January 28, 2017

KATA-KATA H*AMDUN AL-QAS*S*AR, DAPAT DITELITI DAN DIHAYATI


BBB,  28 Rabi`ul-Akhir  1438 = 27 Januari2017 (Juma`at):
Senarai sufi seterusnya ialah H*amdun al-Qas*s*ar. Nama penuhnya ialah Abu Salih H*amdun bin Ahmad bin `Ammarah al-Qas*s*ar al-Naisaburi. Darinya berkembang madzhab al-Malamaniyah di Naisaburi. Bersahabat dengan Salma al-Barusi dan Abu Turab al-Nakhshabi dan `Ali al-Nas*r Abadzi. Meninggal (m. 271H.) di Naisabur dan dikebumikan di perkuburan al-H*irah. Dia seorang yang alim lagi faqih, berpegang dengan madzhab al-Thauri. Tariqatnya adalah tariqat yang khas baginya dengannya dan tidak ada seorang dari kalangan sahabatnya  yang mengambil tariqatnya darinya, seperti mengambil `Abdullah bin Muhammad daripada manazil sahabatnya daripadanya.
Hamdun mempunyai sanad Hadith kepada Rasulullah s.a.w.
Bercakap kepada kami bapa kami r.h.a. berkata, bercakap kepada kami `Abdullah bin Muhammad bin Munazil, bercakap kepada kami Hamdun bin  Ahmad al-Qassar, bercakap kepada kami Ibrahim al-Zarrad, bercakap kepada kami Ibn Numayr daripada al-Aa`Mash daripada Sa`id bin `Abdullah daripada Abi Barzah al-Aslami berkata, bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
``Berterusan berdiri menunggu  hamba pada hari kiamat hingga ditanya tentang empat perkara:
Tentang umurnya pada apa  yang dihabiskan
Tentang jasadnya pada apakah yang telah digunakan
Tentang hartanya dari manakah diusahakan dan membelanjakannya
Dan tentang ilmunya, apakah dia mengamalkannya.``
Mendengar Muhammad bin Ahmad al-Farra` berkata, `Aku mendengar `Abdullah bin Muhammad bin Munazal berkata,  disoal Hamdun al-Qassar, Bila harus seseorang bercakap dengan manusia ? Maka katanya, ``Apabila mendapat ketentuan bahawa dia menunaikan fardhu dari fardhu-fardhu Allah menurut ilmunya atau dia takut binasa insan di dalam bid`ah. Dengan ilmunya dia mengharap Allah  Ta`ala menyelamatkannya.
Berkata Hamdun al-Qassar, ``Siapa menyangka bahawa dirinya lebih baik dari diri Fir`aun, maka dia telah menzahirkan kebesarannya (takabburnya).
 Dan dikatakan kepada Hamdun, ``Mengapakah kalam salaf lebih manfaat daripada kalam kita ?`` Dia menjawab, ``Kerana kalangan salaf bercakap bagi memuliakan Islam, menjayakan dan mencari keredhaan Al-Rahman. Sedang kita bercakap untuk kemuliaan diri, menuntut dunia dan mencari penerimaan makhluk.``
Dikatakan, bercakap pada satu hari Hamdun di kalangan orang salih tentang menjaga amanah. Maka dia berkata, Sesungguhnya engkau ditugaskan beramanah. Jika engkau melakukan amanah dengannya sesungguhnya engkau bersifat amanah selepasnya.
Mendengar Ahmad bin Muhammad al-Farra` berkata, ``Aku mendengar Muhammad bin Ahmad bin Munazil, Aku berkata bagi Abi Salih Hamdun, Nasihatkan daku,`` Maka katanya, ``Jika engkau berkemampuan jangan marah sesuatu daripada dunia, maka lakukanlah.``
Berkata Hamdub al-Qassar, Siapa yang menunaikan janji Allah dengannya, dia adalah dari adab yang tidak diabaikan, kerana firman Allah bermaksud, ``Tunaikanlah janji kerana janji Allah akan ditanya.`` (Al-Isra`: 34).
Berkata Muhammad bin Munazil, aku mendengar Hamdun berkata:
``Siapa yang berpagi-pagi dan tiada baginya gangguan masalah dan dia berusaha mencari makanan (rezeki) yang halal dan dia berpandu keilmuan yang dipelajari, maka dia mendapat ganjaran kebaikan yang melibatkan usahanya.``
Berkata Hamdun, ``Siapa yang tahqiq dengan hal dia meneruskan dengannya (sebagai dia maklum dengannya).``
Hamdun memberitahu kepada sahabatnya, ``Aku mewasiatkan (nasihatkan) kepadamu dua perkara, bersahabatlah dengan ulama` dan berwaspada daripada orang jahil.``
Berkata Hamdun, ``Barang siapa yang sebok hanya tentang dunia, tanpa memberi perhatian pada akhirat, maka kehinaan baginya di dunia dan juga akhirat.``
Berkata Hamdun, ``Siapa yang meneliti perjalanan kalangan salaf, dia  menyedari akan taksirnya dan tertinggalnya dari martabat al-rijal (kelakian).``
Berkata Hamdun, kewajipan (kifayah)  bagi egkau memberi kemudahan (pertolongan), tanpa mengira kesusahan. Sesungguhnya kesusahan mendidik kepada kelebihan.``
Ditanya Hamdun tentang zuhud, maka katanya, bagiku,  bahawa apa yang ada di tangan engkau tidak berterusan, apa yang ada jaminan dengan balasan dariNya.
Berkata Hamdun,  Dari kelalaian (sebelumnya) ,  meyedarkan hamba dia tidak  cuai dengan perintah Allah  bagi memperbaiki diri di sisiNya.``
Kata Hamdun,  Lalai di dunia hingga lupa pada  kebajikan orang lain dan terhadap Pemiliknya.
Kata Hamdun, ``Indah kefakiran pada tawadhu`nya, apabila ia takabbur, maka tiada beda sifatnya sebagai takabbur si kaya.``
Kata Hamdun, ``Janganlah membuka rahsia orang sebagaimana engkau tidak suka rahsiamu terbuka.``
Dan berkata Hamduan, ``Siapa yang menyedari kekurangan diri, maka lakukan kebaikan bagi menampung kekurangan.``
Demikianlah kata-kata Hamdun yang dapat diteliti dan dihayati.

Sekian.

No comments:

Post a Comment