January 31, 2017

CETUSAN ABU AL-HUSAIN AL-NURI PENGUKUH SUNNI


BBB, 02  Jamadil-Awwal 1438H. = 30 Januari 2017M. (Isnin):
Nama penuh bagi Al-Nuri ialah Abu al-Husain Ahmad bin Muhammad al-Nuri.  Dilahir dan terdidik di Baghdad, berasal dari Khurasan, dari sebuah kampung antara Hirat dan Marwu al-Rudz yang dipanggil Bughshur. Dia dikenali sebagai Ibn al-Baghawi. Dia adalah Shaykh utama kaum dan `ulama` mereka. Tidak ada pada masanya seelok  t*ariqat yang dibawa dan tiada selembut kata seumpamanya. Meninggal tahun 295H. Sehayatnya dia bersahabat dengan Sari al-Saqati, Ibn Abi al-Hawari, Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab. Dia juga berkesempatan dengan Al-Junayd dan Ahmad bin Abi al-Hawari.
Al-Nuri mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.:
Mengkhabarkan kami oleh Abu al-Qasim, `Abdul Rahim bin `Ali al-Bazzar al-Hafiz* di Baghdad berkata, bercakap kepada kami Abu `Abdullah, Muhammad bin `Umar bin al-Fadhl, bercakap kepada kami Muhammad bin `Isa al-Dihfan berkata,  ``Adalah aku berjalan bersama Abu al-Husain, Ahmad bin Muhammad yang terkenal dengan panggilan Ibn al-Baghawi al-Sufi. Maka kataku kepadanya, ``Apakah yang engkau hafaz* daripada Sari al-Saqati. Maka dia berkata:
Bercakap kepada kami Al-Sari daripada Ma`ruf al-Karkhi daripada Ibn al-Samak, daripada Al-Thauri, daripada Al-Aa`mash daripada Anas r.a, bahawa Nabi s.a.w. bersabda bermaksud;
``Siapa yang menunaikan kepada saudara muslimnya satu hajat adalah baginya pahala seperti orang yang berkhidmat kepada Allah seumurnya.``.
Berkata Al-Nuri r.h.a. ``Tasawuf ialah meninggalkan peluang bagi nafsu.``
Berkata Al-Nuri, ``Semulia-mulia pada zaman kita dua perkara, `Alim yang beramal dengan ilmunya dan `Arif yang bercakap tentang  hakikat.``
Berkata Ahmad bin Muhammad al-Barda`i berkata, dia mendengar Al-Murta`ish berkata, aku mendengar Al-Nuri berkata:
Siapa yang engkau melihatnya mendakwa di dalam keadaan hal bersama Allah yang mengeluarkannya dari had ilmu shara`, maka jangan sekali-kali engkau mendekatinya.``
Al-Farghani berkata, bahawa dia mendengar Al-Junayd berkata:
``Semenjak kematian Al-Nuri, tidak ada seorang bercakap tentang hakikat kebenaran.``
Berkata Abu Ahmad al-Maghazili, ``Tidak aku lihat yang lebih kuat beribadat dari Al-Nuru. Dan dikatakan `Tidak al-Junayd`, maka katanya `Tidak Al-Junayd.``
Berkata Al-Nuri, ``Barang  siapa sampai kemesraan membawanya kepada kedekatan dan barang siapa sampai kasih mesra, maka dia menjadi pilihan di antara hamba.``
Al-Farghani mengungkapkan nasyid kepada Al-Nuri dengan  katanya;
Berapa hasratku tenggelam  berulang
Kujadikan hati tempat jatuh ujian
Haq daripadaku menghilangkan kesukaran
Dengan tangisan atau memungkinkan pertemuan.
Disoal Al-Nuri tentang tasawuf, maka katanya, ``Bukanlah tasawuf dengan tulisan dan keilmuan, tetapi adalah dengan akhlak.``
Abdul Wahid bin Abu Bakar berkata, dia mendengar seorang pemuda berhimah tinggi berkata, aku mendengar Abu al-Husain berkata, `` Ahlu agama mempunyai pendirian,, ahlu al-tauhid terus berkeyakinan , ahli redha  kerehatan, ahli yang termangu dalam keheranan. Kemudian dia berkata, ``Sesungguhnya  kebenaran apabila zahir runtuh apa yang terdinding dan tersembunyi.``
`Ali bin `Abdullah al-Baghdadi berkata, `` Aku mendengar seorang penunggang yang bawa barangan berkata,
Mendengar Ibrahim bin Fatik berkata, ``Aku mendengar Al-Nuri berkata,`` Maqam-maqam ahlu al-naz*ar adalah pada naz*arnya (penelitiannya), daripada mereka ada naz*ar bersifat bersenangan, dan daripada mereka itu adalah naz*ar secara berfaedah, daripada mereka itu adalah naz*ar pertanda mukashafah dan antara mereka naz*ar adalah perebutan antara mushahadah dan daripada mereka itu adalah naz*ar secara mushakalah dan mumathalah, daripada mereka itu orang yang naz*arnya  yang baik dan bermulahaz*ah dan daripada mereka itu orang yang naz*arnya naz8ar yang ishraf dan mut*ala`ah dan setiap daripada mereka itu adalah ahli naz*ar.
Berkata Al-Nuri, ``Siapa yang  mengait sesuatu dengan Allah, maka perkembaliannya pada setiap sesuatu ialah kepada Allah.``
Ditanya Al-Nuri tentang faqir yang sebenar, maka katanya, ``Ialah yang tidak mentohmah Allah  Ta`ala dengan sebab-sebab dan ialah kepadaNya pada setiap hal.``
Al-Nuri mengungkapkan puisi berikut:
Berapa kuelakkan persoalan agar berlalu
Tapi berterusan mohon kebaikan dan rahmat itu
Aku berazam untuk tidak melayan sebarang lintasan
Di hati, tapi engkau tetap datang berdepan
Tidakkah engkau melihat tika ku tidak menyenangi
Engkau dihatiku begitu besar lagi menguasai.
Demikian cetusan dari Abu al-Husain al-Nuri yang mempertahankan pegangan Sunni.

Sekian.

No comments:

Post a Comment