BBB,
29 Rabi`ul-Akhir 1438H. = 28 Januari 2017 (Sabtu):
Al-Junayd
ialah seorang tokoh besar sufi dan imam bagi mereka. Nama penuhnya ialah
Al-Junayd bin Muhammad, Abu al-Qasim al-Kharraz. Berasal dari Nahawand, terdidik
dan dilahirkan di Iraq. Bapanya seorang peniaga kaca, sebab itu dipanggil
`Al-Qawariri` (Penjual Kaca). Dia adalah
seorang faqih dan menurut madzhab Abi Thaur dan memberi fatwa di kalangan
halaqahnya . Dia bersahabat dengan
Al-Sari al-Saqati, Al-Harith al-Muhasibi, Muhammad bin `Ali al-Qas*s*ab
al-Baghdadi dan lain daripada mereka itu. Al-Junayd disifatkan sebagai Imam Besar Kaum dan Tuan
mereka, dia pengukuh Sunni dan diterima oleh berbagai pihak. Dia meninggal pada
tahun (m. 297H.).
Al-Junayd mempunyai sanad Hadith kepada
Rasulullah s.a.w., iaitu:
``Bercakap kepada kami oleh Muhammad bin
`Abdullah al-Hafiz*, berkata, bercakap kepada kami Bukayr bin Ahmad al-Haddad
al-Sufi (di Makkah), bercakap kepada kami Al-Junayd bin Muhammad, Abu al-Qasim
al-Sufi, bercakap kepada kami Al-Hasan bin `Arafah, bercakap kepada kami
Muhammad bin Kuthayyir al-Kufi daripada `Amri bin Qays al-Mala`iyy daripada `At*iyyah daripada
Abi Sa`id r.a. berkata, bersabda Rasulullah
s.a.w. bermaksud:
`Waspadalah daripada firasat orang mu`min,
kerana dia melihat dengan nur Allah Ta`ala dan Baginda membaca, bermaksud: (Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu,
mengandungi tanda-tanda bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu serta memerhati
dan memikirkannya.`` (Al-Hijr: 75).
Al-Mutasawwimin diberi erti sebagai
al-mutafarrisin.
Antara kata-kata Al-Junayd (diangkat rawi
terakhir sebelum matan).
Al-Farghani berkata, aku mendengar
Al-Junayd berkata, yang dia disoal tentang ``Siapakah `al-arif itu ?``. Maka katanya, `Ialah yang bercakap tentang
rahsia engkau, sedangkan engkau diam !``
Abu Muhammad al-Jariri berkata, aku
mendengar Al-Junayd berkata, ``Aku tidak mengambil maksud tasawuf daripada
`al-qil dan al-qal` (kata-kata semata-mata), akan tetapi daripada lapar,
meninggalkan dunia, memutuskan daripada perkara yang melalaikan dan
mempesonakan.``
Abu `Ali al-Rudzbari berkata, aku mendenar
Al-Junayd berkata, `Seorang lelaki
bercakap tentang ma`rifat, katanya ahli ma`rifat dengan Allah sampai kepada
meninggalkan harakat dari segi kebaikan dan taqarrub kepada Allah `Azza wa
Jalla, Maka kata Al-Junayd (mengecam pendapat sedemikian). Ini perkataan kaum yang bercakap menggugurkan
amalan. Bagiku perkara ini besar ! Yang mencuri dan berzina lebih baik daripada
hal daripada apa yang dikata ini.
