memohon dariku shafaat
Adakah bagiku hingga ke malamku esok memberi
shafaat ?
Aku mendengar dia berkata, dikatakan kepada
Shibli, kulihat tubuhmu kurus, tapi cinta menyala, maka dia berkata dengan
puisi:
Cinta ialah hatiku, biar badan tidak tahu
Kalau dia tahu
tidak dapat menambah beratku.
Aku mendengar `Abdul Wahid bin Bakar berkata,,
aku mendengar `Umar bin `Abdullah berkata,, aku mendengar Shibli berkata,
``Jika menerima orang `alim dengan apa yang padanya, nescaya musibah padaku,,
lantaran tidaklah minuman mereka minumanku, dan dzauq mereka dzauqku. Mereka
tidak akan menerima ku.``
Aku mendengar Aba Nasr al-T*usi berkata,, aku
mendengar Al-H*as*ri berkata, aku
mendengar Al-Shibli berkata, ``Allah membutakan penglihatan yang melihatnya,
sedang dia tidak melihat kesan-kesan kekuasaanNya. Dialah satu-satunya
yang melahirkan kesan kudratNya,
satu-satunya yang melahirkan saksi-saksi kemuliaanNya, maka sesungguhnya dia dalil
kelebiihan di atas segala sesuatu, dilebihkan hingga tiada melebihi sesuatu melainkan
Dia, bagaimana mereka berpecah pendapat, sedang tiada yang mengatasi semua.
Aku mendengar Aba al-`Abbas al-Nasawi berkata,
aku mendengar al-Shibrawani berkata, aku mendengar al-Shibli berkata,
``Hendaklah bersama himmah engkau hingga tidak
mendahului dan tidak terkemudian.``
Mendengarnya berkata, , Aku mendengar Aba `Ali
al-Ja`fari berkata, aku mendengar
setengah shaykh berkata, aku mendengar Ibrahim bin Z*arif berkata, berkata
Al-Junayd kepada Al-Shibli,
``Kalau engkau memulangkan persoalan engkau
kepada Allah nescaya engkau rehat !,
Maka berkata Al-Shibli, ``Wahai Aba al-Qasim,
``Kalau Allah memulangkan perkara engkau nescaya engkau rehat !`` Maka berkata
Al;-Junayd, ``Pedang Al-Shibli menitiskan darah !``
Aku mendengar `Abdullah bin `Ali al-Baghdadi
berkata, aku mendengar Al-Shibli berkata,
``Lalai sekejip mata daripada Allah – bagi ahli
ma`rifat, adalah syirik dengan Allah !.
Dan dengan sanad yang sama berkata , aku
mendengar Al-Shibli berkata,
``Siapa mengenal Allah, tidak ada baginya
kerisauan selama-lamanya.``
Dengan sanad yang sama berkata Al-Shibli, ``Gembira dengan Allah lebih aula daripada
berduka berdepan dengan Allah.
Dengan sanad yang sama katanya, aku mendengar
Al-Shibli berkata,
``Hati Ahlu al-Haqq terbang kepadaNya dengan
sayap-sayap ma`rifat dan gembira dengan `Tuan`
yang dikasihi.
Dengan sanad yang sama katanya, aku mendengar
Al-Shibli berkata, `` Kemerdekaan ialah kemerdekaan hati, tidak yang lain.``
Dengan sanad yang sama katanya, aku mendengar
Al-Shibli berkata, ``Tidak ada bagi orang yang terlindung dengan makhluk sampai
kepada Al-Haqq, sebagaimana terlindung Al-Haqq oleh makhluk.. Dan tiada bagi
yang ditarik cahaya kudus kepada unsnya
sebagaimana ditarik cahaya rahmatnya kepada keampunanNya.``
Demikian antra pendapat Al-Shibli yang
antaranya bersifat halus yang perlu difahami secara teliti.
Sekian.
No comments:
Post a Comment