Sesungguhnya kalangan `arifin dengan Allah Ta`ala melakukan amalan
kepada Allah Ta`ala dan kembali kepadaNya. Andainya umurku sampai seribu tahun,
aku tidak akan terhenti dari melakukan amalan kebajikan walau sedzarah pun - Insya
Allah.``
Berkata Al-Junayd, ``Siapa yang tidak menjaga (mengikuti) Al-Qur`an
dan Al-Hadith Tidak boleh diikuti dengannya, kerana ilmu kita berkait dengan
Al-Kitab dan Al-Sunnah.``
Abu `Ali al-Rudzbari berkata, kata al-Junayd, ``
``Madzhab kita adalah terikat dengan usul
Kitab dan Sunnah.``
Dan berkata Al-Junayd, ``Ilmu kita ini
dikukuh dengan Hadith Rasulullah s.a.w.``
Berkata Abu al-Husain `Ali bin Ibrahim
al-Haddad berkata, ``Aku menghadiri majlis Abu al-`Abbas bin Shurayh*, maka dia
bercakap pada furu` dan usul dengan percakapan yang cantik hingga aku terpesona
dengannya. Tatkala dilihat aku takjub dengannya, dia bertanya, ``Dari mana yang
aku katakan yang dikatakan dengannya oleh al-qadhi, maka katanya, ini adalah
dari berkat dari majlis Abu al-Qasim al-Junayd. Dan dikatakan bagi Al-Junayd,
`Dari manakah engkau mendapat faedah dari ilmu ini ?. Maka katanya, daripada
dudukku ` berpengajian` selama tiga puluh tahun di dalam darjah pengajian, maka
ditunjuk kepada darjah di dalam rumahnya.
Mendengar Muhammad bin `Abdullah bin
Shadzan berkata, kata Al-Junayd, ``Dengan al-wajd adalah menghimpunkan dan ghaib dengan
manusia memecahkan.``
Mendengar Al-Hammam bin al-Harith berkata, aku mendengar Al-Junayd
berkata, ``Pintu tiap-tiap ilmu kita menekuninya dengan usaha
bersungguh-sungguh. Siapa yang menuntut (mengenali) Allah tidak menuntut
kesungguhan (buktinya di mana-mana),
tapi adalah dengan kemuliaan (al-jud).
Ja`afar bin Muhammad bin Nusair berkata,
``Aku mendengar Al-Junayd berkata, ` Allah Ta`ala membersih hati hamba dengan
kelelebihannya sebagaimana engkau menyediakan hati bagi mendzikirkanNya.
Lihatlah apa yang teradun dalam hatimu.``
Ja`afar al-Khuldi berkata, aku mendengar
Al-Junayd berkata (bersifat tabhil dan dzikir):
``Wahai yang berdzikir dari kalangan pendzikir dengan apa
yang mereka dzikirkan, Wahai yang `arif dari kalangan `arifin dengan apa yang
mereka `arif. Wahai yang mendapat taufiq dari kalangan `abid yang salih dengan
apa yang mereka amalkan, yang memberi shafaat kepada engkau dengan izinNya dan
yang mendzikirkan Engkau dengan fadhilat dari Engkau.``
Abu Bakar al-Mala`iqi berkata, aku
mendengar Al-Junayd berkata,
``Adapun nama ini – yakni al-tasawwuf,
sifat yang diamalkan oleh hamba dengannya, Kataku, ``Wahai Sayyidi, sifat bagi
hamba atau kepada yang Haqq ? Katanya Sifat bagi yang Haqq adalah hakikat
dan sifat bagi hamba adalah bayangan
semata-mata.``
Abu `Amrin al-Anmat*i berkata , aku
mendengar Al-Junayd berkata,
``Sebagai hamba engkau tidak sampai kepada
hakikat, sesuatu yang lain selain dariNya hilang, engkau tidak sampai kepada
kebebasan ketara. Engkau adalah di atas hakikat `ubudiyyah. Engkau dengan
kedudukan hamba tiada bagi engkau merdeka.``
Abu Ishak al-Dinuri berkata, ditanya
Al-Junayd tentang, ``Siapakah yang `arif ?``. Maka dijawabnya,
``Siapa yang tidak menawannya oleh lahz*ah,
maka tiada bagi lafz*ah (perkataan).
Berkata Al-Junayd, Segala jalan adalah terhad,
melainkan siapa yang mengikut jalan Rasulullah s.a.w., menurut Sunnahnya,
melazimkan dengan jalannya (t*ariq). Sesungguhnya jalan kebaikan semua terbuka
bagi yang mau melaluinya.
Demikianlah
Al-Junayd yang tasawufnya adalah menurut Sunnah dan mempertahankan Kitab
dan Sunnah.
Sekian.
No comments:
Post a Comment